Sunday 30 January 2022

BEKAL HUJUNG MINGGU & NASYID SEBATANG RANTING

Hari ni anak bujang teruna kena kerja walaupun weekend.Ada juga kelebihan bila kena kerja hari minggu.Selain kurang jem,kelebihan lain ialah dapat offday pada weekday.Dapatlah nak uruskan apa yang patut kerana weekday semua ofis buka.


Hari ni masakkan mee goreng untuk bekalnya.


Dah lama pun tak beli mee kuning.Memang jenjarang beli mee kuning tapi hari tu masa belanja kat pasar segar,terambil pula sepaket mee kuning ni.Dah beberapa hari terbiar baiklah masak.Sejujurnya saya tak pandai sangat masak mee kuning.Kadang sedap,kadang tak sedap.Yang hari ni tak tau la sedap ke tak sebab belum rasa.Lepas hantar Adah kat KL tadi,balik tu saya singgah sarapan kat luar..Hihihi..

Amat jarang saya makan sensorang kat kedai.Boleh kira dengam jari tangan pun tak habis rasanya.Sebabnya kalau makan sengsorang kat kedai rasa macam kudung jer kepala..🤣🤣🤣🤭


Selain mee goreng,bekalkan juga pastry danish.Sedap pastri ni.Adah bawa balik malam tadi 2 bekas.1 bekalkan anak bujang tu.Satu lagi simpan untuk maknya makan nanti.

Selain pastri danish tu..bekalkan juga buah lai ni..Saya suka sangat hidu bau buah lai ni.Sebab bau dia,auto terbayang gerai buah-buahan import kat pekan  dulu-dulu.Dulu rasanya bau buah lebih kuat.Kalai lalu tepi gerai buah..bau apple dan lai ni memang harum sangat Harum buah la bukan harum bunga.Suka sangat kalau dapat hidu bauan buah apple dan lai  sebab masa tu jarang dapat makan buahan import macam apple,lai,anggur dan laici.Kalau demam atau sakit teruk ja baru dapat makan .🤭🤣🤣🤣
Sekarang nikmat Allah kurniakan kepada kita semua..mewah dengan makanan..
Tiba- tiba teringat satu nasyid irama padang pasir pasal buah dan nikmat Allah ni...
Lama saya mencari lagu tu..Tapi tak tau nak taip apa..Nasib baik saya ingat liriknya..Bila taip..keluar lagunya...Rupanya wording pertama tu la tajuk nasyidnya..


Credit to Life Record Malaysia

Mendengar nasyid ni ...tak sedar air mata bergenang....Ada satu macam perasaan...



9 comments:

  1. Nampak sedap sangat mee goreng tu, kalau sebealh rumah, boleh hulur pinggan. Berbanding buah lai, sy lagi suka buah pear, baunya dua2 sy suka. bau buah import ni memang manis, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la ..nanti saya goreng lain mee ni...hihihi
      Kannn....buahw impot ni bau dia manis...feeling berada kat ladang apple🤣

      Delete
  2. Sedapnya mee goreng abang Cella... sy pun keja jugak hari ni.. tp x bawak bekal pun sbb En Suami ckp x payah masak so bila x masak ibu pun xde bekal.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim dah pindah tempat kerja ka...
      Apapun selamat bekerja & dapat suami yang memahami itu juga rezeki yang tidak semua orang lain dapat tu...Alhamdulillah

      Delete
  3. Nampak sedap je mee goreng tu....SA esok kerja...x tau la nak bawak bekal apa esok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya macam nak buat bekal roti & cheese ja untuk anak bujang tu.Suruh dia kapit cheese...Pastu bakar dalam sandwich maker jer...Makan panas2 masa baru bakar....vs kopi O panas...heaven

      Delete
  4. Wak ni kalau mee goreng ni suka makan panas2 lepas digoreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan makanan memang lebih sedap makan panas2 kan wak...kecuali cendol🤣

      Delete
  5. Untung dapat bawa bekal sedap hari hari. Tak payah fikir nak cari makan kat mana. Mak saya suka betul buah lai. Baunya wangi macam bau kedai.

    ReplyDelete