Wednesday, 10 December 2025

NIAT NAK SARAPAN NASI KUNING SABAH,SUDAHNYA SARAPAN MENU TRENGGANU DI SABAH

 Pagi Sabtu Adah ajak sarapan kat luar.Lagipun kawasan perumahannya masih mati air..

Plan asal nak sarapan di Retoran Mak Hajah denga menu Nasi Luning Sabah yang pernah saya nikmati sebelum ni ..Namun tiada rezeki nak makan nasi kuning Mak Hajah.Tengok kat Google...restorannya buka...Bila dampai depan restoran ada ditampal notis penutupan operasi bermula 2 Disember hongga akan diberitahu kelak...Kecewa anak tekak ni ...huhuhu

Walaupun ada jer nasi kuning tempat lain tapi hati dah terpaut pada nasi kuning Mak  Hajah sahaja...payah la kan...hihihi


Sudahnya suami Adah,Izzudin bawa ke Teratak Kak Long yang menyajikan sarapan asli Trengganu.Saya rasa restoran ni adalah asalnya bangunan kuaters kerajaan kenis bungalow dua tingkat kerana kiri kanan dan depan belakang restorannya bangunannya sama rupa dan tidak berpenghuni.Sayangnya tengok begitu banyak bungalow dua tingkat di kawasan yang cantik berhampiran laut tapi terbiar tidak dihuni.Kalau diberi pilihan rasa nak ja pindah sini kalau dapat kuaters macam ni...hahahaha berangan bukan kena bayar kan..?


Adah dan Izzudin memilih menu sarapan nasi dagang kuah kosong berlaukkan ayam goreng dan teh madu.Cella pula hanya nak roti telur dan milo ais.Saya pula dek kecewa Mak Hajah tutup restorannya,hanya pesan sekeping roti canai kosong dan teh O panas dahaja.Ambil juga 2 pack kuih akok.Rak rasa nak makan nasi dagang...Tapi dalam masa sama rindu pulak Nasi Dagang Atas Tol...


Nampak kuih angku ni macam menarik...Ada 5 pcs harganya RM 3.50 sahaja.Teruja betul saya nak makan kerana katanya inti kacang tanah.....hihihi
Kuih akok juga hanya habis 1 pack(4 pcs) Lagi 1 pack berakhir tong sampah kerana rasa kapurnya kuat hingga pedar di lidah.Taktau pulak kuih akok diletak kapur...ke lidah saya yang salah rasa?
Selain nasi dagang,ada juga nasi kerabu dan nasi berlauk.
Sarapan kami:
2 set nasi dagang ayam goreng,sekeping roti telur,sekeping roti canai kosong,1 pack kuih angkoo dan 2 pack kuih akok.
Minuman 2 teh ais madu,1 milo ais dan 1 teh O panas..
Total RM 57.00


12 comments:

  1. Ingat dana je kuat typo akak pun sama jugak ye hehehhe. Mana ada akok guna kapur kak... lain pesen betul tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...tanya kawan kawan depa kata ada juga yg letak kapur supaya ltahan lama tak midah basi

      Delete
  2. Takpela dah rezeki akak makan kedai lain. Inshallah ada rezeki lain menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....cuma kalau nasi dagang tu tekak saya ni rindukan nasi dagang atas tol

      Delete
  3. Nasi kuning tu macam nasi minyak ke? Menu terengganu pun sedap nasi dagang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kuning tu macam nasi lak juga tapi warna kuning & makan dengan sambal ikan tuna atau ikan putih

      Delete
  4. Jauh tu menu Terengganu ada di Sabah. Sy rasa banglo² tu ada tut tut la, MC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...harus juga la SK....tapi cantik dekat laut

      Delete
  5. Kuih angku tu macam pau tapi warna merah? Unik intinya kacang tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih angku ru macam kuih koci buat dari tepung pulut...cuma intinya pelbagai...

      Delete
  6. lama tk mkn nasi dagang..dkt sabah pn ada nasi dagang ye...entry kita arini ada menu nasi kuning sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh....saya dah bw ke blog MT hanya kerana nasi kuning ni .....tapi blm smpt komen

      Delete