Thursday, 19 June 2025

KESIBUKAN WAKTU KERANA BERTUKAR TEMPAT KERJA

 Bila kerja kuli-kuli sahaja maka kena bersedia dan akur .


Berguni-guni bukan durian..Tapi segala dokumen lama & segala yang perlu di buang kerana akan berpindah tempat kerja yang baru.

Rasa macam selama ni takda la apa sangat dalam bilik kerja saya ni.Tapi bila nak pindah...uiiii.....banyaknya barang...


Jalan mudah taknak pening kepala...letgo sahaja semua supaya bilik dan meja kerja dapat dikemaskan untuk orang baru yang mengambil alih & sebelum serahan tugas.

Harapnya di tempat baru juga begitu..


Alhamdulillah,bila maklumkan kepada anak-anak ,saya akan bertukar tempat kerja...Adah terus offer nak sponser.Adah carikan pekerja deep cleaning by online.Minta Adah request dua orang pekerja lelaki kerana banyak nak kemas dan angkut buang segala yang dah tak diperlukan.Dua jam dengan kos RM200++ .
Alhamdulillah serahan tugas juga berjalan lancar & pergerakan ke tempat kerja baru juga lancar.

Segala puji bagi Allah kerana memakbulkan doa dan memudahkan urusan.

Dulu masa Cella masih sekolah menengah selalu berdoa agar kekal di tempat lama dan tidak digerakkan kerana sekolah cella dekat dengan tempat kerja saya.Namun hingga Cella dah habis sekolah menengah pada 2020 saya masih tidak bergerak.Hinggalah pada penghujung Disember 2024 saya mohon agar digerakkan.
Jika dulu tempat kerja di kawasan Cheras bersempadan Kajang Selangor.Sekarang bertukar ke Petaling  lebih dekat dengan pusat bandaraya..
Alhamdulillah,hari ini dah masuk hari ke 5 bekerja di tempat baru...suasana baru dan rakan-rakan sejawat yang baru.Semoga Allah mudahkan urusan saya di sini ...
in shaa Allah

17 comments:

  1. Tahniah, Mak Ngah. Wahhh.. mesti naik pangkat dan naik gaji gak ni. Alhamdulillah, anak² dah habis sekolah baru dipindahkan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Mak Ngah. Wahhh.. mesti naik pangkat dan naik gaji gak ni. Alhamdulillah, anak² dah habis sekolah baru dipindahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Tapi tak naik pangkat pun..cuma bertukar tempat kerja

      Delete
  3. waaahhh tahniahhhh mama cell moga dipermudah urusan di tempat baru & moga diberi semangat terussss berjaya di lokasi baru!

    ReplyDelete
  4. Naik pangkat lah kan…Tahniah mamaCella 👏🏽
    Semoga Allah permudahkan urusan di tempat kerja baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn....tapi tak naik pangkat pun..cuma tukar tempat kerja

      Delete
  5. baca tajuk ingatkan akak dah pindah balik Kedah..moga baik2 semuanya ye kak di tempat baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...in shaa Allah niatnya sblm bersara nak balik kedah... terima kasih doanyanya Afzan

      Delete
  6. Selamat bertugas di tempat baru kak.... naik pangkat la ni ye ke camne? kira ok lah servis kemas tu mudahkan kerja kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dana...
      Betul cleaner service sangat membantu..Lagi2 nak kemaskan dalam masa yg singkat

      Delete
  7. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.
    Naik Pangkat agaknya ye Mak Cella 🤗
    Selamat bertugas di tempat baru ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak naik pangkat oun PH....tukar tempat kerja ja..TQ

      Delete
  8. Banyak barang yang kena kemas.. Memang pindah sekali dengan barang2 ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..banyak barang sebab lama berkhidmat kat situ...tapi pindah tak bawa pun barang2 tu..lebaih kepada nak 5S je

      Delete
  9. Pindah tmpt baru mmg merisaukan.. bole ke kita blend in dgn kja, dgn kwn2 baru, dgn surrounding.. tp kak lin yakin umi cella bole.. umi cella org yg baik.. msti yg baik2 je yg jadi tiap hari.. jgn susah hati.. be yourself.. 🤩

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan bekerja di tempat baharu.

    ReplyDelete