Thursday 6 January 2022

MAI MENYICAH WEI...!

 Dah dekat sebulan dok ulang jeling buah cermai ni.Lambat naw nak membesar...Benarlah "Penantian Itu Satu Penyiksaan...."

Lagu famous zaman sekolah rendah ni...Nyanyian kumpulan Harmoni..Satu lagi lagu top depa..."Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang"...

Lagu dulu-dulu melekat dalam dalam hati.Teringat- ingat macam ingatkan buah cermai ni juga...hihihi



Hari ni ...takleh tahan...


Walaupun buah belum cukup kembang..Nak juga menyicah.Orang Pantai Timur depa pangil colek.Kami panggil menyicah...
Ingat lagi dulu- dulu tahun 80-an masa masih sekolah rendah...Kalau musim mengerat padi(musim menuai) akan ada kumpulan pemuda dan lelaki dewasa dari Pattani dan Kelantan akan datang beramai-ramai ke kampung kami mengambil upah mukoi(membanting) padi.
Waktu petang balik dari bendang depa akan lalu tepi pokok ghemia
( kundang).Nampak kami menyicah buah ghemia muda depa akan cakap
"hinguk bbanyok,nati male kito colek!”
Hahaha...kami kanak-kanak ni kalau colek tu maksudnya kidnap la..
Dah semua takut kalau nampak depa lalu dekat kami..hihihi
Padahal mereka maksudkan ..goncang pokok kumpul buah tu banyak-banyak,nanti malam boleh menyicah..
Maklumlah siang mereka kerja.Malam-malam akan beramai-ramai  kumpul kat rumah orang yang ada TV sambil menyicah.


Begugus macam anggur.
Pokok cermai ni tepintangki air kat parking belakang.




Sambil petik cermai..Geram pula tengok pokok putat sedang berpucuk.Tangan Pak Man gardener tu memang menjadi.Tanam apa saja...kemain hasilnya..



Ni ada lagi cermai baru berputik.Asa juga beberapa tangkai bunga.Maknanya memang tak putus cermai ni berbuah.



Saya buatkan pencicah ni.Bawa untuk makan tengahari tadi..Ajak Ti,Ruby,Ani,Makcik & kak Misah menyicah pukul 12 tadi..Depa belum makan nasi,saya dah ajak menyicah.Nasib la kalau nanti depa tak lalu nak  makan nasi sebab seriau gigi makan asam cermai ni...hihihi

Pencicah ni saya buat ikut resipi Achik.Achik selalu buat untuk cicah mangga muda

PENCICAH MANGGA
3 biji cili kering
1 sudu garam kasar
8 sudu gula pasir
1 ketul kecik  (1 sudu teh belacan)

1. Cili kering dibasuh dan di lap hingga kering
2. Kemudian gunting cili halus-halus..
3. Masukkan cili gunting,garam,gula dan belacan dlam blender kering ..
4. BLEND KERING  bahan tersebut hingga menjadi debu halus..


Seya guna gula pasir yang  perang warna dia sedikit gelap.Kalau guna gula pasir biasa warna lebih cerah.

Si Shahrol pula kaitkan buah mangga dekat pondok jaga .Banyak dapat.Menambah meriah untuk menyicah..
Tapi saya kurang gemar mangga.Saya pulun menyicah dengan buah cermai.Buat cermai tu saya ketuk sikit kasi pecah.Kemudian cicah pencicah tu..Auuuuummmm..!
Ni gigi tengah seriau ni...bahana makan asam cermai banyak sangat tadi...





9 comments:

  1. Ya allah.....terliur SA kak....aduhai...bagai terasa- terasa kemasaman tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..saya dulu tak suka buah masam...tetiba selera berubah...Kita bersifat baharu

      Delete
  2. Telan air liur je la tengok org menyicah. Sejak dah remaja purba minjam ayat org jdt gigi seriau smpi tulang tongkeng

    ReplyDelete
  3. Pernah makan buah cermai macam tu je, masammmmm kelat gitu. Sy lagi suka yg jadi jeruk, pun sy bukanlah peminat jeruk.

    Ooo.. baru tau resepi pencicah tu. Salu makan yg dah siap pek kalau kita beli pelam potong tu.

    Kelakar pulak cerita takut kena culik tu, hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..pasni boleh cuba buat pencicah ni kalau berkumpul reramai & ada mangga muda...
      cicah dengan buah limau bali..bidara..apple hijau pun sedap..in sha Allah

      Delete
  4. Okay tak pernah dengar lagu tu. hehe..uishh buah cermai ni saya makan kalau dibuat jeruk je. makan gitu je memang tak boleh. Masam betul! Lebat segugus buah cermai tu mama cella. Geram rasa nak memetik.
    Paling kecur buah mangga tu lah. Aduhaiii..

    ReplyDelete