Monday 30 September 2019

PATIN TEMPOYAK PERMINTAAN NENEK

Patin Masak Tempoyak
Permintaan dari nenek
Request dari orang sakit
Nenek request nak makan Patin Masak Tempoyak  YANG DIMASAK OLEH PAKCIK
Haaaa...... kalah permaisuri Sultan Melaka nak makan Rusa Jantan Beranak Sulong...
Bukan pelik ap
Tapi pelik sebab nenek bukan pemakan tempoyak..
Selalu kalau Pakcik bawa balik ikan patin dari Pahang
Pakcik akan masak 2 jenis
1 memang Patin Tempoyak Pahang Style
1 lagi Pakcik akan masak Patin Asam Rebus FREE TEMPOYAK... Whitout Tempoyak
Coz nenek memang x makan tempoyak..
Tapi.... ni nenek request nak makan Patin Tempoyak
Pastu siap ada syaratnya
Kena Pakcik yang masak...


Ni la Tempoyak Patin by Pakcik
Actually Pakcik just campurkan semua bahan & masak hingga mendidih
Pastu x ssmpat lauk ni masak
Pakcik ngan Achik rushing nak gi Jitra sebab ada urusan penting
Tapi demi permintaan nenek
Pakcik singgah masakkan juga Patin Tempoyak ni untuk nenek
Lepas letak jer periuk dsngan semua bahan dalam tu Pakcik ngan Achik terus gi Jitra
Pesan Pakcik supaya nanti masukkan daun kesum dan jika kurang masam tempoyak pakcik pesan suruh letak 1 asam keping


Ikan Patin yang terbaring melintang tu la dah jadi masak tempoyak
Dah cerit pasal misi mencari ikan pati dalam post semalam PEKAN SABTU @ PENDANG.... kat sini


Pakcik pesan suruh basuh guna tepung gandum supaya ikan ni bersih dan tidak berbau bila dimasak nanti
Mak aku yang buat
Aku tengok jer
Tengok mak aku mak aku campur 1 sudu tepung gandum dalam bekas ikan patin tu a& pastu gaul.
Selepas beberapa minit baru mak aku basuh ngan air paip hingga bersih
Pakcik juga pesan suruh tumbukkan 5 cili padi hijau + garam & 1 ketul kunyit hingga halus...
Pakcik pesan jangan letak bawang


Pastu tu tunggu Pakcik datang masakkan...
Dipendekkan cerita...
Inilah resipi Tempoyak Patin cara Pakcik

PATIN MASK TEMPOYAK PAKCIK's STYLE
1 ekor ikn patin ( +- 1kg)- potong & bersihkan
1 asam keping (jika tempoyak kurang masam)
½cawan tempoyak
2 pokok daun kesum

Bahan Tumbuk Halus:
5 cili padi (boleh tambah jika nak pedas)
1 ketul kunyit
1 sudu makan garam kasar

1. Basuh ikan patin dengan air bercampur tepung gandum dan bersihkan
2. Masukkan tempoyak dan bahan tumbuk kedalam periuk bersama 4 cawan air(boleh adjust ikut pekat @ kuantiti ikan)
3. Masukkan ikan patin dan masak hingga mendidih
4. Tambah daun kesum & biar mendidih pwrlahan hingga ikan masak & kuah sebati
5. Sesuaikan rasanya


Siap jer mak aku padamkan api
Terus nenek nak makan..
Nenek minta nak kepala ikan patin tu
Berselera betul nenek yang sebelum ni x makan tempoyak
Menghirup kuah tempoyak dan ratah kepala ikan patin
Lepas makan ½ kepala ikan patin
Nenek terus baring.
Nenek cakap dah xnak dah ikan patin tu
Sampai malam pun nenek kata nenek dah xnak dah ikan patin tu
Masa mak aku panaskan tempoyak patin ni pun nenek kata dah xnak lagi bau ikan patin tu
Nenek kata bau dia buatkan nenek sakit kepala
Laaaaaaaa....... kata nak makan tempoyak patin
Ni dah xnak pulak...
Mmm...... 🤔🤔🤔
Adakah nenek mabuk tempoyak?

4 comments:

  1. Allahu.. Semoga nenek Cella cepat sembuh, kesiannya...

    Ada tak sesiapa org yg rapat dgn nenek mengandung skrg? Kalau ada mungkin tulah penyebabnya nenek Cella jadi macam mengidam, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang preggy is Kak Zafidah.. Anak Pak Long.. OTW balik KL(ahad ptg) dapat tahu kak zafirah baru barsalin cicit pertama untuk nenek

      Delete