Friday, 14 July 2023

PASTA BEBOLA AYAM

Bila lama meninggalkan periuk belanga,skill memasak mula ke laut..Jadi hilang kreatif nak memasak..hihihi

Plan nak masak nasi tapi mengong sekejap nak masak lauk apa.Ayam ikan masih membeku.


Maka tukar plan tak jadi masak nasi..Kita masak yang mudah ja la tak payah lauk pauk.


Masuk dapur keluarkan  pasta.Selongkar peti ais cari protien yang mudah nak masak walaupun tahu protien tipu tipu ja..hihihi

Pasta vermicelli  🍝
Bawang Holland🧅
( nampak sangat lama tak masak sampai bawang dah tumbuh daun)🤭
Bawang putih 🧄
Capcicum merah 🌶️🫑
Tomato ceri🍅
Bebola ayam-
Minyak,garam,kiub ayam,chilly flakes.


Tumis- tumis lebih kurang..Campak je semua🤭

Jerang air dalam periuk hingga mendidih.Campak pasta biar dalam 5 minit terus kaut dan terus campak dalam kuali berperencah.Terus masak seminit dua lagi sambil gaul gaul  hingga pasta lembut...
Saya suka pasta masak bodo- bodo macam ni.Kalau pasta bersos macam bolognese & carbonara saya kureng sikit..

Makan panas- panas sambil mentelaah handphone ...
Sambil makan handphone tak lepas...mulut mengunyah..mata menatap handphone..Kalau anak buat macam tu..marahhh🤭

Ok...perut dah kenyang...nak jenjelan dapur maya rakan-rakan jap..Dah lama juga hanya silent reader takdan nak tinggal jejak.
Hari ni nak singgah & tinggalkan jejak...hihihi..

Tapi sejak tukar handphone baru hadiah birthday tu..
Bila komen ..dia dah tak naik profile pictures namakucella...,( pic coklat strawberi tu) sebaliknya naik profile picture email saya..( gambar mesin padi dengan  langit biru)..Tak tau nak buat macamana sbb memang saya tak pandai 🙈

Tuesday, 4 July 2023

3 JULAI

Mengikut catatan pada sijil kelahiran saya dilahirkan pada pukul 7.15 pagi  3 Julai bersamaan hari Selasa.Kata emak beza usia saya dengan kakak hanya setahun. manakala beza umur dengan abang pula 5 tahun.Namun kakak telah kembali kerahmatullah ketika usianya 6 tahun.Al- Fatihah untuk kakak.

Semalam 3 Julai datang lagi.Berkurang lagi umur bila dicoundown....

Kalau dihitung menaik maka bertambah setahun lagi angka umur.Ada yang meneka umur saya ke tu?

Dah tua dah....Kalau mak saya masa umur macam saya ni dah ada 2 orang menantu dah...mak saya menerima menantu pertama pada umur 42..So, umur saya sudah pastilah lebih daripada 42..Lahir pun tahun 197...?

hihihihi

Zaman kanak-kanak hingga dewasa saya tak pernah pun menyambut hari lahir.Cuma setelah masing-masing sudah dewasa..Achik selalu belikan atau kirimkan sesuatu sebagai hadiah hari lahir.Kadang hadiahnya sebulan awal..hihihi...Beeberapa tahun kebelakangan ini sejak anak-anak sudah remaja dan dewasa,saya perasan mereka sentiasa ingat tarikh 3 Julai.Walau berbuih mulut dan berkali melarang mereka belikan hadiah untuk saya..tapi akhirnya saya terkesan dengan salah satu komen dari Cikgu Amie beberapa tahun yang lalu( saya sudah lupa komen pada posting yang mana) Katanya (saya tak ingat secara tepat tapi bunyinya lebih kurang) Biarlah anak-anak hendak memberi..bisukan mulut dan jangan banyak bunyi..tapi gantikan dengan doa untuk anak-anak

( lebih kurang macam tu lah kalau tak salah ingatan saya)

Saya simpan titipan pesanan tu dalam ingatan hingga hari ini.Pesanan yang menjentik hati saya dan sangat bermakna.Terima kasih Cikgu Amie!

Semalam...3 Julai datang lagi..

Seperti biasa sejak beberapa tahun ni....wish pertama datangnya dari lembaga yang selalu mengejar ni la...hihihi




Buka email Cella untuk blog ni..Eh,ada email kiriman adinda tersayang dari Kuantan...😘

Terharunya bila tarikh kelahiran kita diingati sedangkan kami hanya rakan maya yang tak pernah bersua..Terima kasih Adinda Afzan..


