Wednesday, 4 March 2026

MASAK LAKSA SARDIN,BUTTERMILK CHICKEN & SAMBAL TELUR BELIMBING ..IFTAR 7 RAMADHAN 2026

Rezeki iftar hari ke 7  pada minggu lepas..


Menu Hari Selasa iaitu hari ke 5 berpuasa:


1. LAKSA LEMAK UTARA - LAKSA SARDIN

2. BUTTERMILK CHICKEN

3. SAMBAL TELUR + BELIMBING

4. BUAH TEMBIKAI

5. JUS TEMBIKAI




Masak laksa merana teringin sangat nak makan laksa lemak utara..
Biasa saya menggunakan laksa jenis halus..Tapi sebab kehanisan stok,cari kat kedai pun takda,maka guna laksa kering biasa yang direndam dan direbus hingga lembut.




Kuah Laksa Lemak Utara .Saya hanya menggunakan sardin mecerel


LAKSA KUAH  SARDIN LEMAK UTARA
1 Keping laksa kering - rebus hingga lembut, basuh & toskan

KUAH SARDIN
1 tin sardin macerel
1/4 kotak santan kara
3 cawan air
1 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
1 bawang merah - hiris
1 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh xengan 1/2 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang diblend  bersama sosnya. Tambah 3 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Sesuaikan rasa

6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ula

m



Ulam ulaman laksa


Suami Adah tak makan laksa..
Maka masak juga lauk sambal telur +belimbing ni

Masak juga buttermilk chicken.


Takda sayur...hanya ulam salada



Buah tembikai sebagai lemanis mulut


Jus Tmbikai...macam biasa beli kat gerai tembikai tepi jalan...
 

4 comments:

  1. Kecur air liur tengok juadah Ramadan MC. Air tembikai tu wajib la kan bulan puasa, hihi.

    ReplyDelete
  2. kecur air liur tengok laksa tu ha..teringin nak buat laksa...sblom raya ni nak buat la...dania suka asam laksa...masa raya nanti pun rasanya nak buat asam laksa jugak

    ReplyDelete
  3. Penuh warna warni menu nampak sedap semuanya. Terliur pulak tengok air tembikai tu.

    ReplyDelete