Thursday 7 May 2020

ASAM PEDAS DAGING TETEL - RAMADHAN 2020(PKPB)

Malam tadi nyer iftar..
Hari ke- 13 Ramadhan..
Pepagi lagi nampak mak aku rebus daging..
Awalnya...


Mak aku masak Asam Pedas Daging Tetel
Tetel tu apa..?
Tetel tu mak aku kata daging-daging lebihan bercampur lemak daging..
Kalau kat Kedah mak aku kata daging macam tu dipanggil daging cincang..
Kena rebus dulu sebab nak bagi lembut
Mak aku cakap masak awal
Nanti petang panaskan
Masak awal mak aku kata lebih sedap
Sebab nak sampai petang, asam pedas tu akan lebih pekat & rasa dia lebih sedap..
Betul la sebab Asam Pedas Daging ni sedap sangat.
Cuma, maknaku cakap terlupa nak masukkan daun limau purut
Sampai aku boleh hirup kuah pekat dia
Heee.. actually, memamg habitat
Memang habit aku kalau makan asam pedas mesti nak kena hirup skit kuah dia baru puas..
Jangan tersedak waktu hirup tu suddaaaa..
Mau meleleh air mata oiii...!

Bila makan asam pedas daging tingat kalau balik kampung dekat nal raya..
Nenek selalu beli  lemak daging.
Bukan lemak putih yang bila makan melekat kat lelangit tu
Tapi lemak yang warna dia kuning & keras. Bila makan memang sedap
Nenek akan suruh mak aku masak Asam Pedas walaupun nenek dah x boleh makan daging. Kalau asam pedas nenek masak, mak aku kata nenek akan campur keledek aupaya kuah dia ada sikit rasa manis
Tapi nenek suka beli soh mak aku masak & nenek hanya tengok kitorang makan. Nenek kata lemak tu fav nenek.
Tak dapat makan.. Dapat tengok orang lain makan pun, nenek kata dah cukup.
Huwaaaaaaa.... 😭😭
Nak balik raya....

Takpe-takpe, kita kena doa,
Mana tau tetiba boleh balik raya
Kita x boleh putus harapan kan..
Tak boleh sedih
Kalau sedih, sapa nak habiskan asam pedas bi?
Hehehehe...
Asam Pedas ni fav kakak
Daging tu fav abang selepas selain ayam
Mmm...hirup kuah tu fav aku🤭
Ni dalam bekas besar mak aku letak atas meja makan
Untuk aku mak aku isikan dalam mangkuk sebab aku nak ngirup kuah
Ops hirup la..
Ngirup tu dah lain maksud dia..

ASAM PEDAS DAGING TETEL
1/2 kg daging tetel- rebus empuk & simpan air rebusan
1 biji keledek oren (jika suka)
2 sudu teh pes asam jawa Adabi
2 sudu teh garam
2 helai daun limau purut
1 batang serai-ketuk
2 biji buah tomato merah-belah 6
1/2 cawan minyak

Bahan Blend:
25 cili kering-rebus
1 bawang besar
3 bawang putih
1 ketul halia- besar ibu jari
1 ketul kengkuas- besar ibu jari

1. Panaskan minyak & tumis hingga naik minyak
2. Masukkan keledek(jika guna keledek), daging serta air rebusan daging & masak hingga memdidih
3. Biar keledek empuk baru tambah asam, garam dan daun limau purut & tomato
4. Perlahankan api  & biar mendidih perlahan beberpa minit supaya kuah pekat & cantik
5. Sesuaikan rasa..



No comments:

Post a Comment