Saturday 22 January 2022

BELI SARAPAN SEBELUM SUBUH

 Ya..seperti tajuknya...Beli sarapan sebelum subuh 


Maka awal pagi tadi dalam gerimis ..sebelum subuh saya sudah beli sarapan.Gerai sarapan yang satu ini memang dibuka seawal pukul 5 pagi.Mungkin lebih awal dari tu agaknya kerana sejak 2020 lagi kalau lalau sini seawal 5.30 pagi gerai tu dah buka.Sebetulnya lori.Seingat saya dia berjualan dulu iaitu sebelum wujudnya covid lagi iaitu zaman Cella masih sekolah.Masa tu penjual ni hanya membawa 2 bakul nasi lemak bungkus daun pisang dalam bonet kereta Saga Aeroback lama.Bagusnya penjual ni berfikir di luar kotak iaitu memulakan perniagaan seawal pukul 4 @ 5 pagi ketika peniaga lain belum beroperasi.Caturannya menjadi kerana kawasan itu mempunyai beberapa kuaters kerajaan dan ramai juga penghuninya yang sudah memulakan perjalanan ke tempat kerja sebelum subuh termasuklah saya.Hihihihi

Tidak hairanlah seawal 6 pagi banyak jualan nya sudah bertukar tangan 

Hari ini walaupun Sabtu saya tidak bekerja tetapi menjelang 5.40 pagi enjin kereta sudah berbunyi.



Sebabnya semalam Adah bagitahu yang hari ni banyak stesen LRT sekitar KL akan ditutup bermula pukul 7 pagi hingga 3 petang. Kena ambil 1st train pukul 6 pagi.Kalau 2nd train macam selalu ,nanti terlalu sesak sebab bermula Stesen Hang Tuah hingga Sogo akan di tutup dan train takkan berhenti.Ini semua atas arahan PDRM.Dengar khabar akan ada piket.Aduhai,penat la hal-hal macam ni.Siingat saya sejak 1998 saya jadi fobia dengan perhimpunan jalanan.Tapi apa boleh buat.Tiada daya untuk menghalang..
Makanya sebelum subuh tadi ramai dah terpacak kat stesen LRT.Lepas train dah bergerak,saya pun bergerak meronda nak cari sarapan sesiap.Niat nak beli roti canai tapi semua belum buka.Teringat lori sarapan ni..terus menghala..



Ni la antara hasil tangkapan saya sebelum subuh tadi.RM15


Nasi Ayam Masak Merah ni untuk lunch anak bujang tu nanti.Nampak tak kemalasan mak dia🤣

Beli bengkang ubi untuk diri sendiri

Teringin pula nasi lemak bungkus ni.Beli jugak la satu...,syyyy sampai sekarang belum berusik..


Beli nasi kerabu 1...Untuk anak bujang tu sarapan.Sudahnya lepas subuh tadi dia bantai makan nasi ayam merah.Lepas makan ubat,dia sambung tidur.Rupanya dia ingat nasi kerabu tu saya nak,tu yang dia makan nasi ayam masak merah.
Kesudahannya sampai lepas zohor ni,nasi kerabu dan nasi lemak belum berusik.Bengkang tu pun baru sekeping saya jamah.

4 comments:

  1. Bagusnya bukak kedai awal berniaga. Kat sini kena tunggu 7:30 baru ada kedai bukak. Aduhaiii..jadi satu masalah pulak kan bila perkhidmatan train off. Tak pasal orang awam lain kena hadap pulak. sabar je lah.

    Hihi..ini namanya beli awal makan lewat gitu :)

    ReplyDelete
  2. the feeling keluar awal pagi. sejukkk

    ReplyDelete
  3. Apa cerita seterusnya nasi kerabu dan nasi lemak yang belum berusik tu Mama Cella.

    ReplyDelete
  4. Memang sabtu tu ada perhimpunan kan...kita yg x biasa tgok ni memang rasa menakutkan...

    ReplyDelete