Saturday 15 January 2022

MENGOPI TEPI JENDELA

 

Masa bergerak pantas.Sedar-sedar dah petang.Terasa nak mengopi.Terus selongkar peti ais cari apa yang ada.Nampak baki karipap pusing frozen  yang beli kat Pasar Tani ada 7 ketul.Hari tu menyebai goreng 3 ketul sahaja sebab bila nak pisahkan karipap tu dia melekat dan berlubang nampak inti.Bila goreng,minyak jadi kotor sebab inti keluar.Tu yang goreng 3 ketul sahaja dan bakinya masukkan semula dalam peti ais.Rasa nak serik je..tak nak beli dah 


Hari ni..terfikir pula nak goreng dalam air fryer.Alhamdulillah elok kejadiannya.Garing rangup sebab kulit karipap pusing kan sedikit berminyak sebab ada dough minyak/marjerin kan...Bahagian  perut karipap yang bocor tu kita tiarapkan supaya tak nampak🤭

Bancuh kopi cap gantang secawan ...hirup la sambil bersulam gigitan karipap pusing inti daging.Sesekali tergigit dagingnya ..sedap...nak beli lagi lah nanti🙈


Sengaja bawa  secangkir kopi dan sepiring karipap ni ke tepi  jendela sambil memerhati kanak-kanak riuh bermain kat playground di bumi sana..

Tiba-tiba hati digamit rindu pada masa lalu.Bulan Januari adalah pertengahan musim panas dan kemarau bagi kami di utara.Musim angin timur...Sawah bendang meriah kalau musim kemarau ni.Musim menuai padi + musim yang dinanti kanak-kanak untuk bermain di sawah yang sudah kering dan togel dituai padi Seronok bermain bola,tuju tin,pondok-pondok,main toi dan main nusuk(sorok-sorok)Yang tak berminat main bola leka main layang-layang.Yang hebat sikit main wau.Wau bulan,wau kangkang dan wau kemetek mengeluarkan bunyi dengung  yang asyik.Anak-anak kecil sekadar bermain serunai batang padi sambil mak ayah menganginkan padi hasil tuaian.Anak dara dan anak teruna kampung juga akan keluar membantu ibu ayah sambil "mengintai" jodoh....hihihi..

Teruna yang gagah memikul guni padi pasti jadi idaman dara.Si gadis pula sambil menuai padi,mata menjeling teruna ganteng 🤣

Ibu ayah yang memerhati,buat-buat tak nampak.Tapi masing-masing  risik merisik juga. Kalau kena gayanya ,musim padi akan datang akan datang ada yang makan nasi minyak la..

Meriahnya sawah bendang dimusim kemarau.Pendek kata menjadi medan berkumpul seluruh penduduk kampung.Tapi itu duluuuuu.....!


14 comments:

  1. Alolooooo... bawa kopi bawak karipap ke tepi jendela, rupanya fokus ke playground tak lama. Ke desa juga mengelamunnya. Kita pun terikut sama mengintai suasana bendang yang indah dan permai!

    ReplyDelete
  2. Agaknye karipap pusing tu xgoreng dulu sebelum difrozenkan..sebab tu melekat². Sekarang ni kat sg.besar tengah musim menuai. Minggu lepas blk kg, konon nak amik pic kat sawah padi menghijau..rupenye padi pun dah kuning n dah gondol dah pun..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul ..karipap tu tak digoreng dulu.

      Sawah dah gondol yer..hihi

      Para petani dah lama belajar ilmu Goegrafi.Mereka merancang menanam padi pada masa yang betul agar dapat menuai pada musim panas.

      Delete
  3. mak-mak memang terror bab menyorokkan yang cela hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ...
      Betul2...
      Duit pun mak mak pandai sorok🤭

      Delete
  4. Asyik pula kita baca kisah jeling menjeling tu, terbayang filem Semerah Padi, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh,rasa macam nak tengok pulak la filem Semerah Padi tu...

      Delete
  5. Mak cella ni pandai bercerita.. bole jd penulis skrip drama melayu.. seronok je kak lin baca.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau zaman dulu kala dah boleh buat part time jadi Penglipur Lara kot saya ni...🤣🤣🤣

      Delete
  6. Rasanya jaman dulu pilih nantu bukan tengok rupa je tapi kebolehan diaorg pndi buat kerja rumah blh mengaji sopan beradab dan sekufu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Pilih menantu dulu lain dari sekrang.
      Kebanyakan mereka kekal hingga akhir hayat.Barokah agaknya

      Delete
  7. Sesekali lepak macam tu best kak...

    ReplyDelete
  8. Mengopi tepi jendela memang syok. Ada je kenangan menyapa. Sweet je orang dulu dulu kan. Tahu tahu je kahwin bila dah berkenan.

    ReplyDelete