Friday 14 January 2022

CHALAZION 3 BERADIK

Semalam punya story... Sibujang teruna buat minor  surgery.Tengok kesan darah tu agak ngeri kan...
Boleh tengok link dari youtube yang saya kongsikan di bawah.

Sama kes macam CELLA-CHALAZION .

Minggu lepas nampak matanya macam ada ketumbit kecil.Tapi beberapa hari kemudian dia kata tengah drive matanya kabur.Terus gi klinik panel.Tapi sebab klinik panel tu hanya klinik biasa,doktor bagi ubat & buat surat suruh refer mana-mana klinik mata


Hanya sini ja la yang nampak dalam fikiran.Tempat yang sama dengan Cella dulu.Minggu lepas ke sana,doktor bagi appointment untuk surgery pada 13 Januari.Sepanjang minggu lepas light duty & ni  sambung dengan MC. Nasib baik semalam Adah free...temankan abangnya sebab lepas surgery doktor dah cakap jangan drive.Tahun lepas hari Cella surgery pun Adah yang bawa.Memang Adah ni sesuai jadi nurse ka apa?🤣


Alhamdulillah masa Cella dulu guna GL saya sepanjang rawatan.Masa surgery pula guna surat tawaran universiti sebagai ganti GL sebab masa tu dia belum ada student card.


Sorang dah sembuh dah sembuh dah..
Alhamdulillah


Ni mata Adah pula macam ada tanda-tanda juga.Tak tahu apa sebabnya.Cukuplah depa 3 beradik tu kena chalazion ni.Jangan la kena kat saya...huhuhu


Update:

Saya kongsikan pautan dari youtube tentang  chalazion  surgery ni.Boleh tonton pada link 

https://youtu.be/zo9kz_vUVN4

( Tapi dalam kes Cella prosedurnya tidak sama.Cella surgerinya ada kesan 1@ 2 jahitan kerana chalazionnya lebih besar dan mengambil masa berbulan juga untuk bengkak surut sebelum surgeri boleh dijalankan)



Juga untuk yang mencari info tentang kos surgeri ini di hospital kerajaan.

Alhamdulillah sangat mampu untuk kita.Hanya RM55.00(tanpa GL).

Untuk lebih detail mungkin boleh call unit berkenaan kerana saya tidak tahu mungkin kos berbeza  bergantung kepada tahap ke seriusan yang berbeza.


Saya baca komen dari oldpost mengatakan kos di hospital swasta lebih kurang RM4k.(Mungkin akan lebih jika ada rawatan susulan)

Semoga info ini membantu bagi yang ingin tahu.



18 comments:

  1. YaAllah semuga semua cepat sembuh dan segalanya dipermudahkan Allah . Ameen

    ReplyDelete
  2. Encik Suami pun pernah buat pembedahan chalazion ni.
    Saya ingat benda biasa, rupanya serius juga.
    Moga cepat sembuh anak terunanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...Dulu saya pun ingatkan benda biasa juga..
      Rupanya ada bermacam jenis dan tahapnya

      Delete
  3. Mudah2an cepat sembuhnya dan tiada kesan sampingan pada penglihatan

    ReplyDelete
  4. mugo cepat sembuh lepas operation mata ank bujang mak tu.,. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah wak...Terima kasih atas doa untuk anak mak🤭

      Delete
  5. Moga cepat sihat n boleh bekerja macam biasa abang Cella 🙂

    ReplyDelete
  6. Allahu.. mg dpermudahkan & cpt sembuh abang cella.. aamiin..

    ReplyDelete
  7. nampak darah terus ngeri..
    penyakit genetik ke apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...doc kata takdak kaitan dengan genetik..

      Delete
  8. Dulu, kawan sy kena jugak. Sy la tukang ambil dia balik dari klinik lepas pembedahan. Masih ingat lagi kisah Cella.. mungkin ada benda yg depa tak boleh makan kot.

    Apapun semoga abang cepat sembuh dan Adah baik2 sahaja matanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la rasanya ada makanan yang depa allergy..
      Ada yang kata sebab allergy sardin...
      Macam ada kaitan la pulak ..coz sejak-sejak covid saya kerap masak sardin.
      Now selagi ingat...saya cuba tak mau beli sardin..ni andaian sahaja..
      Walllahua'lam

      Delete
  9. Allahu..bab ni SA x suka ni...mak SA plak sblom bypass dia buang katarak...lama gak nak jaga sampai elok...

    ReplyDelete
  10. Allahuakbar. risau betul bab mata ni. Seram tengok kesan darah. Puncanya doktor ada bagitahu ke?

    ReplyDelete