Pagi ini teringin nak makan pulut lemak.Ada sambal bilis dan ingat nak goreng ikan rebus juga buat gandingan dengan pulut dan kopi O..
Tapi tetiba teringat akan pulut lemak vs telur dadar yang pernah menjadi rebutan ketika zaman kanak-kanak tatkala kami masih dikampung lama Sekitar awal 80-an kampung kami masih jauh ketinggalan dari segi infrastuktur dan lainnya
Musim cuti sekolah begini,lagi lah teringat kenangan cuti swkolah zaman masih berswkolah rendah..Di negeri kelahiran saya,hari Jumaat dan Sabtu adalah hujung minggu dan hari cuti persekolahan Jumaat adalah hari yang mebahaguakan merana boleh bermain puas puas bersama kawan-kawan Depan balaisah( surau) kampung adalah port kebanyakan kanak-kanak betkumpul untuk bermain.Timbunana pasir garam depan balaisah umpama pasir panrai untuk kami berkubang.
Pokok cenderai dan pokok bongor membekalkan peluru untuk cak plong iaitu buluh kecil yang disumbat buah cenderai dan dijolok dengan penjoloknya mengeluarkan bunti seperti pistul mainan.Buah bongor dan buah terung belanda(terung pipit) pula menjadi peluru senapang kayu Kalau kena memang berbekas merah dan boleh tahan sakit..
Selalunya Awang Hadi & Mat Soleh anak Awang Kechik dan akan jadi kepala lanun dan akan berperang dengan kawan-kawan Abang Di iaitu Pozi anak Awang Kechik Bauk..Moin anak Awang Poktey,Seli Mat Bedah,Shuk & Zuki anak Sakri Che Tan Kadang lagi ramai dengan kehadiran Dohaq & Peli anak Mat Daim..Syawal cucu Tok Dae'..Saadroni anak Pak Ngah Man Ada masanya Din & Sobri Awang Che Mah juga join sambil mengasuh adik-adik mereka.
Yang perempuan akan dikepalai oleh Shun .Maklumlah Shun tu dah la lawa,anak Che Tam pulak orang kuat BN kat kampung & semua orang kena ikut cakap dia..hahaha
Selain tu ada juga Terah & Nani anak Esah Sarik ..Mek Rodiah & Maliah anak Melah Kosim..,Poziah Pakyok tu ada la sesekali join tapi selalunya dia akan join geng Kampung mak ayahnha di Cok Keladi yang lebih maju..Maklumlah dia anak tunggal mak ayahnya banyak duit.Kadang kawan -kawan lelaki yang senior skit dari saya pun join...Lan anak Keria,Paknjang Mat anak Maklang Kiah,Dah Chik Wang..Mini anak Mat Jusoh,Na anak Sarik Sarah,Gayah, Normah & Ina Pakwan..Yang prempuan main dangau( pondok-pondok) bawah pokok ghemia.Kalau musim buah ghmemia putih pakat bawa garam belacan buat cucah ..kalau musim ghemoa masak...kuing lidah masing-masing dek banyak makan buah ghemia.Tapi kalau datang geng kampung seberang yang diketuai oleh Lan Mat Besah & sepupu sepapat dia...habis la..
Depa tu ganas....Naik pokok depa akan kongker habis depa petik masuk gunin& cantas dahan.Buah rambai & manggis pokok Long Sakri habis depa kerkah tak tinggal langsung kat tuan dia🤭
Tepi bendang dekat balaisah tu juga ada pokok keriang..Selain tu ada lagi swpokok besar pokok keriang atas kubur tepi balaisah...Musim buah keriang habislah bitu(sebenarnya ungu) lidah masing-masing.Begitu juga musim buah stoi...pakat sembelit sebab pakat makan buah stoi telan biji.
Semua makanan alami tu Allah kurniakan bagai disusun memang disekeliling balaisah berhampiran balaisah dekat kubur yabg juga tempat permainan kam .
Kubur tu bukan sahaja menjadi tempat kebumi jika ada orang kampung yang meninggal tapi asalnya dikatakan ada sebuah kubur keramat dikenali swbagai Tok Khar. Tok Khar.
