Friday 26 October 2018

BUAT TAPAI NASI

Tapai Nasi..
Sweet Fermented Rice
Mak aku buat 2 hari yang lepas
Mak aku cakap buat Tapai bukan boleh terus makan...
Lepas buat kena peram dulu baru menjadi tapai
Sebab tu  nama pun  fermented rice
Mak aku cakap dolu mak aku selalu buat Tapai Pulut..
Nenek yang ajar
Mak aku cakap dolu2 setiap kali tiba musim Angin Timur nenak akan  uat Tapai Pulut..
Angin Timur ?
Orang kampung panggil Musim Angin Timur..
Haa...mak aku cakap jangan ingat orang kampung x tau Sains & Geografi..!
Haaa...mak aku bagitau  bila hujung tahun akan tiba musim  Angin Monson Timur Laut...
Cuaca panas dan berangin...menandakan musim menuai padi...
Mak aku cakap selalunya memang ramai orang kampung nenek akan buat Tapai Pulut...
Untuk makan bersama keluarga atau untuk bawa bekal makan ramai2 masa disawah...
Sebab dolu2 orang kampung bergotong royong menuai padi..
Musim Angin Timur ni ramai yang akan buat tapai
Kenapa mesti buat Tapai Pulut masa Musim Angin Timur..
Haaa....ni pun mak aku cakap menunjukkan orang2 dahulu juga bijak menyesuaikan makanan dan musim..
Mmm...macamna tu..?
Mak aku kata kalau nak buat Tapai kena cuaca panas...baru sesuai untuk proses peram tapai
Sebab proses fermented tu memerlukan suhu lebih panas untuk mengaktifkan bakteria
Barulah tapai menjadi dengan elok dan rasanya manis..
Mmm.....macam complicated jer..!
Mak aku kata x complicated pun kalau faham..
Hmmmm.....yer lah ...
Aku yang x faham...


Ni Tapai Nasi..
Mak aku cakap ini bukan tapai pulut..
Tapi Tapai Nasi..
Dibuat menggunakan nasi putih biasa..
Naper x buat Tapai Pulut..?
Mak aku cakap memang nak asalnya nak buat Tapai Pulut..
Tapi ni mak aku cakap sebab baru beli Ragi...
Nak test dulu buat Tapai Nasi..
Kalau Raginya elok dan tapai nasi ni menjadi baru lah nak buat Tapai Pulut...
RAGI..?
Ye.....Ragi tu mak aku cakap kira macam sejenis bahan untuk " starter"  tapai la..
Macam kalau buat kek kita guna baking powder
Kalau buat apam...kita guna yis
Bi buat tapai kena guna ragi khas untuk buat tapai..
Kalau buat tapai guna yis x boleh ker..?
Mmm..mak aku cakap x tahu...Sebab x pernah plak buat Tapai guna yis..



Haaa...ni Tapai Nasi tu..
Depan tu yang tulis " Ragi" tu lah ragi..
Hahahaha....memang la..
Takkan la yang tulis Ragi tu Gula plak...
Hahahaha....



Ni lah ragi
Beli kat Hero dah seminggu
Sebelum ni x pernah nampak ada.ragi kat Hero..
Yis ada la...
Bila aku nampak..aku tanya maknaku  Ragi ni apa..?
Aku tak.pernah tengok dan x pernah tahu..
Mak aku terus suruh amik2 pack..
Mak aku cakao nanti bakik rumah mak aku akan terangkan about ragi tu


Bentuk dia macam seketul dough yang telah kering..
Ringan...tapi keras..
Bila dipicit dia pecah berderai


Kat plastik bungkus ragi tu macam ada info
Tapi dh plastik tu transparent...
Tulisan plak halus warna biru..
Mana nak nampak kalau nak baca..
Mmm...
Tingg.....!!!!!
Sel2 otak berhubung....

Suruh mak aku letak atas kertas putih...
Taraaaaaa......dah  oleh baca...

TAPAI NASI
2 cawan nasi putih - lepas masak biar sejuk
1/4  ragi ( 1 sudu teh paras rata)
2 sudu air
1 sudu gula

1. Biar nasi sejuk dan leraikan..
2. Pecahkan ragi @ tumbuk halus
3. Masukkan serbuk ragi dalam tapis th dan ayak rata ke atas nasi yang sudah diserakkan
4. Tabur pula gula dan rejiskan sedikit air.
5. Gaul rata dengan menggunakan sudu.
6. Masukkan nasi yang sudah digaul ragi ke dalam bekas bertutup rapat dan peram selama 2 hari

*** Juga boleh dibungkus- bungkus menggunakan daun pisang  atau daun nipah muda

******Tips...gunaka nasi yang baru dimasak dan dibiarkan sejuk.Elakkan guna nasi lebihan yang tidak habis dimakan kerana mungkin ada terkena sisa lauk dsbnya... hasilnya tidak secantik nasi segar...


