Monday 11 May 2020

BAKSO GUNA BEBOLA DAGING RAMLY-RAMDHAN 2020(PKPB)

Semalam mak aku masak Bakso untuk iftar hari ke 16 Ramadhan 1441

Bakso...
Menunggu azan..

Dah gaul semua bahan
Kena makan panas-panas


BAKSO BEBOLA DAGING RAMLY
Kuah:
1/2 kg tulang lembu
30 biji bebola daging Ramly
10 bawang putih
1 ketul halia
1 bungkus rempah bunjut sup tulang
2 camt serbuk lada sulah
Garam,gula
Mee /meehun/kuey teow
Bahan Sayur Tabur
kobis hiris halus2
taugeh
limau nipis
daun sup+ daun bawang
1. Buat kuah..Rebus tulang2 dengan semua bahan kuah sampai empuk.
2. Kalau meatball tu buat sendiri @ yang mentah...masukkan skali
3. Biar sampai meatball tu masak & timbul.Bubuh garam &gula & rasa...
4. Meehun tu rendam & celur sekejap...
5. Bubuh meehun sikit je dalam mangkuk..tambah sayur2 mentah  tu & tuang kuah yang panas...
6. Hidangkan bersama Sambal Bakso

Sambal Bakso
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar holland
2 bawang putih
1/4 cawan cuka
1/4 cawan gula
2 sudu teh garam halus
1/2 cawan air

1. Rebus cili,bawang besar dan bawang putih dengan 1/2 cawan air hingga mendidih dan bawag nampak jernih
2. Biar sejuk dan bllend  semua bahan rebus bersama airnya serta cuka,garam dan gula
3. Simpan dalam botol bertutup[.
4. Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.Lebih lama lebih sdap kerana semua bahan menjadi sebati
5. Bila jhendak makan perahkan limau nilis atau limau kasturi



Berpeluh makan
Hirup kuah panas
Pedas
Makan mihunnya
Kunyah lak bebola daging
Hirup lagi kuah lagi

Mak aku cakap bakso juga boleh dimakan bersama suhun menggantilan mihun
Kalau guna suhun lebih kenyal

No comments:

Post a Comment