Thursday, 1 June 2023

KE KUANTAN

Weekend,di bumi Kedah Darulaman..
Mencuri masa dengan menaiki bas untuk balik ke negeri kelahiran,kerana hari-hari lain yang ada dirasakan penuh dengan urusan duniawi.


Seusai solat Subuh pagi Selasa,dari KL terus pula bergerak ke Kuantan.

LPT lengang..mungkin kerana hari bekerja.Mungkin juga sebab awal pagi.

Cuaca cerah mengiringi perjalanan


Perjalanan dipermudah



Pukul 8.00++ pagi dah melewati R&R Temerloh.Plan asal nak sarapan sini,tapi tak jadi & perjalanan diteruskan.

Lebih kurang 3 jam perjalanan.


Bumi Kuantan

Taman Tasik Paya Besar


Singgah mengisi perut.Walau Pahang terkenal dengan ikan patin tempoyak,namun diwaktu begini kami perlukan tempat yang dingin dan tenang.
Patutlah kepala teramat sakit.Rupanya bila baca news:


Selesai makan, kami meneruskan langkah.
Ada keperluan yang mewajibkan kami bermusafir ke Gambang dan Kuantan.
Jejak bertapak.....

Monday, 29 May 2023

LAKSA BERAS KUAH LEMAK BY ACHIK

 Semalam Achik ajak pi Tobiar( orang Kedah sebut Tobiaq) 

Nak beli homemade Laksa Beras.


Ni pic by Achik .
Laksa Beras Kuah Lemak


Homemade Laksa Beras yang Achik beli.Sekilo harganya RM10.Pesan penjual tu..:
Kena bawa bekas sendiri iaitu raga @ bekas bertapis untuk isi laksa tu.. 

* Penjual tu hanya jual laksanya sahaja

*Kuah dan bahan lain kena sediakan sendiri.


Ulaman kena sedia sendiri..



Kuah pun Achik sediakan sendiri..Achik masak kuah versi Kuah Laksa Lemak Kedah.
Guna ikan selayang + ikan temenung..

Ni pic by Achik.Achik cakap kuah laksa dah siap.Dah boleh makan.

Mak makan semangkuk.
Adah makan semangkok.
Saya?
Hihihihi
...
...
...
...
...
✌️mangkok besar...!

🏃🏃🏃🏃🏃


LUNCH HARI SABTU

Sambal Udang Petai


Ayam Goreng


Tempe Goreng Bawang Putih 



Broccoli Bawang Putih



Ulam Pucuk Senerui,Pucuk Kaduk,Pegaga & Petai


Sambal Belacan by mak.

Ada gulai ikan merah.Lupa nak snap pic..hihihi

In shaa Allah,sempat lunch sekali lagi sebelum balik KL...