Thursday, 11 December 2025

LATE LUNCH @ RESTORAN SRI TITINGAN

 Hari Sabtu punya lunch agak lewat ...Dikernakan pagi dah sarapan nasi dagang saya suruh skip saja lunch sebab ingat petang sikit nak mengudap pentolan kat  tapi kerana saya dan Cella hanya makan roti canai..Adah ajak lunch jugak sebab tadi saya hanya sarapan roti canai..



Anak menantu bawa kami pi lunch @ Restoran Sri Titingan.Restoran ni kata Adah antara yang famous kat Tawau ni..Kalau ada apa-apa event ramai yang pilih RST ni sebab ruang yang luas..banyak pilihan menu...service bagus & harga sangat berpatutan serta yang penting masakannya sedap.Seafoof segar dan parkir pun banyak...

Saya juga sudah berkesempatan 3 kali makan kat sini...Sebelum ni pi untuk dinner,tapi kali ni pi untuk lunch...late lunch dah pun sebenarnya kerana kami pukul 4 petang dah lepas asar pun....hihihihi
Sini kan pukul 3.30 dah asar.....kami makan lepas asar dah pun...
Pun dah pernah bawa mak juga makan kat sini cuti Krismas tahun lepas  & mak pun cakap sefap




Saya kongsi nasi dengan Cella....Minta 3 nasi putih jer sebab saya memang taknak makan pun.NAk simpan perut untuk makan pentolan & makanan pasar malam..Tapi Adah paksa juga suruh makan....makan la juga sikit share ngan Cella....minta pinggan kosong & ambnil sikit nasi cella




*Udang Masak Kam Heong
Inilah yang Adah nak sangat saya rasa..katanya udang masak kam heong ni sedap sangat...ya betul,memang sedap...nanti nak kena belajar masak ni...Pernah nampak masak kamhenong ni kat blog Cikgu Amie...nak kena cari ni...hihihii




* Udang Butter Kering 

Cella pula nak sotomg butter kering.....Suka serat-serat telur yang halus tu...Sampai hari ni saya masih belum berjaya hasilkan serat halus macam tu....hihihi




*Telur Dadar

Kalau makan seafood mesti ramai nak pilih juga telur dadar kan...hihihihi

* Sayur Kailan 
Sayar Kailan pun sedap.....



Baru sampai 4 menu ..
Ada satu lagi menu...
Ikan Merah Kukus Halia belum sampai
Minuman belum sampai




* Ikan Merah Stim Halia.....
Baru sampai ketika half way makan..
Sebabnya kami yang lambat deside nak makan ikan,,
Asalnya pesan 4 menu tu saha,,
Lepas tu Adah paksa juga suruh pi pilih ikan 
Saya pilih yang saiz kecik sahaja 


* Puding Jeli Kelapa Cincau
Nama penuhnya saya dah lupa
Tapi inilah yang menjadi pojaan hati Cella

Asal datang sini wajib pilih dessert ni...
Hari tu ada sekali datang sebab dah makan kat tempat lain.....singgah juga sini semata nak tapaw dessert ni

Dessert ni macam jeli kelapa yang dicampur cincau & dimakan bersama  susu full cream..Tapi saya rasa macam depa + juga kot tick cream sebab  berlemak dan sedap betul..
Kita boleh request nak dessert selepas makan baru dia hantar


Total makanan & minuman termasuk dessert : RM 122.00

2 comments:

  1. kalau outstation tawau...pasti singgah makan sini....pemborong beras bawa kami lunch & dinner kt sini ..pernh order smp 3 jenis ikan..dh la besar2..kenyang btul

    ReplyDelete
  2. Banyak menu sedap-sedap semuanya. Nasi sikit ratah lauk sedap jugak kak kan

    ReplyDelete