Tuesday 19 October 2021

DUA PERISTIWA DI KUANTAN

 Last story about rentas negeri 3D2N.Walaupun tidak sampai 24 jam berada di Kuantan,berlaku dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan.


Peritiwa 1 berlaku @ Stesen Petronas Km 4 Jalan Gambang pada 17 Oktober lebih kurang 9.45 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke hotel selepas ke Teluk Cempedak.Masa kami berhenti tempat pam angin tu tiba-tiba air cond tak rasa sejuk dan   temperature warning!  full bar merah...Semua terpanic sekejap.Anak bujang terus matikan enjin,keluar buka bonet depan untuk memeriksa.Saya dah panic dan cuba menggogle untuk cari dan call workshop mana yang terdekat dan muncul dalam Google.Dah la hari Ahad...Weekend pastinya banyak workshop pun tutup.Kalau ada yang buka pun tentu dikenakan extra charge sebab nak panggil mereka ke sini.Saya pula dah la cepat panic.Mula la migrain memunculkan diri.
Anak bujang tu gigih mencari punca kipas tidak berpusing.Hampir 10 minit mencari punca,akhirnya anak bujang tu dapat detect keadaan berpunca plug tidak rapat.Plug tu baru tukar minggu lepas masa service kereta ni.Mungkin terhentak masa drive balik dari Teluk Cempedak tu menyebabkan plug tu terenggang sikit.Lepas dibetulkan,elok semula kipas berpusing.
Air cond pun dah sejuk.
Alhamdulillah...syukur ya Allah...!
Selepas hidupkan enjin,bonet masih dibiar terbuka.Kata anak bujang tu biar sejuk dulu baru tutup.


Ketika itulah lalu sebuah kereta Proton Perdana hitam dan berlalu pergi.Sekejap kemudian kereta tu u-tern dan terus berhenti menghadapkan bonet depannya ke bonet depan kereta kami.Pemandunya bertanya adakah memerlukan jumper...?
Owh,barangkali pemandunya menyangka kereta kami tak dapat dihidupkan kerana masalah bateri ,maka dia tawarkan jumper untuk jumping.
Bila kami katakan kereta kami ok,beliau mengangkat tangan dan terus berlalu sambil senyum dan memberi isyarat 👍
Saya sempat ingat no platnya.

Semoga Allah membalas kebaikan pemandu Perdana hitam ini atas niat baiknya mahu menolong kami.

Dalam perjalanan ke KL selepas check out hotel kat Kuantan tu..
Langit Lebuhraya Pantai Timut nampak hitam sarat di sebelah barat.

Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat.
Ketika itu dengat handphone Adah berdering.Kata Adah,Skytree Hotel call tanya adakah tertinggal sesuatu dibilik.Saya dengan confiden berkata tiada apa-apa yang tertinggal kerana saya sudah double,triple check dah sebelum tutup pintu tadi.
Dalam hati saya mula teringat masa keluar bilik  ada house keeping,wanita India dalam lingkungan 30-an  menyapa saya sambil tolak trolly penuh dengan cadar.Apa pulak yang dijumpai housekeeping tu.Takkan saya tinggalkan sampah pun dia nak lapor kot.

Adah kata pengurusan skytree hotel bagitahu ada jumpa earing kat bilik yang saya dan Adah menginap tu.



Terus tangan saya meraba kedua belah telinga...
Sah....!
Hanya sebelah sahaja subang saya .Sebelah lagi telinga dah kosong..

Adah minta pihak hotel simpan,nanti Adah akan minta tolong kawannya yang sedang berkursus di Kuantan ambilkan.


Hari ini,Adah balik dari  staycation tu bawa bersama subang tu.

Kata Adah,kawannya dah ambilkan.Kawannya balik KL sebab Cuti Maulidurrasul...
Alhamdulillah, subang ni masih rezeki saya ..!
Adah cakap dia dah belanja makan kawan yang ambilkan subang tu..
Terima kasih kepada kawan Adah yang berkursus kat Kuantan tu bersusah payah tolong ambil  subang kat hotel tu dan hantarkan  kepada Adah.

Terima kasih Veni( saya agak Veni  mungkin housekeeping yang menyapa saya masa saya keluar bilik nak checkout tu..Semoga Allah membalas kebaikan dan kejujuran Veni dan juga pihak Skytree Hotel...!
Syukur Alhamdulillah,Allah menghadirkan dan menemukan kita dengan  orang-orang yang baik ..
Semoga kita juga menjadi orang yang baik dan bermanfaat kepada orang lain juga...🤲🤲🤲
Aamiinn...


15 comments:

  1. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan cerita yang baik-baik belaka. Rezeki Allah nak bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillahm..
      Betul tu..rezeki Allah nak bagi

      Delete
  2. Tetiba dada sy rasa nak pecah, air mata berlinangan. Tentu ada banyak kebaikan yg kakak buat sehingga Allah swt temukan dengan orang yg baik2, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,Allah hantarkan orang-orang yang baik termasuklah adinda SK sebagai rakan maya yang baik🥰

      Delete
  3. Tahniah abnag kerana berjaya trouble shooting kenapa kipas tak berpusing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...budak jantan depa memang ambil tahu juga.kalau saya tahu drive ja🤭

      Delete
  4. Alhamdulillah...xde apa yang x baik berlaku kan...nasib di kelilingi dengan orang yang baik- baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      SA juga salah seorang rakan yang baik Allah hadirkan secara maya
      terima kasih

      Delete
  5. Alhamdulillah semuanya kembali baik.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    nasib anak bujang akak tau gak nak check. Kalau jenis yg tau drive je masakkkkk.
    Rezeki akak jumpa balik subang. Ammi ni hilang rantai masa gi buat checkup jantung tahun lepas..target mmg hilang dihospital sbb ammi kena bukak rantai masa buat echo test

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...
      Bila Allah pulangkan rezeki subang saya tu Alhamdulillah.

      Bila hilang sesuatu kesayangan macam rantai Ammi tu,mungkin Allah nak gantikan yang lain yang lebih baik.in sha Allah..
      Cuma,pastilah teringat kan..
      Emas mahalllll la ni🤭

      Delete
  7. Alhamdulillah..Kejadian yang berakhir dengan baik. Masih ada orang yang baik nak membantu dan jujur simpan barang orang lain. Kereta rosak kat tempat sendiri pun gelabah, inikan pulak di tempat orang kan kak. Kalau saya nangis dah barang kemas hilang. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Afzan..
      Bila bertemu orang baik..auto terasa insaf dan berazam membaiki diri agar menjadi orang baik juga.Maaf baru baca komen dan baru reply

      Delete
    2. Betul Afzan..
      Bila bertemu orang baik..auto terasa insaf dan berazam membaiki diri agar menjadi orang baik juga.Maaf baru baca komen dan baru reply

      Delete