Masak campak campak sahaja..
MASAK KICAP ISI AYAM
isi ayam-dadu
capsicum-dadu
tomato-dadu
bawang bawangan & halia-cincang
minyak,garam,kicap daun sup
1. Panaskan sesudu minyak dan tumis bawangan + halia cincang.
2. Masukkan capsicum dan tomato.
3. Bila layu masukkan isi ayam & 1 cawan air.
4. Tambha sikit kicap untuk warna & sesuaikan rasa.
Saya juga masak sambal sotong .Sotong ni kegemaran anak anak perempuan tapi lauk ni saya sangat jarang masak.
Bebaru ni masa balik ziarah mak tu ada saya masakkkan sambal sotong dan kari ikan,ikan goreng dan ayam goreng serta ulam dan cabai tumbuk .Kemain suka Cella dapat makan sambal sotong sekor-sekor yang penuh buncit buncit semua penuh telur.
Kata Cella nanti balik KL nak suruh masak lagi sambal sotong.
Maka itu antara sebab masak sambal sotong ni..Sambal tumis adalah antara jenis .asakan yang menjadi kesukaan isi rumah ini.Gunalah apapun..asalkn sambal tumis,in sha Allah laku keras..Daging,ayam,ikan,udang,sotong,sardin,telur,bilis,tauhu,terung dan apa sahaja ..Beli sotong kali ni pun Alhamdulillah penuh telur.Agaknya memang musim sotong bertelur kot...




Rumah Cie ni kalau masak isi ayam tak berapa laku. Ramai peminat tulang.
ReplyDeleteTu..kalau orang dewasa idi ayam tak laku sangat..tapi untuk kanak-kanak ni senang sikit nak bagi makan sbb takda tulang
DeleteBestnya sambal sotong sekor² macam ni.
ReplyDeleteKan....saya oun kalau sekor² feel skot nak makan.kalau dah kerat² ..saya pilih lauk lain ..hihihi
DeleteSy pun suka makan sotong hat ada teloq. Sedap betoi.
ReplyDeleteelok beli sekarang ni memang musim sotong bertelur ni..
DeleteTelur sahaja pun ada jual tapi lebih feel makan sotong nya sekali kan