Saturday 5 January 2019

RINDU KENANGAN DI KAMPUNG


Achik baru hantar video ni dalam family group whatsApp
Achik kata tengah makan kemduri kat umah Tok Ndak kat kampung nenek..
Tok Ndak tu kakak nenek..
Semalam nenek pun ada bgatu masa call..
Cakap baru balik dari umah Tok Ndak..
Sebab Tok Ndak nak buat Kenduri Kesyukuran..
Ooo...rupanya semalam tu masak je
Hari ni baru kendurinya..
Bestnya kenduri kat kampung..


 Sawah tepi umah Tok Ndak..
Mak aku cakap ni sawah nenek ni..
Tapi nenek pajakkan kepada orang kampung nenek sebab xde sapa nak.mengusahakan..
Bestnya kalau nenek sendiri tanam padi..
Boleh makan nasi beras fresh..
Tapi mak aku cakap nak.mengusakan sawah padi perlhkan tenaga kerja yang banyak dan perhatian supay apadi subur..

 Ni pun pic yanv achik upload juga..
Ni kat halaman rumah nenek ni..
Huh..dah banyak pokok semak samun
Sebab nenek dah tak tinggal kat umah kampung tu..
Tapi setiap pagi nenek akan balik kampung  untuk jenguk kebhn getah
Mmmmm....baru tingat...
Beberapa minggu lepas ada snap pic masa otw balik kampung nenek..
Ala....tak puas balik kali ni sebab sekejap sangat
3 hari kat Kulim
2 hari jer kat kat umah baru tu
Sehari sebelum balik KL...
Mak aku nak balik kampung nenek..
Mak aku cakap rindu nak jenguk kampung nenek






Jalan menujunke kampung nenek..
Jalannya muat2 1 kereta jer..
Kalau berselisih kena pepandai cari tempat boleh ke tepi


 Ada tempat yang jalannya luas..
Ni mak aku kata laluan mak aku ngan achik zaman sekolah
Sekarang ngan  lebih 20 tahun dolu mak aku cakap x banyak sangat berubah..
Kawasan sawah ni mak aku kata dipanggil Bendang Siam..
Sebabnya sawah2 ni kepunyai masyarakat Siam...
Siam...mean Thailand...Siamese


 Dah nampak rumah2 diseberang sana


 Pokok de tepi sawah..
Mak aku cakap namanya Pokok Putat
Pucuk dan buahnya yang muda boleh dijadikan ulam..
Aku tahu sebab kat belakang rumah nenek memang ada pokok ni

 Mak aku benti sekejap di bawah pokok ni
Kata mak aku dolu masa sekolah pokok ni muda lagi..
Batang pokok ni maknakunkata sebesar betis orang dewasa..
Tapi disebelah pokok ni mak aku kata ada pokok yang dipanggil Pokok Keriang Batu yang lebih besar.
Kata mak aku setiap hari di bawah pokok inilah mak aku dan beberapa orang kawan akan meberhentikan basikal dan berehat sebelum.mengambung perjalanan pulang ke rumah..
Mak aku cakap kalaummusim kemarau cuaca sangat panas kerana merntasi sawah padi yang luas.
So..bila jumpa pokok besar...ramai akan berhenti seketika untuk berteduh sebelum menyambung perjalanan yang jauh...


Kembali menyambung perjalanan..
Huh...struggle nya mak aku ngan achik dolu2 nak ulang alik ke sekolah..!

 Aku yang dalam kereta pun terasa jauh..
Apa lagi mak aku ngan achik yang mengayuh basikal
Ditengah panas...


 Memang panas..
Hanya sesekali jumpa pokok


 Kata mak aku masa tu jalan belum bertar
Mak aku cakap kasut sekolah x pernah sempat putih..
Merah diselaputi debu jalan..
Kalau musim hujan plak mak akunkata lecak dan selut merah sampai ke kepala..
Naper sampai ke kepala..?
Haaa...mak aku cakap sebab kalau kayuh basukal laju2 memang selut merah akan terpercik sampai ke kepala..
Ish...dahsyatnya...!!
Mmmm..mak aku cakap banyak air mata dan kenangan sepanjang mengharungi zaman persekolahan..
Touching betul mak aku sambil bercerita..


 Dah nampak anak2 pokok getah ni dah masuk kawasan kampung nenek la


 Ni pun mak nenek kata kawasan kebun getah yang ditebang untuk ditanam semula dengan getah baru..
Haaa....ni aku tahu
Rumah yang nampak tu rumah AX...kawan abang ..
Aku pernah pergi beraya dengam gang Mayah dolu masa sekolah rendah..