Pagi Jumaat masing,-masing menunggu penuh harapan.Biasanya Tok Timah bini Tok Lipin akan bawa sia (mangkuk tingkat) berisi pulut kuning,pulut lemak berlauk telur dadar untuk buat kenduri atas kubur Tok Khar..Kalau tak Tok Timah,mesti Tok Minah bini Tok Dollah Baja yang akan buat kenduri atas Kubur Rok Khar tu.Rakpun Makcik Minah bini Pak Cik Wang Poktey...Kadang-,kadang ada orang yang ki rak kenal pun datang buat kenduri pulut kuning atas kubur Tok Khar tu...Tapi paling kerap Tok Timah,TokMinah & Makcik Minah.Ada juga orang kampubg lain yang datang buat kenduri pulut lemak+ pulut kuning lauk telur dadar tu atas kubur Tok Khar tapi paling kerap Tok Timah,Tok Minah & Makcik Minah la..
Kalau nampak ada orang gi kubur tu bawa sia...kami dah senyum-senyum kerana dah boleh agak depa akan panggil semua budak-budak makan pulut kuning lauk telur dadar.da la sesekali lauk ayam panggang tapi paling merap lauk telur dadar Setiap sorang daripada kami akan petik daun rambaindan edarkan sebagai pinggan nak letak pulut.Nanti Tok Timah,Tok Minah @Makcik Minah akan letak sekepal pulut kuning dan sekepal pulut lemak putih bersama sepotong kecil telur dadar
Kami ramai-ramai akan duduk bertenggek atas akar banir pokok keriang yang sebesar 4 pemeluk tu..Lepas makan depa kata kena terbalikkan daun rambai bekas makan tadi..
Selain tu tak nampak la benda pelik.lain yang depa lakukan..
Mak selalu pesan tak baik makan kenduri atas kubur tu tapi sebab kami tengok kawan-kawan lain makan ja...kami pun join la..Lagipun kadang tengok Pakwan,Brahim Totar..Rok Dolah Baja & beberapa orang lain makan ok ja...
Long Mat Daim pernah nasihati orang kampung agar jangan buat kenduri pulut tu atas kubur...berdosa..takut jatih syirik tapi orang yang biasa buat membantah nasihat Long Mat Daim tu..Kata depa Mat Daim tu bidaah..semua tak boleh!.
Kata depa..sejak.nenek.moyang depa dah dok buat lagu tu..Buat kenduri lepas hajat atas kubur Tok Khar...jamu ayam panggang dan pasang dian atas pisu jantan ..
Kami yang kanak-kanak tak masuk campur...Asal ada orang buat kenduri atas lubur tu...kami belasah...lagipun pulut kuning +pulut lemak lauk telur dadar memang sedap..Tengah penat main aci..main toi..main nusuk...ada orang jamu makan pulut memnag ngam la...Tak peduli dah pesan mak...
Tapi lama kelamaan ketika dah masuk sekolah menengah dah tak dengar lagi orang buat kenduri pulut atas kubur tu...Bila elektrik dah masuk hujung 80-an tu banyak dah rumah ada TV ada radio yang ada rancangan soal jawab agama...Ditambh tok guru juga selalu datang ajar ngaji dan ceramah agama di balaisah dan dewan.Lepaa tu dah tak nampak dah orang buat kenduri pulut atas Kubur Tok Khar..Mungkin sudah ada kesedaran tentang tahyol berkat ceramah dan tazkirah di balaisah.
Tok Timah dan Tok Minah pun dah tiada...takda lagi dah orang lain yang buat kenduri pulut atas kubur..Semoga Allah ampunkan Tok Timah dan Tok Minah serta Makcik Minah.Begitu jug dengan kami kanak-kanak yang tidak tahu membezakan dosa..Kami hanya tahu nak makan pulut tu tanpa fikir ada tahyol yang menyumbang dosa.
Pokok Keriang 4 pemeluk tu pun dah berakhir riwayatnya beberapa tahun lepas..Pokok Keriang tu pernah saya ceritakan dalam posting ZIARAH KUBUR & MENJEJAK MASA LALU

No comments:
Post a Comment