Monday 12 December 2016

LEMPENG BAWANG PUTIH

Lempeng Bawang Putih
Cicah Kuah Kari..
Minum Teh O Panas
Sarapan awal pagi hari ni...
Sejukkkk...subuh tadi hujan
Niat mak aku nak gi MAHA kali ke2 x jadi
Tapi dah ada plan lain...
Heeee

Minggu ni Minggu Lempeng Sedunia kot..
Hahaha..
Sebab dah 3x melempeng..
Lempeng Cair Cicah Asam Pedas .
Lempeng Kelapa Tebal Garing
Lempeng Bawang Putih untuk sarapan hari ni..

Lempeng ni sebenarnya Lempeng Cair juga..
Cuma di alterkan bahannya..
Namanya pun jadi lain..
Sebab dimasukkan Bawang Putih dan daun bawang


Mak aku kata idea dari sini....


Dalam Majalah Saji Disember yang terbaru ni
Aku yang gi beli Majalah ni minggu lepas..
Saji ngan Metro..mak aku tunggu dalam kereta..


Tapi mak aku cakap amik idea jer dalam majalah tu..
Resepinya mak aku guna resepi Lempeng Cair sebelum ni sebab takut x sama cairnya..

LEMPENG BAWANG PUTIH
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu minyak
1 ulas bawang putih-cincang
1 pokok daun bawang-hiris

Campur tepung,garam,air,telur,minyak &bawang putih dalam blender dan blenkan hingga sebati..
Tuang dalam bekas & baru masukkan daun bawang hiris..biarkan 15 minit supaya tepung kembang dan lembut
(yang nampak bintik putih tu 1 sudu oats)


Panasjan kuali dan sapu sikit jer minyak..
HANYA SAPU SAHAJA MINYAK & SEKALI INI SAHAJA .UNTUK SETERUSNYA X PERLU SAPU MINYAK LAGI..
jika kuali terlalu berminyak nanti susah nak ratakan dengan belakang senduk sebab kuih akan licin xnak lekat dikuali


Tuangkan sesenduk batter


Ratakan dengan belakang senduk hingga nipis..
KUALI JANGAN TERLALU PANAS..
Jika kuali terlalu panas nanti kuih x cantik
Bila nampak permukaan kering terbalikkan
Terbalikkan sekejap sahaja supaya betul2 kering


Bentangkan permukaan yang licin ke bawah supaya bila gulung nanti nampak  bintik2 daun bawangnya..gulung longgar supaya nanti kuah dapat diserap


Hidang bersama kuah kari..@ sambal tumis @asam pedas @ kuah sardin

No comments:

Post a Comment