Saturday 13 November 2021

BEKAL NASI GORENG vs BEKAL.MEGI GORENG

 

Semalam Jumaat bawa bekal Nasi Goreng dengan Telur Rebus.


Macam biasa saya akan buat kopi O panas sebagai pembangkit mood waktu pagi.Aroma kopi mampu menyegarkan mata.Bawa bekal bungkus dalam kertas nasi lemak.Selalu bekal anak bujang ja bungkus.Ni dengan bekal mak sekali bungkus juga.Lepas makan lipat2 ikat getah.Buang tak payah basuh..hihihi


Saya buat nasi goreng cili padi berencah seekor ikan kerisi goreng.Semalamnya tu Adah dah keluarkan 3 ekor ikan kerisi yang sudah lama membeku.Saya goreng garing,makan sorang sekor dengan Adah.Ada baki lagi sekor itulah saya rencahkan dalam nasi goreng.

Untuk depa dua beradik tu sebab depa bising mak depa kerap masak nasi goreng,saya buatkan megi goreng.Rencahkan dengan beberapa biji meatball.


Pun bungkus dengan kertas minyak ni.


Bersama sorang ½ biji telur rebus.Anak sorang separuh saja telur.hihihi..Mana boleh lebih dari mak kan...hihihi


16 comments:

  1. Wak pun asyik sarapan nasi goreng sebab selalu aje masak nasi tak habis sampai ke pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dilema emak-emak Wak...Kadang dah cuba masak nasi sikit tome tu pulak rasa tak cukup..sudahnya memang nasi goreng la...hihihi

      Delete
  2. Kopi O itu sungguh menggoda.... memang membangkitkan mood di pagi hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minum kopi cap gantang..Cikgu pastinya kopi cap kuda terbang direneh dengam gula sarang lebah..hihi

      Delete
  3. Tadi sarapan kat kedai minum teh o, patut rasa cam tak complete jer hari ni, hehe.

    Senang bungkus macam tu, jimat air dan tenaga.

    ReplyDelete
  4. Leftover nasi ke lauk kalau buat nasi goreng kita masukkan je sekali. taklah membazir. Masing masing bawak bekal sedap. senang bungkus dalam kertas nasi minyak. Dah habis makan terus buang je. Bawa bekal, hidangkan dengan kopi o baru segar rasa biji mata ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi Fiza...
      kena kopi juga baru cerah biji mata

      Delete
  5. Nasi goreng pilihan saya sebb telur reBus sebijik hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...telur tu sebenarnya rebus semalamnya..baki lagi 2 biji..

      Delete
  6. Pagi pagi lepas subuh saya pekena susu hl dulu segelas, dalam pukul 8pagi pekena nescafe gold tanpa gula. Sebabkan saya buat IF, hari khamis je saya sarapan nasi goreng cili kering + telur rebus 2 biji beli dekat satu port tu. Peh nasi goreng dia, lepas makan terus panas perut. Tapi sedap. Bertahun tahun beli situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,bagusnya buat IF
      Nak ikut jugak lah...
      Doakan saya juga berjaya..

      Delete
  7. Ns grg guna beras basmathi mmg sdp yg amat!! Ada plk telur rebus sebiji.. heaven!! 💃

    ReplyDelete
  8. kalau anak saya seminggu direct makan nasi goreng pun takpe..mmg suka nasi goreng anak2 sy ni

    ReplyDelete
  9. Terliur SA...kalau nak buat bekal hari2 macam ni SA kena bangun kul 4.30am.,siapkan bahan malam2 kan....terus rasa swmangat ha...

    ReplyDelete