Maafkan kakakmu terlambat merakamkan pengahargaan itu di sini.Tapi sesungguhnya kakak sangat berbesar hati dik!🥰


Hadiah pertama datangnya daripada J&T...hihihi
Tapi bukan la J&T yang kasi...
Tapi anak lanang nan sorang tu.

Tapi katanya dia share dengan Adah..Adah pula kata ti hadiah dari abang..Entah mana yang betul


Terbunyi juga sikit mulut ni...Bukan tak  menghargai tapi lebih kepada sayang duit dibelanjakan untuk saya padahal handphone yang sedang saya pakai ni pun mereka juga beli  sebagai hadiah hari lahir saya.Masa tu PKP...depa hadiahkan  handphone untuk mudahkan saya buat kerja online.Masa tu kan work from home.Ni pula depa kata beli handphone baru supaya boleh bidik gambar lawa sikit untuk blog...Tapi saya ni ..bagilah camera canggih ka apa ka..saya nukan reti nak amik gambar bagi cantik..senget  dan tak pernah nak elok....hihihihi

Apapun Alhamdulillah...


Hadiah ke-2 pula daripada anak ke-2 sepersalinan jubah hitam bersama sehelai tudung juga bewarna hitam.Hari tu nampak dia beli jubah set dengan tudung sekali.Nampak cantik & saya minta dia order untuk saya sekali.Tapi bila tanya beberapa hari lepas dia kata dia belum order.Semalam nampak ada parcel dari J&T & rupanya Adah belikan jubah ni dan hadiahkan untuk birthday..Alhamdulillah...


Eh,sebenarnya hadiah pertama by Achik la..Tapi sebab Achik bagi advance dah lupa pulak Achik cakap  ni hadiah birthday...hihihihi

Dah pakai sekali dah sebelum tarikh birthday..Alhamdulillah .


Tuan Tanah Kedaung...tahun ni dia kkata bajet kemut sebab duit dah banyak beli bahan projek..
Dia beli slice cake @ Nasken Coffee.
 Rainbow Mille Crepe ...sedap sangat.
Alhamdulillah ...

Tapi tengok lah betapa perasannya dia..

From Cella:

"anak bongsu paling comel"...hihihihi

perasan sungguh dia..



Semalam juga Seawal 8.46 pagi saya menerima whatsApp dari Dungun


Seawal pagi dapat kiriman rezeki ...

Dari seorang sahabat yang tak pernah gagal mengingati 3 Julai.Walau sudah bertahun terpisah oleh jarak beratus batu namun setiap 3 Julai pasti ada bingkisan kirimannya..


Kali ini dapat set Kopi Zus.

Segelas kopi Zus yang pekat berperisa.

Mulanya saya sangkakan   Bingka Pandan ...
Bila dicicip...
Nah.....Burnt Cheese Cake perisa pandan..Gabungan timur barat ini sungguh sedap..

Begitu juga Bake  Cheese Macaroni ni..sungguh sedap menyantap.
Alhamdulillah
Semoga Allah ganjarkan kepada Norimah hidangan  terbaik di sturga kelak.
...

Balik kerja,Adah masih kat tempat kerja .Dia wasap pesan tak payah masak.
Cella yang baru masuk rumah baru sampai dari UPM..masih terkejut bila ada orang ketuk pintu bgtau pizza delivery..Dia terus cakap kat rider tu kata salah rumah..Kata Cella saya takda order pizza.Terkulat-kulat rider tu ingatkan memang salah rumah padahal alamat dah betul..
Tengoklah aksinya lepas amik pizza tu...Terkezut bercampur seronok dia melompat tanpa sedar tudung terlondeh ..hihihi

Yang Adah pun punyalah dia borong order...sampai 3 pcs pizza + cheese stick & chicken popcorn.

Ada Hawaian Chicken

Seafood sensation..
Udang dia sedap betul..pop pop pop bila dikunyah..isinya kenyal meletua dalam mulut.
b
Beef peperoni ..

Cheese stick

Chicken popcorn..
Hanya kami 2 beranak kat rumah masa rider hantar.
Maka makan la kami dua beranak ketika azan maghrib.
Menjelang isya' baru Adah sampai diikuti abangnya tak lama lepas tu.Saya dah hanyut dibuai mimpi.
Pagi tadi saya dapati pizza masih berbaki serba 2 slices.Pesan pada depa sapa nak sarapan..panaskan ja pizza tu..
Alhamdulillah....
Begitulah kisah 3 Julai 

Sunday, 2 July 2023

TENGAH BUAT SAMPRET DAHLIA KAT KL

Salam Aidil Adha hari tasyrik terakhir.

