My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Wednesday, 26 June 2019

SAMBAL CILI PADI PETAI & SARDIN

 Sambal Cili Padi Petai & Sardin
Lauk semalam punya semalam punya semalam
Banyaknya semalam...
Hahaha
Yang pasti bukan semalam
Sebab semalam lauk lain
Semalam  aku puasa


 Ni lauk hari yang sama ngan makan Pulut Durian tu
Aku nak makan Pulut Durian
Mak aku nak makan nasi ngan lauk sambal petai
Beli dua- dua
Aku makan Pulut Durian
Mak aku makan Sambal Petai
Tapi sebab nak cepat mak aku cakap better masak ngan sardin jew
Kalau nak masak ngan bilis.mak aku cakap lambat...
Kena kopek bilis bagai
Tapi cam biasa la
Esoknya mesti menu Nasi Goreng Sardin
Sebab saedin memang xde sapa makan
Petai jer licin
Tapi bila buat Nasi Goreng Sardin
Semua pun licin..

Heeee

 Sambal Cili Padi
Memang pedas xleh bawa bincang
Tapi dia nyer sedap pun xleh bawa berunding
Hahaha...
Aku makan 3 suap jer
Mak aku suapkannasi berlauk sambal petai ni
Sebabnya aku dah makan pulut djrian
Tapi terliur tengok sambal petai
So...ngendeng tepi mak aku..
Minta suap skit
Heeee....dapat la 3 suap..!
Bukan sebab maknaku x kasi
Tapi sebab pewut dah penus


 Ni la petai sebwlum jadi sambal nj
3 papan rm5


SAMBAL CILI PADI PETAI & SARDIN
1tin kecil sardin macerel
3 papan petai- ambil isi
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 sudu minyak

Bahan Blend
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
². Masukkan asam,garam,gula dan masak hingga naik minyak
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan sedikit air dan masak kacau perlahan supaya sardin tidak hancur
4. Tambah petai dan biar mendidih sekejap sahaja supaya petai kekal rangup
5. Sesuaikan rasa

Tuesday, 25 June 2019

MAGGI GORENG vs AIR TEMBIKAI- IFTAR PUASA 6

Maggi Goreng vs Air Tembikai
Juadah iftar aku semalam
Semalam lastday puasa 6
Alhamdulillah dapat juga selwsaikan puasa Syawal 6 hari...
Tapi dah rasa seronok plk puasa...
Mmmm...esok pun nak teruskan jer lah puasa
Bayar jer siap- siap hutang puasa..
Heee....actually sesambil tu nak balance semula Sebab weekend asyik makan jer gi open house
So..weekday puasa la. .


Meggi Goreng ni mak aku yang masak
Masa balik mak aku tanya nak iftar apa
Mak aku cakap mak aku dah makan sebab ada Sambutan Raya tempat mak aku
Mmm....rasa nak McD la..
Tapi x sampai hati lak nak cakap kat mak aku..
Mak aku ulang tanya lagi sekali...
Mmmm...tetiba kereta terhentak langgar bonggol...
Opocot, nak makan Maggi Goreng..!
Hahaha....daripada nak makan McD dah jadi Maggi...!
Hadoiii....
Mak aku tanya nak maggi apa
Aku cakap jer lah nak.maggi kari goreng
Mmm...tiba- tiba tingat maggi goreng makan kat mamak...
Kalau makan kat mamak ...
Maggi dia bodoh jer
Hanya ada telur + perencah kari jer
Tapi rasa sedap sangat...
Haaa....aku siap pesan kat mak aku..
Buat maggi goreng macam kat mamak..
xmo sayo..xmo ayam..
Just nk telur & perencah kari jer...
Tapi
Tapi bila dah nak azan..
Buka jer tudung saji..
Haaaa....maggi goreng penuh sayur..
Mmmm....siap ada telur...carrot...couliflower..parsley...spring onion...
Hmmm....ni bukan maggi goreng mamak ni
Ni dah macam mee goreng
Heee....sib baik sedap
Kena plak ngan Air Tembikai
Brrrr....alhamdulillah

Monday, 24 June 2019

SAMBAL DAGING vs KETUPAT FROZEN - RAYA 6

Syawal ke-19 hari Ahad 23 Jun
Sambal Daging vs Ketupat Palas
Mak aku cakap ni ketupat palas frozen
Nenek bekalkan masa balik raya 2 minggu lepas
Mak aku masak untuk weekend breakfast
Actually sebab mak aku dah Raya 6
Dah habis puasa 6
Aku ada baki sehari lagi
Sabtu Ahad aku xnak puasa
Aku sambung Isnin lah untuk cukupkan 6 hari


Mak aku masak Sambal Daging
Sedappp


SAMBAL DAGING ...mak aku
1/2 kg daging
3 biji kentang- potong wedges
1 serai
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula melaka
1/2 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris lengkuas
1 serai
1 ketul kunyit

1. Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis.Simpan air rebusan
2. Panas minyak goreng kentang dan ketepikan
3.Tumis bahan blend hingga naik minyak
4. Masukkan air rebusan daging,serai,asam,garam dan gula melaka
5. Bila pekat masukkn daging rebus hiris dan kentang goreng
6. Masak hingga naik minyak semula dan sesuaikan rasa




Ketupat frozen siap direbus
Dari malam mak aku dah defros
Pagi rebus


Sambal Daging sedappp
Makan ngan nasi putih pun sedap


Untuk simpan kat abang
Abang pesan simpan
Nanti balik kerja nak makan


Memang dah macam raya
Sebab selain masak Ketupat Palas,Sambal Daging
Mak aku juga masak Roti Jala Kuah Durian
Pastu makan tepi balang kuih raya
Sedappp...
Pastu gi beraya ...
Open house..
Raya kan sebulannnnn....!