Sunday 2 October 2016

HATI LEMBU MASAK LADA HITAM

Hati Lembu Masak Lada Hitam.
Hati yang suci murni..
Tiada hasad dengki..
Tiada dendam..
Sebabnya ni hati lembu qurban..
Tentu lembu itu berbangga kerana mati dalam keadaan dan tujuan yang baik..
Ye lah..bukan semua lembu berpeluang mati dijadikan qurban ..
Baru tadi baca surat khabar ada lembu mati dalam bonet kereta kerana si pencuri lembu yang sumbat lembu tu dalam bonet..tapi terbabas dalam sungai
Semalam last stok daging qurban..
Hari ni kena la masak hati plak..
Tu kata mak aku tadi masa nak masak

Lauk Hati Lembu ni hanya mak aku yang makan..
Aku..?
Heee..no..no..no
Aku x suka rasa hati..jantung..paru semua tu..
Aku hanya suka daging
Tapi mak aku ada masak ayam untu aku..
Mak aku kata hati lembu lebih sedap dari hati ayam..

Mak aku kata kalau dolu-dolu..
Hati lembu ni dikira lauk yang mewah..
Kata mak aku kalau kenduri..lauk hati hanya dihidang kepada pengantin dan tetamu istimewa jer..
Maknanya kalau kita-kita jer orang kebanyakan macam  Mak Sudin dalam citer Bujang Lapok tu memang x merasa la..
Lain la Mak Jeton yang keturunan bangsawan tu..
Hihihi...tetiba plak masuk citer Bujang Lapuk..
Hmmm...kalau aku...bagi free pun aku xnak hati lembu tu..
Aku lebih rela makan Sup Tulang dari Makan Hati Berulam Jantung..
Eh, xde kena mengena daaaa...!!!

 Ni la Hati Lembu yang dah defross.
Aku tengok pun dah xde selera...
Tapi mak aku kata sedap .


 Hati yabg sudah siap dibasuh dan dipotong dadu..


Hati yang sudah digaul bahan tumbuk..

Hati Lembu Masak Lada Hitam yang dah siap..

HATI LEMBU MASAK LADA HITAM
1/2 kg hati lembu
1bawang besar- hiris bulat
1 cili merah-hiris
1/2 cawan minyak
Daun sup

Bahan Tumbuk
1 sudu besar lada hitam biji
1/2 bawang besar
2 bawang putih
1ketul  kunyit/ 1 sudu serbuk kunyit
1 ketul kecik halia
Sikit garam

1. Cuci hati & potong dadu.
2. Gaul dengan daging
3. Panaskam ninyak & tumis daging yang dah digaul bahan tumbuk
4. Masukkan sikit air..masak hingga hati empuk.
5. Masulkan bawang,cili & daun sup..
6. Kacau & sesuaikan rasanya


2 comments:

  1. Kalau x makan baik jgn post..xyah ckp nampak hati x lalu nak mkn..stakat nak buka blog je baik xyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. Ni untuk yang makan hati lembu ni..
      Yang makan hati berulam jantung.. Kesiannyaaa🤣

      Delete