Wednesday 27 October 2021

TANYA ANAK TENTANG SOLAT

 


Tanya Anak Tentang Solat

===========

1. Salah satu perkara yang boleh diamalkan dalam hidup berkeluarga adalah membiasakan diri bertanya kepada anak tentang solat. Pernah suatu ketika, Rasulullah ﷺ hadir ke rumah Saidatina Maimunah dan Baginda dapati seorang budak (Abdullah bin Abbas) ada di rumah tersebut. Lalu soalan pertama yang ditanya oleh Baginda Nabi adalah:


أصلَّى الغلامُ قالوا نعَم


“Adakah anak kecil itu sudah solat? Lalu mereka menjawab: Ya, dia sudah solat.”  (HR Abu Daud)


2. Begitulah soalan yang ditekankan oleh Nabi dalam kehidupan keluarga terutama anak kecil. Anak-anak ini seharusnya sentiasa diingatkan tentang solat. Sehingga kita tiada nanti, terpahat dalam ingatan mereka bahawa ayah atau ibunya sentiasa mengingatkan dirinya tentang solat.


3. Baginda Nabi bukan sahaja mengingatkan anak kecil tentang solat, bahkan, anak yang telah dewasa (dan yang telah berkahwin) juga diingatkan tentang solat. Ini selari dengan firman Allah yang menyebutkan:


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا


“Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini). Surah Taha: 132.


4. Menurut al-Imam al-Qurtubi, setelah turunnya ayat ini, Rasulullah ﷺ akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, menyeru mereka supaya menunaikan solat. 


5. Lihatlah bagaimana sekalipun anak tersebut telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami, Rasulullah masih mengingatkan anaknya supaya menunaikan solat. (al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, 1964, 11/263).


6. Oleh yang demikian, jangan jemu bertanyakan anak tentang solat. Jadikan soalan ini satu rutin sekalipun setelah anak tersebut berumah tangga, agar mereka tahu, bahawa solat adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan mereka.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

8 comments:

  1. Ok
    solat wajib tiang agama
    Tak solat Allah murka ..tak solat wanita yang uzur tak apa
    lelaki WAJIB solat tak ada uzur selagi sihat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita saling mengingati.Bila berpesan bukan bermakna kita terbaik kan.Tapi kita sampaikan perkara yang baik.Semoga Allah membantu kita menjadi lebih baik dalam beribadah🤲🤲🤲

      Delete
  2. Terima kasih diatas perkongsian...alhamdulillah memang dah dipraktikkan pada anak sejak dari kecil..

    ReplyDelete
  3. Bagus dididik dan pratikkan dari awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la pesan orang orang tua dulu
      Melentur Buluh Biar Dari Rebung

      Delete
  4. Solat tiang agama. Mmg diterapkan pada anak2 sbb ammi ni ada kawan kaunselor JKM. Katanya banyak kes anak2 bermasalah ni sebab utamanya tiada agama dlm diri. Solat jauh sekali.

    Semoga keturunan kita dekat dgn Allah

    ReplyDelete
  5. Betul la pesan uztaz..kalau nak berubah,mulakan dengan solat...
    Terjaga solat...in sha Allah yang lain juga terjaga..Sama2 kita berpesan pesan

    ReplyDelete