Saturday 20 January 2018

SOSEJ GORENG KENTANG DAN TELUR

Nasi Putih


Ngan Lauk ni jew..


Sosej Goreng Kentang & Telur


Lauk Bajet jew..
Sebab tengah lapar...
Mak aku cakap ikan dalam peti ais sedang beku keras macam ais..
So..sebab aku dah lapar
Mak aku cakap kena masak lauk express jer

SOSEJ GORENG KENTANG & TELUR
4 batang sosej
2 biji kentang
1 biji telur
2 cili kering
2 cili hijau
1/2 bawang besar
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam serbuk
minyak

1. Kentang dilotong wedges dan goreng garing
2. Tinggalkan 2 sudu minyak dalam kuali dan goreng sosej yang dipotong serong
3. Masukkan cili kering potong
4. Pecahkan telur dan kacau rata hingga telur masak
5. Tambah bawang..cili hijau dan garam
6. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup


Kentang yang dipotong wedges dan goreng
Goreng sosej hingga masak


Tambah cili kering dan telur


Masukkan semula kentang goreng


Tambah cili hijau dan bawang


Sesuaikan rasa dan tambah daun sup...
Mmmm....minggu depan nak bawa bekal ni ke sekolah untuk hari Rabu..
Tapi just nak soh mak aku campur kentang...sosej dan telur sahaja..
Pastu nak makan ngan mayonis..
Mmmmm....dah dapat rasa sedap dia...

No comments:

Post a Comment