Sunday, 22 June 2025

SAYA NAIK PELAMIN....

 12 Jun 2025 bersamaan hati Khamis berlangsunglah majlis yang pasti menjadi kenangan dalam hidup saya.


Pelaminan indah bak singgahsana sudah sedia menanti di pentas utama sejak Rabu malam lagi katanya.



Meja santapan depan pelaminan juga kelihatan cantik sekali dengan hiasan  bunga segar.

Saya dipersilakan duduk di salah satu kerusi di meja santapan ini.
Pastinya ada debaran dihati walau bukan kali pertama duduk di meja santapan...

Namun debaran itu bukanlah seperti debaran dara menunggu teruna.

Hihihi.....

Ini bukan majlis perkahwinan.....🤭
Sebaliknya usaha dan kesungguhan kawan kawan sekerja di tempat lama meraikan perpisahan dengan lakaran kenangan manis yang pastinya akan dikemang sepanjang hayat..

Pasti ada yang sangka saya naik pelamin lagi kan...hihihi
Betul la tu...memang saya naik pelamin...tetapi sebagai yang diraikan dalam majlis perpisahan di tempat kerja saya 

Sejujurnya saya juga sangat tidak terjangka akan diraikan dengan cara begini.

Memang sebelum ini jika ada rakan yang bersara akan disiapakn pelaminan.Namunntidak sangka pula majlis kali ini juga ada pelaminan indah ini.
Saya sangat menghargai usaha rakan rakan .Perasaan bercampur baur antara rasa terharu..gembira dan dalam masa pastinya ada kesedihan..
22 tahun bekerja di bawah bumbung bangunan yang sama.Beberapa tahun berkumpul reramai di bilik groundfloor & beberapa tahun kemudian diarahkan ke bilik atas yang digelar rakan-rakan sebagai bilik "kayangan".Bilik kayangan tu bukan bermaksud  pangkat tinggi pun cuma kerana bilik tu berada di tingkat paling atas.Itu sahaja pun...hihihi

Terima kasih kepada Achik yang mengahadiahi sepasang baju lace ungu  untuk saya masa raya baru ni.
Oleh kerana baju ni belum semoat saya pakai..saya memutuskan untuk memakai pakaian ini dihari terakhir bekerja di tempat lama.
Memang tahu akan ada majlis perpisahan kerana memang diberi kad jemputan.
Saya sangkakan hanya majlis makan tengahari dan  hanya dimintabberucap dipentas seperti biasa tapi tidaklah sangka sehingga atas  pelamin.

Tambahan pula hari terakhir 12 Jun itu saya berkurung dalam bilik kerja menguruskan fail-fail untuk serahan tugas.Maklumlah 22 tahun punya kerja kan...🤭


Semasa sesi salam dan memberi hadiah...memang syahdu..namun saya saya tidak mahu menangis.

Perasaan bukan seperti nak bertukar tempat kerja...Tapi dah macam pra persaraan🤣
Jangan la.....saya belum nak bersara...Lama lagi nak berkhidmat...Sempat tengok cucu masuk sekolah kot baru bersara🤭



Alhamdulillah...sepanjang ucapan saya....tiada setitia pun air mata 
Bukan tidak sefih tetapi saya cuba kawal kerana saya jenis kalau mula menangis payah nak stop.Saya tak mai rosakkan majlis


Dapat hadiah.besar berupa Narita dari Lin..
Lin no orang Tawau..dekat sangat dengan Adah...
hihihi


Jangan la mata ni menangis..saya taknak menangis



Dina....graduan dari New Zealand tapi sangat humble


Kak Zam...tahun depan bakal bersara & akan kembali bermastautin di Langkawi


Syinah....geng ketupat palas..Orang Kelantan
Perancangan kami nak bersama kacau asyira tak tercaoai


Kak Mudz...bercuoak air matanya sepanjang majlis..lembut jiwanya...Javanese yang selalu jadi rakan grounding pagi-pagi.


Kak Mudz & sebelah kanan tu  Fariza orang Trengganu
Dah dua tahun bekerjasama dengan Fariza



Adik manis yang masih bujang..Saleha abak kelahiran Klang  berjiwa kental..Pasti akak akan merindumu dik kerana hanya kita berdua menjadi orang kayangan setelah Shifa lebih dulu meninggalkan kami iaitu bulan lepas kerana naik pangkat


Ita....hang kebun yang selalu menitiokan saya bunga kantan dan ulaman hasil jebun bandarmya.. 


Wan Ratnasari..rakan sebaya yang dikanali sejak 20 tahun lalu..dari orang biasa hingga bergelar orang kaya & kami panggil Datin...


TQ Lin....walau baru kenal  tapi mesra.


Hanif... mewakili rakan rakan lelaki.
Selain saya,majlis juga meraikan tiga rakan lain yang sudah dan bakal bergerak ke tempat lain.Sorang naik pangkat dan sudah sebulan ditempat baru.Seorang akan   ke Pantai Timur akan bergerak  lagi dua minggu & sorang lagi bergerak lewat sikit dari saya untuk ke selatan.Semoga sahaja mereka juga dimudahkan urusan.Sepatutnya,Khamis kaki tangan kerajaan wajib berbaju batik.Tapi saya memilih berbaju lace kerana saya hanya ada dua pasang baju batik yang memang dipakai berulang kali..Takkan majlis perpisahan nak pakai baju lama.Tu yang jadinya saya pakai baju lace.Tak sangka pula memang ada  kena dengan  prop pelaminnya...
Kalau tidak,naik pelamin. dengan baju batik la jawabnya..🤣


Terima kasih rakan-rakan yang memberikan pengalaman manis dan pelajaran bermakna dalam hidup saya.

Esoknya Jumaat,13 Jun akan bermula tugas di tempat baru.Semoga penghijrahan ini membawa kebahagianan dan kebaikan di dunia dan juga akhirat🤲🤲🤲..


3 comments:

  1. Lama tu 22tahun...kita menyaksikan orang masuk, keluar dan bersara... Semoga baik2 dan serasi di tempat baru.. Aamin2

    ReplyDelete
  2. Selamat bertugas di tempat baru kak...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya baju lace akak tu, memang sesuai pakai untuk majlis itu. Memang betul-betul meriah majlis akak, kalau dana la mau dah lencun tudung dek air mata. Maklum kita jenis berjiwa tisu hehehhe. All the best di tempat baru kak.

    ReplyDelete