 Jalan ni mak aku kata dolu2 hanya lorong kecil.ditengah hutan..
Dan lorong sempit itulah maknaku cakap mak aku dan achik redah dalam kegelapan setiap hari menuju ke sekolah yang hampir 5 batu jauhnya..
5 batu tu berapa km
Mak aku cakap jarak sebatu bersamaan 1.8km..
Mmmm...malas nak kira...tapi.....jauhnya...
Orang lain naik apa..?
Mak aku cakap x ramai yang bersekolah masa tu..
Kata mak aku kalau dikira termasuk.maknakunngam achik ...x sampai 10 orang pun yanv bersekolah..
Lagipun mak aku cakap masa tu kalau form 3 x lulus SRP ...xboleh naik form 4..
Laaa...habis tu kalau x lulus..
Kalau x dapat naik form 4...nak buat apa..?
Mmm...mak aku kata kalau lelaki ramainyang akan merantau atau masuk askar..
Yang pompuan biasanya akan dikahwinkan..
Uihhhhhhh....bapak arrr.
Takkan umur 16 dah kawin..
Huhhh...seronoknyaaa...
Hahahaha...mana ada..sajer jer
Bapak kejam nya zaman tu...
Mak aku cakap sebab tu mak aku  berusaha belajar bersungguh2 sebab takut kena kahwin & kena menoreh getah..
Hahaha..
Mak aku kata nenek lah yang bersungguh2 nak mak aku ngan achik belajar rajin2 supaya nasib boleh berubah..
Huh..panjanv kalau nak citer apa yang nenek dan mak aku cerita..
Kalah senitron Indon...!!!
Hahaha..


 Taraaaaa......cer teka ni apa..?
Haaaa...ni la getah buku a.k.a getah Sekerap..
Bau diaaaaaa....
Aummmmmmmm....
Dari jauh dah boleh cium..
Hahaha...



 Mak aku cakap sebab tu dolu2 mak aku kata nenek suruh belajar rajin2..
Supaya x la kema menoreh getah yang aummmm ni..
Tapi naper nenek tanam getah banyak2..?
Haaa...mak aku cakap nenek tanam getah supaya boleh upah oranv lain menoreh..
Dapat la hasilnya..
Dolu2 zaman muda nenek memang menoreh getah dan mengusahakan sawah padi.
Tapi sekarang kalau menoreh pun nenek kata sekadar nak hilangkan keinginan jer..
Hahaha...ada lak camtu..
Nenek lebih banyak memancing jer isi masa lapang..


 Ada kawan2 ak kat KL tak.pernah pegang pokok getah..
Aku bukan sahaja dapat pegang..
Dapat peluk.dan cium lagi pokok getah nenek..
Hahaha...jangan jelous..
Boleh muah3 lagi ..!!!


 Dalam.pasu hitam tu la susu getah..
Susu getah ni masa fresh kat pokok ni xde bau..
Boleh celup jari dan gosok2 macam scrub..
Hahaha..agaknya scrub katnmuka bagai tu dapat nama dari getah skrap ni la..
Skrap book pun sama ke..?
Hahahaha...

 Paling best kalau terpegang getah skrap a.k.a getah buku ni..
Hohohoho....boleh pengsan bau dia..
Tapi mak aku kata itulah punca rezeki nenek membesarkan anak2 .
Kata mak aku nenek antara yang  beruntung jugak la sebab menoreh dikebun sendiri
Ada yang terpaksa mengambil.upah dikebun orang lain dan hasilnya dibahagi dua..
Mak aku cakap selepas ke kebun waktu pagi..
Petang nenek akan mengerjakan sawah padi pula..
Sambil tu nenek ngam atuk akan menahan lukah..bubu dan taut untuk tangkap ikan
Taut tu apa..?
Mak aku cakap taut tu macam joran pendek ditahan waktu malam..
Mak aku cakap ada yang panggil tajor..
Ok..ok..dah tengok kat Goovle Image..
Baru faham..
Malam nenek akan menganyam mengkuang
Huh...gigihnya nenek bekerja
Patutlah badan nenek keding jer..
Tapi nenek masih sihat dan cergas.. walaupun dah lebih 70 tahun



Ni apa ni...?



 Nenek.kata tu pusu..
Pusu mean busut la..
Pusu tu bahasa kampung nenek
Naper jafi macam tu..?
Nenek kata musim.padi membesar ni memang dalam busut tu ada kelkatu..
Kelkatu yang terbang tu ke..?
Ye...nenek kata kelkatu tu hidup dalam busut


 Yang putih dalam lubang busut tu la sarang kelkatu..
Nak buat apa..?
Nenek kata busut tu dikorek untik cari kelkatu yang bersarang dalam tu.
Kelkatu tu umpan yang baik untuk memancing ikan
Oooo......

 Ikan Pekasam..
Ni antara Ikan Pekasam hasil tangan nenek
Ikan dari nenek.memancing..
Tapi ni ikan sungai..
Bukan ikan sawah
Nenek cakap nenek lagi suka memancing di sungai sebab ikan lebih besar dan view lebih menarik..
Hahaha...nenek aku speaking London bai...!


Antara Ikan Pekasam nenek yang mak aku bawa balik KL..
Semua tu dah dipinang oranv..
Hahaha..mak aku cakap ni kawan2 mak aku order..
Setiap kali balik mak aku akan bawa ikan pekasam nenek balik KL kerana dipesan kawan2..
Huhhhh.....dah penat
Banyak lagi pic dalam gallery & dalam draff..
Nak stop jap..
Kita makan doluuuuuu
ok bye

No comments:

Post a Comment