Tuesday 3 September 2019

BUBUR JAGUNG BERSAMA SAGU

 Bubur Jagung Bersama Sagu
Mak aku masak untuk minum petang semalam


Bubur Jagung Bersama Sagu
Sedap
Lemak dan manis
Feel bila gigit jagung dan sagu




Kalau masak bubur mak aku msti letak sagu
aku suka sagu
Lagi suka kalu Puding Sagu Gula Melaka

BUBUR JAGUNG BERSAMA SAGU
2 tongkol jagung
1/2 cawan sagu - basuh dan rendam 15 minit
1 kotak santan
3 cawan air
1 gula melaka
gula pasir ikut manis
1 sudu teh garam
1 helai pandan

1. Hiris jagung ambil isinya sahaja
2. Rebus isi jagung bersama 3 cawan air hingga mendidih
3. Bila mendidih masukkan sagu dan biar hingga sagu jernih sepenuhnya sambil dikacau sekali sekala
4. Bila sagu dah jernih baru masukkan garam,gula melaka dan pandan
5. Bila gula larut baru tambah santan dan  sentiasa kacau supaya tidak meruap
6. Sesuaikan rasa


Bubur Jagung ni mak aku masak waktu tengahari
Petang baru makan
Mak aku kata kena masak beberapa jam awal supaya bubur lebih pekat dan sedap


Hidag dengan Teh O tanpa gula
Tapi tu mak aku la minum teh tanpa gula
ak aku kata sebab bubur dah manis
Tapi aku lebih suka minum air kosong sahaja

1 comment:

  1. Terima kasih kerana share. Saya juga ada buat tutorial bubur jagung di website saya. :)

    ReplyDelete