Saya tengah baking Sampret Dahlia.
Semalam bertolak dari Kedah.Belum pukul 7 pagi kami dah melepasi Tol Pendang.Alhamdulillah,perjalanan awal pagi melancarkan perjalanan dan terhindar daripasa perangkap jem.Singgah R&R Tapah untuk alas perut dengan reroti Herold Bread Juga untuk  tukar driver daripada Adah kepada Cella.Biar depa orang muda pula drive.Sempat la layan satu dua mimpi..hihihi...Sebelum zuhur dah selamat sampai rumah.

Hari ni kita membaking..
Buat atas permintaan rakan untuk anakndanya yang baru pulang dari Moscow.Kalau masih ingat tentang BISKUT DAHLIA UNTUK DR NURISHA....
Ini juga adalah biskut dahlia untuk Dr Nurisha..Semoga ianya memenuhi selera ..


Sepatutnya seawal pagi membaking tapi macam biasa la...nak mencari mud tu yang payah.Akhirnya terpaksa merajinkan diri demi sebuah janji...hihihi


Nasib baik ada anak dara  bongsu tu tolong letakkam ceri.


Ready untuk masuk oven..

Letak ceri sambil tengok movie.
Kalau zaman saya anak dara buat macam ni ,alamat kena bebel dengan mak..hihihi


Tapi dah zaman depa lagu ni..
Kita diamkan ja la..
Biarlah dia buat sambil tengok movie pun,janji kerja siap..


Buat 3 adunan =3 ketul butter.
Dapatlah 3 balang untuk Dr Nurisha dan jika ada bakinya boleh la sebiji dua masuk molot sendiri..Kalau ada laaaa...hihihi

Alhamdulillah,siap tunaikan janji..3 balang sampret dahlia ready to delivery.Suka juga saya nak share lebih detail.Satu balang ni kuantitinya 50++pcs.Untuk 1 adunan  dapat dalam 65-70 pcs bergantung kepada size.Ini size yang biasa saya buat.Kalau buat nipis-nipis dapat lebih la agaknya.Tapi saya tak berani buat nipis sebab risiko pecah kerana resipi ni biskutnya  rangup tapi cair dimulut.Kena biar sejuk sikit baru boleh angkat dari tray kerana bunganya rapuh.
Nak buat makan keluarga pun sesuai.Andai ada yang nak berniaga,silakan..


Resipi saya c&p dari old post ja..
Cuma saya buat guna 3 ketul butterr dan gulanya kali ni saya kurangkan sikit.Guna ¾ cawan ja untuk satu adunan sebab bila saya kurangkan jadi ¾ cawan masa buat sampret dahlia Raya Puasa hari tu..macam lagi sedap bila kurang manis...Maka lain kali saya akan guna ¾ cawan icing sugar untuk 1 ketul butter..

SAMPRET DAHLIA ... 

1 ketul butter

 ¾ cwn gula icing

1 telur

1 camt esen vanila

1 cwn tpg kastad ( yang ni memang saya hanya akan cari Bird's custad)

1 1/2 cwn tpng jagung( saya guna sebarang brand saja)

Tepung gandum ikut keras yang sesuai( saya guna tepung cap rose merah)ceri-potong

1. Mix butter & gula icing sampai bercampur rata

2.Tambah telur & vanila

3. Tambah tepung jagung & tepung kastad.Mix lagi sampai rata

4.Guna tangan untuk tambah tepung gandum sikit demi sikit hingga agak2 boleh picit dalam acuan...Cuba masukkan dalam acuan & tekan untuk pastikan keras atau lembik..Adunan kena lembut baru mudah nk picit...Tapi jgn terlalu lembik sbb kalau lembik sangat nnt masa bakar bunganya akan "tidur".. Kalau keras susah nk tekan..agak2 la ye..6. Tekan dalam dulang & hias dengan ceri potong7.Bakar suhu 180 & agak2 dlm 20-25 minit..

Tips: guna gula icing lebih baik dari gula kaster..kerana gula icing senang hancur...Kalau gula kaster x betul2 hancur nanti masa bakar bunganya kembang & x cantik..

- Kalau guna gula pasir yabg dikisar sendiri...gunakan hanya ½ cawan sahaja kerana gula pasir kisar lebih manis daripada gula icing

*Tambahan tips..jika terpaksa guna gula kaster,kurangkan sukatan kepada 500gm sahaja untuk 4 ketul butter tu kerana gula kaster lebih manis  berbanding gula icing.