My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 28 January 2022

PASTA SPIRAL GORENG DENGAN BEBOLA DAGING

Hari ni bawa bekal Pasta Spiral Goreng 


Pepagi menggoreng pasta buat bekal.

PASTA SPIRAL GORENG
1 paket pasta spiral(400gm)
20 biji bebola daging
2 sudu cili kisar
3 biji cili padi merah (cincang) jika extra nak pedas
½ botol sos bolognese
1 bawang besar- cincang
5 bawang putih-cincang
garam,minyak,
daun basil(saya guna daun sup saja)

1. Jerang ½ periuk air hingga mendidih.Rabus pasta hingga ½ masak.(anggaran 5 minit)

2. Sementara air mendidih,panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang.

3. Masukkan bebola daging dan balik-balikkan hingga agak-agak bebola masak,baru masukkan sos bolognese.Tambah garam dan gula ikut kesesuaian rasa.

4. Masukkan pasta ½ masak dan gaul rata.Masak beberapa minit dan sesuaikan rasa.

5. Jika suka pasta yang masak sepenuhnya,tambah sikit air rebusan pasta  dalam gorengan dan masaklah hingga pasta lembut.

*Pasta seeloknya jangan overcook kerana kesedapan pasta adalah dimasak al dente( iaitu bila digigit  macam ada sikit sikit keras/mentah dalamnya)

Bekal anak bujang..


Semalam tak sempat buat bekal dia.Bawa bun sambal Gardenia ja + pisang & buah pear.
(Tapi rasanya bekal macam tu lagi healty kan..🤭)


Selebihnya bekal untuk saya.Adah tak bawa bekal.

Ajak Shifa & Rubiah makan sesama.Buat kopi sorang secawan.Pun masih berbaki pasta ni.Jadi rezeki Amanda & Camilia pula yang datang lepas tu.Kemudia dapat pula kiriman kuih muih dari kak Mel.Memang dengarnya kat bawah ada buat jamuan.Tapi kami ni selalu tertinggal🤭 
Terpisah di dunia kami dek jauh di kayangan...



 

6 comments:

  1. Sedapnyaaa....SA suka..Dania suka...tp both parent tak suka...

    ReplyDelete
  2. suka jugak masak pasta goreng ganti mi atau bihun kalau dah jemu. Lama tak dengar perkataan jerang tu :)

    ReplyDelete
  3. Sekali pandang pun dah tahu sedap tu MC :)
    Rindu makan-makan dengan di pantry dgn kawan2 ofis dulu...

    ReplyDelete
  4. Lama sangat dah kat rumah kita tak masak pasta. Sejak pergi gelap balik dah petang ni, rasa semua nk main order jer.

    ReplyDelete
  5. Stok spiral mmg sllu ada kat pantry.. fav ank dara kak lin.. 🤩

    ReplyDelete