Friday, 8 March 2019

KARI IKAN DURI,TELUR IKAN DURI & KELEMPUNG IKAN DURI

Kari Ikan Duri,Telur Ikan Duri & Kelempung Ikan Duri
Haaa...ikan aku tahu
Telur Ikan aku tahu
Kelempung ikan duri tu apa,,,?
Mmmm...mak aku kata Kelempung tu bahasa Kedah
Kelempung mean paru-paru
So,Kari  -paru- paru Ikan Duri
Bersama isi ikan dan telur ikan duri


Actually Kari ni mak aku masak masa balik Kedah masa cuti CNY hari tu la..
Mmm....mak aku ngan kari...x boleh dipisahkan..
Tapi aku lagi suka kari nenek ar
Cuma yang ni mak aku yang masak sebab masa ni nenek balik kampung gi kebun..


Telur ikan duri...
Mmm....fav akiu...!
Kakak x suka telur bulat - bulat ni
Abang x ikut balik sebab abang hanya dapat cuti CNY 2 hari jer...
Abang kata penat jer kalau balik..
Mak aku lak layan paru- paru ikan a.k.a Kelempung Ikan Duri ni jer..
Nenek pun sama layannn jer kelempung tu
Aku x makan kelempung tu sebab nampak peliks jer..
Warna dia putih..bila pegang dia dan picit2 kelempung liat2 macam getah..hahahahaha...
Tapi mak aku ngan nenek cakap kelempung tu sedap...
Mmmm....sedap is subjective....!


Ikan Duri
Mak aku beli kat Pasar Tani
Gi ngan Achik...
Aku pun ikut juga..
Mak aku kata Ikan Duri ni ada orang panggil Ikan Mayong..
Tapi kat Kedah dipanggil IKAN PLOTAN..
hahahaha...bapak jauh sangat sebutannya ..
Apa makna plotan...?
Mmmm...mak aku cakap mak aku pun x tau apa makna plotan..
Tapi memang nenek pun sebut macam tu..
Cuma sebutan nenek lebih pekat...IKAN PLOKTAN...
bukan buah moktan naaa...
Hahaha...kalau balik kedah jarang dengar buah rambutan...
Mostly dorang sebut buah moktan...macam orang Kelantan...
Tapi Kelantan sebut moktey
Camana aku tahu...?
Sebab aku selalu dengar dan aku dah boleh hafal dikir barat  yang ada sebut.....
Ada sekor anak tupa
atas jula moktey...
kudung ekor perut lapa..
jale cari makke...
Haaa.....ni satu- satunya lagu dikir barat yang aku suka ..


Ok...ni lak ikan kembung
Tapi Achik kata ni kembung versi isi dia lemak
Namanya Temenung Lemak Pangkoq
Kalau translate dalam bahasa KL..
Ikan kembung lemak Pulau Pangkor..
Tapi siyes ikan kembung a.k.a temenung lemak ni memang sedap...
Mak aku siap goreng celup tepung buat ratah....



KARI IKAN DURI
4 keping ikan duri
1 set telur ikan duru
1 set parparu ikan duri - potong-potong
10 cili padi
1 biji tomato masak
2 biji terung panjang (terung ungu)
2 asam keping
4 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 sudu serbuk kari ikan
1/4 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan tumis:
3 bawang merah hiris
3 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari

1. Bersihakn ikan dan asingkan isi,telur dan paru
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
3. Masukkan remoah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air dan masak hingga naik minyak
4. Masukka   ikan,paru asam keping dan garam..Masak hingga naik minyak dan ikan 1/2 masak
5. Masukkan santan cair dan biar mendidih
6. Tambah santan pekat ,tomato potong dan cili dipatah2kan.
7. Perlahan api dan biat kuah mendidih perlahan dan naik minyak

8. Sesuaikan rasa

Ikan Duri a.k.a Ikan Plotan
Bersama telur fav aku
& Kelempung fav mak aku ngan nenek


Kelempung ikan tu x nampak sangat la plak sebab lindung bawah ikan.
Tapi yang putih tepi mangkuk tu la kelempung



Seperiuk kari ikan duri
Nenek kata seperiuk gulai ikan ploktan..
Hahahaha....apapun sebutannya yang pasti...
Kari ni sedap...
Mak aku selalu sangat masak kari
Tapi nenek panggil GULAI
Mak aku cakap nenek yang ajar masak kari masa mak aku masih sekolah...
Mmm....mak aku tu nak cakap yang aku  i lum pandai masak kari la tu...
Eh, tapi ada 1 kati yang aku selalu masak..
MAGGI CURRY...
hahaa...kari jugak kan......!
Heee....mak aku cakap nak masak kari yang sedap ada beberapa tips..
Dah pernah share dalam post...
PETUA MASAK KARI IKAN YANG SEDAP ...kat sini
Tapi ni mak aku cakap cara yang nenek aku ajar la
Mungkin nenek orang lain ajar cara lain..
Tapi aku memang sangat suka kari masakan nenek
Best in the world for my tongue
Ok...bye

18 comments:

  1. Salaam ..
    Sedap
    ..Ada fish maw..YG Kering Tu selalunya buatbmasak berencah Sayur...sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sala
      buat macam kailan ikan masin ker sis nor...?
      Kiter suka kailan ikan masin

      Delete
    2. Selalunya mereka masak dgnnsayur Dan oyster sauce. Dah lama taknmakan..

      Delete
  2. Salam
    Memang sedap telur ikan tu... Tp skrg dah x mkn.. Sbb dulu arwah mak yg masak, mmg sedap.. Lps tu ada la cuba mkn org lain masak,x blh la nk mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      kan...sedap kan telur ikan ni..
      kiter hanya makan telur ikan bi jer..
      telur ikan lain kiter x makan..

      Delete
  3. Kalau kat Johor ni biasa ikan duri masak asam pedas tambah daun kesum/ bunga kantan juga sedikit lada hitam...sedap.
    Anak auntie pun suka telor ikan duri ...biasanya dia je lh yg hadap sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai aunty saniah..
      Lama dah senyap..
      heee kalau asam pedas tu fav kakak kiter 3 tahun dia study kat johor terus lidah dia jadi kavanese..suka asam pedas & tempe..
      hahahaha

      Delete
    2. Hai cella...aunty ada je,hari2 baca cerita & resepi mak cella.

      Delete
    3. Alhamdulillah..
      Moga aunty saniah sihat dan dirahmati Allah ..

      Delete
  4. kalau orang selangor masak lemak cili api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa....masak lemak cili api pun fav kiter tuh...
      ingatkan masak lemak cili api orang nismilan jer...heeee

      Delete
  5. Suami sy kata ikan duri dan ikan mayung lain tak sama..sy dok konfius ni..sebab sy pun mmg minat ikan plotan..kalau balik Kedah ni la dok Chari ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops lain-lain yer.. TQ info.. Nnt kkter inform mak

      Delete
  6. ploktan.duri.mayong mmg jenis lain2.. rupa mcm nak sama.

    ReplyDelete
  7. Ikan plotan tu asal nama dari 'Puluh2 tan'.. Bila masuk musim ikan duri laut ni.. Gerombolan grup dia terlalu byk

    ReplyDelete
  8. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete