Wednesday, 28 April 2021

CEPATNYA RAMADHAN MELANGKAH

 

Perlahankanlah langkahmu wahai Ramadhan , alangkah cepatnya langkahmu , semalam rasanya baru 1 Ramadhan dan hari ini sudah 16 Ramadhan , engkau datang dengan kerinduan dan engkau berlalu dengan begitu cepat sekali , maha suci Allah yang telah menyifatkan engkau dengan أياما معدودات (beberapa hari sahaja) .

Wahai Tuhan Kami terimalah amalan kami yang telah lepas , bantulah kami (dalam mengerjakan amal soleh) pada hari hari mendatang dan merdekakanlah kami daripada api neraka ya rabbal  'alamin.

WAJAH BULAN DI AIR TENANG

 Salam Ramadhan ke 16.Sudah melewati 1/2 bulan Ramadhan 1442.


Cahaya purnama 16 Ramadhan dari jendela  seusai subuh. 

Wajah Bulan di Air Tenang


Selamat datang sayang aku ucapkan
Dengan tangan hati terbuka ku menerima
Selamat datang sayang aku dendangkan
Lagu cinta senandung ria raikan bersama

Wajah bulan di air tenang menyerikan kau datang
Bintang bintang berkerlipan sungguh indah dan mengasyikkan
Riangnya hati tiada terperi bersama denganmu lagi

Selamat datang sayang aku ucapkan
Dengan tangan hati terbuka ku menerima
Selamat datang sayang aku dendangkan
Lagu cinta senandung ria raikan bersama

Wajah bulan di air tenang mengasyikkan pandangan
Begitulah perasaan sungguh indah bila kau datang
Senyum mesramu mengubat rindu ringanlah beban hatiku

Selamat datang sayang aku ucapkan
Dengan tangan hati terbuka ku menerima
Selamat…

#Allycats

#sekadar lirik lagu


Tuesday, 27 April 2021

GULAI PUCUK JOHAR @PUCUK JUAQ


Gulai Pucuk johar.Ada yang panggil pucuk juaq.
Cari dalam googlen ejaannnya pucuk juar.Tapi di Kedah dipanggil pucuk Juaq 
Ini emak saya yang masak hari Sabtu sebelum balik KL.Saya pernah juga menyediakan  lauk ni .Tapi sebab mak nak makan masakannya sendiri,biar mak yang masak. 

Gulai pucuk johar mak in the making.

GULAI PUCUK JOHAR @ JUAQ
1 cekak pucuk johar
( lebih kurang 20 ranting)
2 ekor ikan kembung rebus( ambil isinya saja)
2 cawan santan pekat 
2 sudu rempah kari ikan
3 bawang merah tumbuk
1 sudu teh garam

1. Rebus pucuk johar hingga mendidih.Buang air didihan & gantikan dengam air baharu & rebus sekali lagi.Cukup 2 kali rebus supaya tidak terlalu tawar.Basuh & perah airnya.
2. Masukkan isi ikan rebus,rempah kari,bawang tumbuk ,santan& garam
3. Masak hingga mendidih & kuah pekat.
4. Sesuaikan rasa
Selain dimasak gulai,pucuk johar juga sesuai dibuat rendang bersama ayam.

Pucuk johar dari pokok Lang Doh

Banyak dapatnya.Lepas rebus mak masak separuh & separuh lagi yang sudah direbus,mak perah & simpan dalam frezer.Nanti raya boleh masak rendang dengan ayam.

Daun johar ni memang sebijik macam daun sennea yang orang buat senna  tea  tu kan..
Bila saya search ,memang jumpa nama saintifik dia Senna Siamea.Macam betullah serupa senna tea tu.Siamea tu mungkin maksudnya Siam la kot..hihihi pepandai buat andaian.Tapi mungkin ada kaitannya juga sebab kalau kat Kedah pokok johar ni banyak ditanam oleh masyarakat Siam.Mereka menenam sepanjang batas- batas sawah.Sepanjang jalan ke kampung saya ,dimana terdapat sawah masyarakat Siam ,memang berderet pokok johar ni ditanam.Pucuk johar ini memang digemari oleh masyarakat Siam juga.Mereka juga memasak pucuk johar sebagai gulai bersama isi ikan atau ayam untuk dimakan bersama nasi putih .Selalunya dimakan bersama ketupat daun buluh .
Saya pernah masak rendang pucuk johar ni untuk makan bersama ketupat daun buluh.Sudah cari dalam older post & memang ada post Cella 

Dulu saya pernah search info pucuk johar tapi tak jumpa.Sekarang dah agak banyak info yang dikongsikan oleh mereka yang tahu pasal pucuk johar ni

Untuk lebih jelas rupa bentuk pokok & daunnya saya ada jumpa kat youtube.Saya panjangkan link nya disini untuk manfaat bersama .. ..... https://www.youtube.com/watch?v=QX6WRQcXex4


Terima kasih kepada owner ADAM LFK FARM.Halalkan saya panjangkan di sini yer.

Semoga dapat menambah ilmu & manfaat .Manalah tahu mungkin pokok ini ada ditempat tuan puan tetapi tidak tahu bahawa pucuk ini sedap dijadikan juadah & mempunyai banyak khasiat.