Thursday 28 December 2023

LADIES IN WHITE/BROWN @ IMPIANA HOTEL

 Tenggelam timbul je dah nak berblog sekarang ni..bz memanjang lagi-lagi dah hujung tahun...hihihi

Weekend kali ni join geng ofis berhitea @ Tonka Bean,Impiana Hotel KLCC


Mak mak juga kan perlukan leisure time & masa bersama kawan kawan 


Sebenarnya bulan Jun hari tu kami semua dalam group ni bercuti ke Cameroon Higland 2H1M....tapi entri asyik tertunda..takdan nak simpan dalam blog ni..Baru karang swparuh jalan....hihihi


Penutup tahun 2023  kali ni Ladies  In White /Brown pula..
 Pun masih 11 orang yang sama...


Hitea mula pukul 12.30...Sementara menanti pukul 12.30...kita minum la air kosong dulu..Kerana booking berkumpulan,kami ditempatkan di meja besar tepi tangga berhadapan kitchen
Kami bercarpool ja ke Impiana & elok-elok sampai pukul 12.15...
Parking RM7 untuk 1 jam pertama & RM4 untuk jam berikutnya..


Minum la air kosong dulu





Seperti biasa,Dilla yang comel tu la master mind kami...hihihi


Awal tahun hari tu pembukaan tahun baru 2023 LADIES IN PINK @ IDEAS HOTEL... pink.


Sebenarnya pertengahan tahun iatu hujung Jun,kami semua bercuti  
2h1m @ Cameron Higland..Tapi,masa tu saya tengah bz nak buat majlis pernikahan Adah...takdan dan lupa terus nak update...hihihi


Datang  musim Krismas...
Dah macam gi open house Krismas la pulak...


Sana sini deco Krismas


Tak apalah...kita abaikan deco depa...
Kita fokus kat menu jap.

Ops..sebelum tu kit jenguk kat pintu masuk jap.


View KLCC

 
Tonka Bean Cafe Deli 
Hotel KLCC.
(Saya kalau dengar nama pelik pelik yang saya taktau  saya suka search...rupanya tonka bean tu sejenis bijian untuk hasilkan minuman macam kopi la)

Gambar tak tersusun

Raw oyster & udang memang jadi rebutan.




Baryani Ayam


Jom, makan...


Patutnya mulakan dengan buah kan...


Antara dessert yang ada .
Pulut taitai aka pulut bunga telang menjadi pilihan saya..



Salami/peperoni


Seafood


Tapi saya tetap lah memilih kambing...hihihi


Paling sedang dan saya masih terkenang lazatnya hingga hari ini...
Seafood Curry dia...Campuran kepah,udang,ketam dan aneka seafood yang segar dan sangat sedap.Kari dia pekat tapi terasa light pada lidah dan manis seafood dia memang sedap sungguh.

Layan video pulak.


Kalau video baru nampak hidup kan...hihihi


Sudut lain..


Semua pun sedap

Selalunya kalau hitea saya suka mulakan dengan salad dan dessert.Tapi kali ni lapar agaknya...saya terus mula dengan baryani,seafood curry & lamb..


Ni ikan apa entah ..Isinya putih,di grill dengan sos cream dan makan dengan sos lada hitam...Ya ampun sedapnya lemak-lemak cukup rasa.



Macam biasa ,sambil makan....Aisyah teruskan dengan sesi bertukar hadiah.Caranya kita cabut undi,dapat nama sapa,kita bagi hadiah kat nama tu

Seperti biasa juga kita mulakan dengan yang paling senior...Puan Rock...hihihi
Nama yang naik...Kak Reen


Jom teruskan lagi


Mastermind...Dilla cabut undi dapat nama Mimi.



Pn Ela pula cabut nama dapat Jue


Rose cabut dapat Pn Rock






Giliran Aisyah pula cabut undi..
Yeyyyy....saya!!



TQ Aisyah....
Saya dapat Tupperware




Giliran saya mencabut undi...naik nama Puan Ela..



Hadiah sederhana daripada saya kepada Puan Ela  berupa set telekung & sejadah.


Dilla happy  dapat extra hadiah daripada Pn Rock sebagai menghargai penat lelah Dilla menguruskan aktiviti hari ini 


Saya juga dapat extra....dapat sehelai note RM daripada Pn Rock...puas menolak,namun tetap dipaksa Pn Rock untuk saya terima.Katanya dia memang dah niat nak bagi masa kenduri kahwin Adah tapi ada aral melintang,menyebabkan beliau tak dapat hadir.Alhamdulillah,rezeki daripada Allah melalui pelbagai ...


Shifa cabut dapat nama Pn Isma...


Dipendekkan cerita...
Dilla bagi lagi hadiah merah tu sorang 1...
Merah tu kebetulan warnanya takda kaitan dengan Krismas ..
Kata dia ada baki duit kutipan hitea lalu dia belikan hadiah extra...
Hitea ni kalau tak silap RM109 sorang tapi hari tu Dilla kutip sorang RM120 sebab takut ada perubahan harga...


Ni la hadiah extra tu...bekas kaca bertutup..cantik!


Semua happy bila perut kenyang dan balik bawa hadiah.




Yang duduk kiri sebelah saya tu anak Puan Rock,Iqa....Iqa tak join kami pun,tapi ni dia datang nak pick up emak kesayangannya..terus bergambar bersama.
Seronok bila dapat bersama di luar waktu kerja macam ni..
Planning Dilla lepas ni katanya Januari @ Februari nanti nak ke selatan pulak..Kita tunggu tengok apa plan Dilla seterusnya

Dah jom balik.....

10 comments:

  1. lama tak baca cerita makngah...rindu...

    ReplyDelete
  2. Agak dah, mesti busy kerja akhir tahun, semua kena susun kasi cantik. Lawo la skirt Mak Ngah, ropol².

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...betul dah hujung tahun baru nak kalut...hihihi
      Kain readymade..asal ikut tema...hihihi

      Delete
  3. terliur tgk menu buffet tu... mmg makngah asik on off je skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...asyik.on off ja...taktau sibuk apa sebenarnya...hihihi

      Delete
  4. Yeay...dapat baca lagi citer dari blog Mak Cella ni...rindunyaaaaa...lama hilang ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu SA juga...
      walau tak update tapi baca ja blog rakan-rakan sekali lalu

      Delete
  5. Jadi paham juga arti dari tonka bean 👍. Awalnya ntah kenapa saya teringat dengan tonkatsu 🤭. Tapi yang itu tak boleh lah buat muslim.. Tonka Bean ini lain ternyata arti ya.

    Kalo dah di hotel, sajian buffet memang lah banyak dan biasanya sedap ❤️. Saya lihat aja aneka menunya, langsung rasa nak kesana 🤣🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca komen kamu saya penasaran apa itu tonkatsu..
      Alamak,non halal food.
      Nasib baik tonka bean ni bijian
      Jemput datang ke KL

      Delete