Sunday 4 December 2016

KUIH KERIA SIRA GULA MELAKA

Kuih Keria Sira Gula Melaka..
Ni versi Sira Gula Melaka yang gulanya rangup berderai
Kat bawah ni versi Sira Gula Melaka Berkilat..
Hihihi...
Lum habis pasal Kuih Keria..
Sebab kakak asyik dok sebut nak kuih keria..

Ni versi Sira Gula Melaka Berkilat
Mak aku kata ala-ala toffy..
Toffy tu apa?
Ala ...yang macam Apple Toffy tu..
nak faham lagi Google..


Yang sira berkilat ni sebab terpengaruh ngan Kuih Keria Antabangsa tu ler...


Ni versi yang aku suka
Yang sira gulanya penuh..
Tapi still guna Gula Melaka..
Eh..bukan gula Melaka lar..
Mak aku kata ni Gula Nissey Klate..

KUIH KERIA SIRA GULA MELAKA..mak aku
1kg keledek oren
1cawan tepung gandum(baca tips dibawah)
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu gula pasir
Minyak untuk goreng

Bahan Sira:
2 keping gula klantan
Air..
(ikut versi dibawah)

1.Rebus keledek hingga empuk gebu
    Ketika masih panas..lenyekkan bersama            ....hingga halus
    Kemudian biar sejuk suhu bilik


Tips...
-Lenyek masa masih panas lebib mudah berbanding sudah sejuk
-Gula digunakan supaya kuih cepat garing



2. Bila dah sejuk barulah ditambah tepung..

Tip..
Jika tambah tepung masa panas2..adunan akan lembik & sudah tentu kita akn guna banyak tepung..x best klu banyak tepung..nnt kuih liat


3.Lenyek hingga brgaul rata & boleh dibentuk..


4. Buat bentuk roda berlubang ni hingga selesai..
- Cara buat bentuk ni..
Mula2 bulatkan dough sebesar chocolate ball & leperkan..tebuk lubang guna jari telunjuk ..
- Boleh canai & terap guna acuan donut  tp lagi ori guna tangan..


5. Goreng dalam minyak yang banyak..

Tip:-
- Jika nak terus makan ..goreng hingga garing..

-Jika nak frozen...goreng sekejap sahaja..
 Biar sejuk suhu bilik baru packing & frozenkan.
Nak makan baru goreng garing & sira gula..

SIRA GULA MELAKA:

Versi Berkilat ala- ala toffy

Masak 1 keping gula nissey(agak2 1 ketul kecik gula Malaka)bersama 1 cawan air .
Masak hingga gula menjadi pekat dan bertali.
Bertali tu maksudnya bila diceduk dan dituangkan cecair tu lambat jatuh..&  macam bertali
- Masukkan kuih & kacau rata..kemudian tutup api sambil terus kacau


Ni versi sira gula berkilat..

Ketika madih panas..gulanya liat bertali bila ditarik ..
Bila sejuk kuih akan berkilat dan lapisan gula tu nipis rangup..



Untuk versi Sira berderai ni...
-1 keping gula nissey or 1ketul gula Melaka dihiris
- Masak gula dengan 1/4 cawan air sahaja
- Masak hingga pekat dan berbuih

Bila dah mendidih berbuih terus masukkan kuih..
TUTUP API..
Terus kacau kuih dalam kuali bergula tu dengan sabar..mula2 memang nampak melekit jer..
Tapi terus kacau hinga akhirnya bila semakin sejuk gula akan berderai ..
siap...

4 comments:

  1. Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome...hehehe...kiter share jer..mak kiter nyee resipi...

      Delete
  2. TQ share resepi. Nampak sedap kuih keria tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Memang sedapbkuih ni sebab kiter suka keledek..heee

      Delete