My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 12 May 2020

JUADAH IFTAR 18 RAMDHAN 2020(PKPB-COVID 19)

Juadah Iftar semalam
Ramadhan 18 Ramadhan


1. KARI IKAN TONGKOL + TIMUN
2 keping ikan tongkol
1 biji tomato masak
1/2 biji timun
2 asam keping
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 sudu serbuk kari ikan
1/4 cawan minyak
garam secukup rasa
bahan tumis:
3 bawang merah hiris
3 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari

1. Timun x perlu kupas. Belah dua d potong serong
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1/2 cawan air dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan  ikan,asam keping dan garam.
5. Masukkan santan cair dan timun & biar mendidih
6. Tambah santan pekat,tomato potong.
7. Perlahan api dan biat kuah mendidih perlahan dan naik minyak
8. Sesuaikan rasa

2. CHICKEN POPCORN
2 keping dada ayam
1 cawan tepung bestari
minyak untuk goreng
sos pilihan

1. Hiris isi ayam anggaran 1/2 x 1/2 cm
2. Gaulkan isi ayam dengan 2 sudu tepung bestari & kacau bersama isi ayam d viar beraalut seperti pes.
3. Perap 10 minit.
4. Masukkan baki teoung dalam plastik beg & masukkan juga isi ayam perap tadi
5. Goncang2 beg plastik hingga semua ayam bersalut & cerai2kan
6. Panskan minyak & goreng hingga garing. 



3. SAYUR PAK CHOY SOS TIRAM
RESIPI SAYUR PAK CHOY.. KAT SINI


4. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
1 mangkuk bilis - belah 2 dan bersihkan
1 bawang besar - hiris
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam
2 sudu gula melaka
1 asam keping
1 daun pandan
Bahan Blend
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Panas minyak dan tumis pandan bersama bahan blend hingga naik minyak
2.Masukkan asam,garam dan gula serra bilis tanpa goreng
3. Masukkan juga 1 cawan air dan biar mendidih hingga kuah pekat
4. Sesuaikan rasa


5. TELUR MASIN REBUS


6.TEMBIKAI

SELAMAT BERPUASA

No comments:

Post a Comment