Thursday 4 January 2018

SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE LAGIII

Southern Yellow Chicken Rice ...
Lagiii tu bukan nama.nasi ni..
Tapi Lagii tu sebab mak aku masak nasi ni lagi...
Aku..abang...kakak...semua suka nasi ni
Sedappp
Sebab tu aku minta mak aku masak lagi..

Hari tu mak aku dah masak nasi ni lepas aku cakap nampak sedap masa aku baca blog Aunty Ogy tu..
Pastu dah memang sedap..
Opkos la aku minta mak aku masak lagi...
Hari tu nama nasi ni diMelayukan.. jadi NASI AYAM KUNING SELATAN kat sini....
Hari ni nama omputih skit...
Benda sama jer...
Cuma yang hari tu lagi nampak cantik..
Mak aku cakap sebab yang hari tu guna Beras Basmathi...
Yang ni beras Penglai jer...
Pada aku sedap jer semua
Tapi mak aku cakap memang sama jer..
Cuma presentation yang sebelum ni lagi cantiknla sebab Beras Basmati lpanjang2...
Oooo....aku bukan tahu sangat



Mak akuakan ngam Cili Hijau dipath- patahkan
Mak aku cakap nak feel Nasi Arab..
Mak aku makan ngan cili Hijau..
Maknaku cakap sedap..
Pedas dan rangup
Tapi aku belum Bran.... nak cuba
Hahahaa...


Makan nasi ni kosong pun dah sedap..
Makan ngan ayam dia + sambal cili dia lagi la sedap...
Mak aku cakap sama jer resepi  ngam Nasi Ayam Kuning Selatan tu..sebab beza bahasa ja..
So...aku C&P dari  post sebelum ni...
Tapi pic dia semua pic baru....


NASI AYAM KUNING SELATAN
3 cawan beras basmathi - rendam 15 minit
3 cawan air
1/2 cawan susu cair( xde stok..guna susu tepung + ½ cawan air suam)
2 pandan
1 sudu teh garam ( kalau guna kiub ayam..skip garam dan gula ni)
1 sudu teh gula
1 sudu besar pati oren(sendiri tambah)
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu marjerin
1 pokok daun sup/ daun ketumbar

Bahan Ayam:
1/2 ekor ayam
1 sudubteh garam
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu serbuk kunyit
Minyak untuk goreng

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar- hiris
5 buah pelaga
1 pandan- gunting2
1 kayu manis
2 bunga lawang

Bahan Tumbuk:
3 bawang merah
3 bawang putih
1 ketul halia

1. Gaul ayam,garam,serbuk kari dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak
2.Panaskan marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
3. Tambah bahan tumbuk dan serbuk kari serta serbuk kunyit ( bahan untuk nasi)
4. Bila naik minyak masukkan air.
5. Tuangkan semua bahan tadi dalam rice cooker dan on " cook" biar hingga mendidih.
6. Bila mendidih tambahkan susu,garam,gula dan pati oren.
7. Masukkan beras yang sudah direndam.
8.Kacau rata..tutup dan biar cook hingga nampak airnya kering
9. Bila nasi dah mula kering,susunkan ayam yang sudah digoreng tadi.
10. Tutup semula rice cooker dan biar nasi masak
11. Tabur daun sup/ daun ketumbar cincang..
12.Setelah nasi masak gemburkan nasi dengan garfu supaya nasi gembur cantik.


Boleh hidangkan bersama Sup dan Sambal Cili

Sup Kaki Ayam
2 pasang kaki ayam- potong
4 cawan air
1 sup bunjut
1 sudu minyak
garam
daun sup/ daun bawang
bahan tumbuk:
1 bawang merah
1 bawang putih
1 hiria halia

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
2. Masukkan kaki ayam dan air
3. Masakkan juga sup bunjut
4. Masak hingga kaki ayam empuk
5. Sesuaikan rasa dan taburkam daun sup

Sambal Cili
4 cili merah
1 bawang putih
1 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula

1. Tumbuk cili dan bawang putih
2. Tambah garam dan gula.
3. Masukkan cuka dan sesuaikan rasanya

Ayam.....Hari ni nyer seekor ayam
Sebab abang..kakak semua ada..
Mak aku masak waktu pagi ..
Mak aku pesan ni kira sarapan merangkap makan tengahari
Sebab seekor ayam tu



Ayam dah siap gaul gara..kunyit dan serbuk kari.
Mak aku cakap yang ni diperap semalaman dalam peti ais..
Sebab pagi dah nak masak
Nak jimat masa
So..kalau mak-mak yang kerja boleh perap ayam siap2
KAlau nak jimat masa kagi boleh goreng sesiap pun....
Esok pagi bagun masak  nasi....tambah ayam jer


Mak aku cakap kalau perap lagi lama rasa dia lagi sedap


Pastu goreng lah sampai masak
Tapi mak aku aku cakap yang ni goreng garing



Bahan tumis

Panaskan butter dan tumis bahan tumis
Uittt...bau harum pandan 1 rumah bai..!!



Masukkan bahan tumbuk..rempah kari...serbuk kunyit


Bau harum sangat2..Masak sampai naik minyak


Tambah air dan tuang dalam rice cooker


Tambah sunquick untuk rasa yang lebih sedap



Bila mendidih masukkan susu dan terus masukkan juga beras yang sudah dibersihkan


Kacau rata dan tekan button cook dan biar hingga agak kering


Bila air nasi dah agak kering..tetapi masih sedikit berair..susunkan semua ayam goreng atas nasi


Bila nasi masak sepenuhnya
Taburkan daun sup



Gembur nasi supaya nasi berderai



Hidangkan bersama sup..sambal cili dan sald
Tapi yang hari ni  just ada sambal sahaja
Sebabnya masa mak aku masak hari tu buat sup xde sesapa nak makan ngan sup
Sebabnya lagi sedap makan tanpa sup

4 comments:

  1. Wow...sedapnyerr...Nasi ayam kuning selatan...siap ada cili hijau...kruk..kruk...
    Selamat Tahun Baru Dik Cella...
    Selamat ulang Tahun Kelahiran...
    Semoga berjaya Selamat Dunia Akhirat...cayang sekali...muah..muah..
    Pppssstt...abaikan kata2 cikgu pompuan tu...jadikan pembakar semangat untuk terus berjaya dlm.PELAJARAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap la nasi tu aunty...tq tau sharing ...hari Achik pun cakap Achik masak nasi ayam ni juga..semua suka...
      TQ doa yang baik2 untuk kiter & pasal cikgu tu...haaa sib baik x ajar kelas kiter..
      Selamat Tahun Baru juga untuk aunty. mesti da slim kan..hehehe

      Delete
  2. wah nampak sedap...nak try la..hari tu masak nasi ayam try resepi emak adik..suka anak2 makan..sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cedap3...
      kema masak weekend ni...mesti adik2 tu suka...TQ untuk aunty ogy..TQ juga sis yang selalu baca diary kiter...muah2

      Delete