Nasi yang sudah disejukkan

Ragi yang dihancurkan diayak dengan tapis supaya merata  keatas nasi


Balik2kan nasi yang sudah ditabur ragi supaya ragi dapat merata
Tabur juga sedikit gula dan rejiskan sedikit air.


Masukkan dalam bekas bertutup rapat dan peramkan selama 2 hari..Bergantung kepada jenis ragi
Mak aku cakap....selain daripada Tapai Nasi dan Tapai Pulut..
Ubi Kayu juga boleh dibuat tapai dengan cara menambur serbuk ragi pada ubi kayu yang sudah direbus empuk dan dibungkus beberapa ketul ke dalam daun pisang dan diperam.
Kata mak aku nenek x pernah buat Tapi Nasi dan Tapai Ubi
Nenek hanya ajar buat Tapai Pulut..
Habis Tapai Nasi ni siapa ajar?
Mak aku cakap Tapai Nasi ni diajar oleh Puan Cham..
Dah nama pun Puan ..kawan mak aku la...xkan kawan aku plak..
heeeee
Mak aku cakao Puan Cham tu kawan mak aku masa kat Taman Segar...
Puan Cham tu ajar buat Tapai Nasi bukan untuk makan...
Tetapi untuk dibuat Apam Tepung Beras..
Mak aku cakap sampai sekarang mak aku masih simpan resipi2 yang dikongsikan kawan2 dan jiran sejak berbelas tahun...
Ada resipi yang mak aku tulis tu mak aku cakap dah lebih 2 dekad .
Haaa....sajer guna istilah dekad nak refresh math...
1 minit =60  saat
1 jam     = 60 minit
1 hari    = 24 jam
1 minnggu = 7 hari
1 bulan   = 30 hari
1 tahun  = 12 bulan
1 dekad = 10 tahun..
1 abad = 100 tahun


Mak aku kata Tapai Nasi ni popular sesetengah tempat jer
Antaranya pernah jumpa kat Sarawak dijual bersama kuih muih lain....




Haaa... ni pic Tapai Nasi kat Sarawak yang mak aku cakap tu..
Tu yang daunnya kuning dan isinya putih dah buka dari bungkusan Daun nipah muda
Bersama kuih lain..
Pic beberapa tahun lepas lagi...
Masa gi Sarawak


Yang bolat2 tu Cucur Udang
Yang Panjang2 tu mak aku cakap antara kuih yang famous kat Sarawak... Kuih Celorot
Tapai Nasi tu yang bungkus bentuk segi tiga tu
Kat Sarawak memang dorang buat Tapai Nasi untuk makan sepertikita makan tapai pulut kat semanjung
Pic ni semua dari entri
DAY 2 @ KUCHING kat sini...

Tapai Nasi ni mak aku cakap menjadi dengan baik .
Mak aku cakap rasanya sedikit manis dan berair..
Mak aku suruh aku rasa .
Heeere.....memang x la...
Tapai Pulut pun aku x suka...
Mak aku cakap mak aku ph  lebih suka Tapai Pulut berbanding Tapai Nasi ni
Yang ni mak aku cakap mak aku buat Tapai Nasi just nak uji ragi..
Jika x menjadi...xdelah terbuang pulut..
Jika menjadi nak buat Tapai Pulut lepas ni
Tapai Nasi ni mak aku cakap sebab xde sapa nak makan...
Mak aku kata nanti nak Buat Apom Tepung Beras..
Tunggguuuu...!!
Hmm....apom a.k.a apam pun hanya mak aku jer suka..
So...xdelah excited aku nak tunggu..
Heeeee ...wassalamu....


13 comments:

  1. Kalau arwah mak buat tapai dia bungkus tutup pasu Tu dengan selimut tebal... To get the hesr...

    Nasi Yang diperam juga boleh dibuat tosai.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh....selimut tu..hahaha...jangan tidur x angun sudaaaa...

      Tosai....sedapnyaaaaaaa
      dah lama x makan tosai

      Delete
  2. Balut guna daun pandan boleh kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... tak tahu la pulak kiter..
      Boleh try & error ni
      Ntah2 lagi sesap sbb harum

      Delete
  3. Terima kasih namakucella...nama moden tapi ada jugak simpan resipi tradisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣Modern ke...
      Nama jer dak KL tapo kamoung taste... Heeee

      Delete
  4. Balut dgn tikar mengkuang boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭🤭🤭
      Alamak.. Tikar mengkuang bukan ke untuk alas duduk😁😁😁

      Delete
  5. banyaknyer mak aku cakap..hiihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak mak🤣🤣🤣
      Sebab mak kiter yang buat
      Kiter tukang cerita jer
      Hahahaha

      Delete
  6. Arwah mak buat tapai nasi. Buat hari ni. Esok kami dah boleh makan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kiter cakap dolu nenek selalu buat tapai pulut.
      Tapi kiter x suka tapai😁

      Delete
  7. Cik.. boleh kongsikan cara buat apam nasi pulak? 🙂🙏

    ReplyDelete