2 Syawal kami tak ke mana sangat.. Pagi masak spaghetti buat sarapan 4 beranak..
Tolong Achik rebuskan nasi impit....rebuskan laksa dan masak nasi beriyani untuk Achik sebab sedara Pakcik dari Shah Alam nak singgah runahnya.
Selesai masak,balik kampung kejap..Lepas zohor ,Adah dah nak gi Alor Setar..Nak pick up suaminya yang baru dapat balik Kedah by KTM kena turun kat Alor Setar.Kena keluar seawal 3.30 petang walaupun train dijangka sampai pukul 6 petang.Sebabnya sepanjang jalan dan hi way memang jem melekat.
2 Syawal hanya
beraya kat rumah Achik,tapi boleh pulak tak ambil gambar..hihihu
23 Mac hari Isnin iaitu Syawal ke-3 kami ke
Kulim.Ada jemputah walimatulurus kat
Dusun Pak D ,
Sungai Kob,Kulim.Kendurinya kat dewan terbuka Dusun Pak D & memang dalam dusun yer...Pelbagai pohon buahan seperti
durian,
rambutan,cempedak,
nangka,mata kucing,dokong dan beberapa jenis pokok lagi sedang berbunga.Agaknya kalau musim berbuah pasti lagi menarik.
Tempatnya luasa ada banyak section..Kami pilih sebelah kanan
Sempat ambil gambar
buah nangka...Sebenarnya tertarik nak ambil gambar putik yang kecik tu...Dulu zaman kanak-kanak ,
putik nangka yang kecil tu (kami sebut "buak dok rai") menjadi rebutan kami.Walau kelat tapi berebut makan buat cicah
colek a.k.a
garam belacan bersama buah buab kampung yang lain seperti jambu,
asam jawa muda,buah gemia dan lain lain.
Pinggan saya...
Ada 1 menu yang saya rasa special iaitu "
Kerabu Buah Tomato"
Lauk lain ikan masin tu pun best..Bila kena dengan kerabu tomato tu ngam..Cuma sayang sikit kerabunya kurang garam dan kurang asam limau nipis.Kalau up sikit rasa masam dan masin tu pasti lagi terangkat.
Ada saya rakan video lauk sebab kerabu tomato tu....Nanti bebila rajin saya plan nak buat merabu buah tomato tu..
Selesai kenduri kami ke Taman Mutiara tak nauh dari Dusun Pak D tu.Maj dah ri du sangat dengan anak jantan sulong dia merangkap abang kepada saya kat Taman Mutiara tu..Rumah Abang D...Macam ada persamaan pulak Dusun Pak D dan rumah Ababg D..Tapi hakikatnya depa dua individu berbeza.hihihi
Walaupun dok rumah taman tapi depan rumah Ababg D ada tanah kosong rizab jalan.Macam macam Abang D tanam...
Saya minta bunga kantan sebab cari kat merket Pendang takdak ..
Hihihi
Ada macam macam pokok dan juga ayam Abang D bela kat seberang jalan depan rumahnya..
Miqayla paling suka dapat tengok dan ajuk bunyi ayam berkokok.
Ayam hutan....Kalau nak kenal ayam hutan...tengok telinganya.Kalau pakai "subang putih" tu ayam hutan la tu....
Hihihi.....
Abang D juga kait beberapa biji kelapa muda...sedap sungguh time panas lit lit dapat minum air kelapa muda segar.
Paling rare dapat jumpa kembali buah "
terung bulu" yang dah berzaman saya tak jumpa.Terung Bulu a.k.a "Terung Santut" ni adik beradik
Terung Dayak jugak ni.Rupa dan rasa asamnya sangat mirip dengan Terung Dayak Sarawak.Cuma terung bulu ni buahnya berbulu halus macam miang buluh...dan saiznya jauh lebih kecil berbanding Tetung Dayak.
Terung bulu ni dulu dulu zaman kanak kanak selalu nampak mak buat kerabu aor asam.Terung bulu dikikid buang bulunya dan hiris nipi nipis..+ belacan,cabai melaka,garan dan sikit air serta dipicit penyet hingga pekat .Rupa macam air asam picit dan sesuai dimakan dengan ulam rebus dan ikan bakar.Saya ambil3 biji bagi mak untuk semai dan tanam di kampung.Saya bawa balik sebiji buahnya ke KL..Nak tanam kot kot hidup.
Abanh saya ni kelahiran tahun 60-an...Rokok daun tembakau Jawa adalah rakan sejati mereka kelahiran 6p-an dan sebelumnya..
Tiba masa untuk balik...
Miqayla happy dapat jumpa sepupu sepapat sebelah mommynya..
Uiiii....jem giler....Perjalanan Kulim ke Pendang mengambil masa hampir 2 jam...ibarat KL-Ipoh jaraknya...Kami sampai Pendang dah malam...
Esoknya Syawal ke 4....Achik ajak pi Perlis....Kita tungguuuuuuuuu
waahhh rajinnya Abang D manfaatkan tanah! mmg tak rugi! gerammnyaaa bunga kantan! arwah atok Ana dlu pun isap rokok tembakau & gulung rokok daun camtu ehehe
ReplyDelete