Friday 19 January 2018

SAMBAL BILIS TIN + TERUNG

Sambal Bilis Tin + Terung


Lauk hari Rabu...
Biasalah...lately ni semua manusia dalam dunia tengah bz..
Mak aku cakap masak pun semua lauk dan makanan yang cepat jer..
Bukan sebab bz sahaja tapi juga sebab kos makin tinggi..
Haaaa....bukan mak-mak jer merungut
Dak sekolah mavam aku pun dah reti merungut kos tinggi
xde apa lagi dah yang murah
Kalau harga sama pun...mesti saiz makin kecik
Contoh Ayam Cucuk kat depa sekolah
Dolu kalau besar singgit
Kalau kecik 2 singgit
Sekarang dah terbalik dah...
Kalau  kecik singgit
Sekang ni kalau besar dia kerat 2..
Haaaaa...nampak macam sama jer ayat tukan
Tapi effect dia memang sangat x sama



Sambal Bilis Tin ni antara stok yang selalu ada la kat umah
Sebab selalu akan jadi lauk ekspress
Haa...
Dah beberapa kali post pasal Sambal Bilis Tin ni
Antaranya
SAMBAL BILIS TIN kat sini...
SAMBAL BILIS TIN SEDAP kat sini....
SAMBAL PETAI BILIS TIN kat sini... 
Hari ni lak SAMBAL BILIS TIN + TERUNG


Terung  lak semua pun dah suka kecuali abang
Kakak suka terung
Aku suka terung
Mak aku pun suka terung
Baru minggu lepas mak aku masak TERUNG MASAK KICAP kat sini....
Ni mak aku masak lagi Sambal lak



Kat Hero Sambal Bilis Tin tu masih sama
Kat Speedmart lak cari brand ni xde
Tapi terung tu hari tu masa masak kicap beli terung kat Pasar Segar...
Yang ni beli kat Hero
Mak aku cakap terung pun mahal gak..
Tapi bising2 pun mak aku beli juga


SAMBAL BILIS TIN + TERUNG 

1 tin bilis dalam sos cili (brand REX)
2 biji terung panjang purple
1 tangkai dau kari
1 asam keping yang kecil
1/2 sudu teh garam
10 cili padi hijau
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Kerat terung sepanjang aghak-agak 5cm dan belah 4. Goreng hingga masak
2. Tinggalkan minyak goreng terung dalam 2 sudu   dan  tumis daun kari serta bahan blend hingg naik minyak
3. Masukkan asam keping dan garam
4. Tambah bilis tin dan kacau rata
5. Tambah terung goreng
6. Bila nampak pekat tambahkan cili padi yang dipatah-patahkan
5. Sesuaikan rasa sebelum diangkat


Terung dikerat-kerat dan dibelah 4


Goreng terung hingga masak


Sambal terung da Bilis Tin  ready to eat


Lauk mak aku ....
Mak aku masak lagi Sambal Tempoyak Bilis macam KAT SINI....


No comments:

Post a Comment