Saturday, 1 May 2021

SAMBAL BACANG MUDA,SUP BEBOLA,TELUR DADAR & SAYUR KANGKUNG - IFTAR 18 RAMADHAN 1442

Tak puasa makan nasi masa beriftar juadah dari Bazar Ramadhan hari Khamis tu.Maka semalam memang plan nak penuhi selera anak tekak sendiri.Masak lauk kampung simple- simple pun takpa dah .Puas selera .Agaknya sebab tu orang- orang tua sanggup makan nasi berlauk ikan masin,ulam & sambal belacan jika apa yang dibeli atau dimasak anak cucu tidak kena dengan tekak ..hihihi


Semalam masak lagi Sambal Buah Macang ni.Sedap sunggguh pada tekak saya.Padahal baru hari Ahad masak SAMBAL MACANG MUDA...Lagipun dah beberapa kali Adah minta masakkan lagi sambal macang ni.Sementara buah macang muda masih ada lagi ni.Kalau 

SAMBAL BUAH MACANG MUDA + IKAN BILIS

2 biji macang muda

1 cawan bilis bersih

1/4 cawan minyak

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula perang

Bahan Blend:

15 cili kering

1 bawang besar

3 bawang putih

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing.

2. Terus tuangkan bahan blend & masak hingga mendidih.

3. Tambah garam,gula  & buah macang sagat.

4. Masak hingga kering & naik minyak.Sesuaikan rasa.


Untuk anak bujang tu saya masakkan sup bebeola ayam.Masak seperiuk

Isikan sorang semangkuk.Hirup lah puas- puas sendiri punya mangkuk.Tapi saya tak nak sebab saya tak suka sup.Masak untuk depa ja.


Telur dadar pelengkap sup.Ni pun saya tak jamah pun.

Sayur kangkung favourite Adah.Masak 1 ikat besar tu sebab selalu dia cakap tak puas makan kangkung.Tapi yang saya perasan kangkung sekarang halus- halus benar.Tak cukup baja @ tak sempat cukup umur dah dicabut..Hihihi

Sebab tak suka sup & telur dadar,saya hanya sambal macang & sayut kangkung.Ops,ada ikan talang masam juga yang membantu melajukan suapan..Hihihi..
Buah nangka.. 


SELAMAT HARI PEKERJA

 Lupa pulak hari ni 1Mei.Yang ingat cuma hari ni 19 Ramdhan.

Sebabnya juga 1Mei jatuhnya hari Sabtu.Kalau 1Mei tu weekday memeng ingat & tunggu- tunggu la nak cuti..Hihihi


Ramai ker cuti hari ni?Mungkin lelaki kebanyakan bercuti la.Kalau namanya mak-mak,lagi banyak kerja,lebih- lebih lagi hanya seminggu lebih sahaja lagi nak raya kan...

Apapun "Happy Labour Day"

AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN

 

Jadual harian sepanjang sepuluh malam terakhir Ramadhan : 

1- Solat tarawih dan Qiamullail pada setiap malam.

2- Sedekah pada setiap malam walaupun hanya sekadar RM 1.

3- Membaca Al Quran walaupun hanya satu mukasurat.

4- Memperbanyakkan doa :

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا

(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).

5. Memperbanyakkan istighfar dan tasbih.

6. Jauhkan diri daripada perkara perkara yang tidak bermanfaat.

7. Memperbanyakkan keadaan tenang dan aman serta menjauhkan diri daripada pertengkaran.

8. Memberi makanan kepada orang berbuka puasa.

9. Doa.

#dipanjangkan daripada tazkirah subuh Ustaz Kamarul Hafidz