Sunday 7 November 2021

1st LUNCH @ RUMAH ACHIK BALIK CUTI DEEPAVALI

 Balik Kedah kali ni sempena cuti Deepavali bersambung weekend.Makan minum semua ditaja Achik.Sekali pun tak masak makan kat rumah mak.3 pagi Achik hantar sarapan.3 kali  makan tengahari Achik dah siap masak lunch.Kami hanya basuh tangan tinggal suap ja ke mulut.Macam dok homestay pulak...

Ni menu 1st lunch kat rumah Achik


Appetizer...Nyonya pai tee


Sambal Udang Petai.Udang tu request dari Adah la.Petai tu pulak heeeee...saya la


Beberap hari sebelum balik,Achik &Pakcik menayang petai mata besar

Achik cakap Pakcik beli simpan untuk kami balik.
Pakcik kalau kami nak balik,macam-macam la dicari makanan exotic.Selain petai,ada lagi Pakcik beli.Nanti kita cerita next entri.


Ayam Carbonara favourite Aqil.Berselera betul Aqil makan.


Sambal Tempe pilihan untuk Haikal.Suka betul Haikal dengan tempe.Eh,tempe kat Kedah lagi sedap dari tempe KL la..
Memang la sedap,tempe kat Kedah fresh  & tidak  was-was..hihihi


Sambal paru fresh.Achik kata jumpa paru fresh terua beli sebab semua pun suka paru.

Ikan pekasam goreng.Ni mak kata ikan jelawat  hasil mak memancing.Besar saiznya.

Ulam petai jeruk dan timun
Cabai tumbuk rencah ikan temenung rebus
Buah mangga manis.
Brrrrr....saya pulun sambal petai & petai jeruk🤭🤭
Alhamdulillah...





7 comments:

  1. Alhamdulillah
    Enaknya menjamu selera di kampung

    ReplyDelete
  2. Makan tinggal suap tu yang paling menyelerakan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah lepas la kerinduan pada kuarga di kpg.semuga dapat menaikkan semangat berkerja sehingga penghujung tahun 2021. Nnti plan lagi trip tahun dpn plak InsaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      In sha Allah...
      Terima kasih

      Delete
  4. kecur tengok menu menu kaampung sedap. Begitulah kan bila tahu ada tetamu nak datang. macam macam dicarinya. Rezeki dapat makan macam-macam.

    ReplyDelete