Sebulan sekali kalau tak ke Padang Besar ,tak sah bagi mak..hihihi
Selalunya Achiklah yang akan bawa mak ke Padang Besar.Kadang kadang mak gi naik ETS ngan kawan kawan memaancingnya
Untuk 2026 ...bulan Januari mak gi naik ETS...Februari kami gi beramai masa cuti CNY sebelum puasan.Ni bulan Mac...pi lagi pada Syawal ke 4..Achik dah masukkan dalam itenerary Syawal.Kami getak 2 kereta..Saya ,Cella,Adah suami isteri & Miqayla.Sementara Achik,Aqil,mak & Haikal satu lagi kereta.
beberapa hari selepas raya pulak..
Tepatnya 24 Mac Syawal ke 4
Langiy biru tanpa secalit awan
entah macamana depa dapat idea buat minuman ni...
Digotang-goyang nampak minuman tu masih cair...
Tapi bila depa ketuk terus jadi kristal halus macam ice belended
Kami bertolak dalam pukul 9.00++ & sekitar pukul 11 kami dah ada kat Padang Besar..
Takda la plan nak beli apa sangat.Lebih kepada bak jalan jalan.Tapi beli la jugak...hahhaha
Achik beli 2 beg beras wangi cap red umbrella untuk hadiahkan kepada saya dan mak.Beli kekacang gajus..buah remia siam...itu ini...eh jangan percaya la kalau kata pi Padang Besar tak beli apa...hihihi
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang barokah untuk Haikal dan juga kita semua...
Menurut peniaga di situ memang trend lepas raya sejak raya ke2 pengunjung mula ramai selepas pukul 12 membawa ke petang.
waiwai ladna
daging bakat Thai..sedap sungguh...
Dah beberapa kali makan kat restoran ni
Sebelum puasa hari tu pun makan kat sini juga..
Achik belanja...
Sebelum sebelum tu pun makan kat sini..Achik juga belanja...
Semoga Allah limpahkan rezeki,mudahkan urusan dan maqbulkan segala hajat Achik..
Makngah bila nak belanja?
Asyik Achik je belanja.....🙈
Valik dari Padang Besar kami nak terus ke majlis walumatulutus pulak ni
Makannnnnnn je ..hihihi
Alhamdulillah












Masakan Thai memang cukup rasa... sukar untuk ditolak.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki Haikal.
Wawai ni apa pulak? Tak pernah jumpa.
ReplyDelete