Saturday 9 October 2021

SARAPAN NASI KUNING ALA SABAH


Sarapan Nasi Kuning Ala Sabah.

Tiap kali CIKGU AMIE publish nasi kuning,tiap kali tu juga terliur.Sudah beberapa kali saya masak nasi kuning ala Sabah ni.Bila masak auto akan ingat Cikgu Amie.Ni terus ke blog Cikgu Amie nak copy link.Eh,sekali tersinggah dulu baca entri baru beliau tentang pengomen bertuah yang meningggalkan komen di blog beliau.Sudah ramai yang berjaya membawa pulang wang tunai dari blog Cikgu Amie.Jom lah beramai-ramai singgah ke sana.Mana tahu dalam berukhwah dan menjamu mata,jika ada rezeki membawa pulang wang tunai.Walaupun bukan ada contest,tapi selalu sahaja Cikgu Amie meraikan para pengunjung blog beliau...In sha Allah!


Sambil makan nasi kuning,sambil meneguk kopi 0 panas.Sudah pasti kopi Cap Gantang 


Nasi Kuning Ala Sabah ni macam  nasi lemak juga eksesorinya.Cuma sambal tu biasanya nampak sambal ikan tongkol atau tuna.


Nasinya saya masak macam nasi lemak sahaja.Cuma saya guna beras basmathi.Bahan lain tu sama.macam nasi lemak:
-santan
-pandan
- beberapa biji lada hitam
-halia mayang
-garam dan secubit gula

Sukatan santan macam masak nasi biasa saja.Masukkan semua dalam rice cooker...On suiz,tekan cook.Tunggulah sampai nasi tanak.

RESIPI SAMBAL IKAN TONGKOL...kat sini

Ikan tongkol tu asalnya plan nak masak gulai nasi dagang.Tapi batalkan sebab in sha Allah hujung minggu nanti kami akan ke Trengganu.Anakanda Cella dah dapat panggilan balik ke kampus.Baik tunggu makan nasi dagang kat sana kan🤭.
Nak ke Sabah macam lambat lagi,so baik masak nasi kuning ala Sabah...
Boleh bah kalau kau!

Aksesori pun sama macam nasi lemak.Telur rebus dan timun.

Alhamdulillah....
Hari tu bawa "Cameron Higland" masuk rumah
Hari ni walaupun niat asal nak bawa "Trengganu " masuk rumah.
Tapi sudahnya bawa " Sabah" pula masuk rumah.
Hihihihi...
Syyyy...katanya lagi beberapa hari kerajaan nak umumkan boleh rentas negeri..🤭

7 comments:

  1. Akak pun dh lama dok terliur nasi luning kt blog Amie tu...ntah bila nk buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la buat...Lebih kurang nasi lemak juga tapi sedap bila digandingkan dengan sambal ikan.

      Delete
  2. Belum pernah cuba nasi kuning ni
    Kalau pulut kuning pernahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh minta puan is3 wak masakkkan...Sedap wak...

      Delete
  3. Nasi kuning sambal ikan dengan telur rebus memang sedap dibuat sarapan. Sejak tinggal bertiga, jarang dah saya masak nasi kuning. Kalau dulu sewaktu anak-anak berkumpul, meriah betul sarapan nasi kuing. Masak lebih, boleh ulang makan sampai ke petang.
    Sebenarnya dah lama nak buat entri Top 10 Komentetor tu, tapi asyik tertangguh-tangguh saja heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita...Ulang makan sampai malam🤭.
      Terima kasih atas idea & resipi dari cikgu🌹🌹🌹

      Delete
  4. Alhamdulillah...
    sambal tu memang merahnya cantik.Saya beli cili blend dari kawan.Tak tahu dia guna cili apa tapi memang cili blend yang dia buat jual tu cantik merahnya.

    ReplyDelete