Saturday 29 July 2023

BUAT KUIH TARAJJU LAGI...

Semalam 10 Muharram,ramai yang berpuasa sunat Asyura kan..Ada yang puasa 9 & 10 Muharram.Ada yang puasa 10 & 11 Muharram..Pasti juga ada terus sambung 9,10 dan 11 Muharram.

Bab puasa sunat ni saya akan teringan pada salah sorang warga emas kampung saya masa saya masih kanak-kanak dan iaitu Tok Aloih.Saya tak pasti namanya yang sebenar tapi kecik besar,tua muda semua memanggil Tok Aloih.

Umurnya pun masa tu rasanya dah lewat  70-an atau mungkin dah 80-an.Seingat saya..kat kampung.. Tok Aloihlah paling banyak berpuasa sunat sebab boleh dikatakan asal jumpa beliau,mesti beliau sedang berpuasa.Raya Puasa pun masuk sahaja hari ke-2 Tok Aloih dah berpuasa sunat.Hingga kini kalau puasa sunat saya auto teringat Tok Aloih.Semoga Allah tempatkan roh Tok Aloih dalam kalangan orang beriman.


Nak cerita Kuih Tarajju..Tapi biasa la saya akan kona sana..kona sini..
Baru cerita pokoknya ..hihihi



Nasi Goreng Sardin..
Kat rumah saya ni ....kalau semalam dah masak sambal sardin ...hari berikutnya harus la Nasi Goreng Sardin...🤭.
Ni lagi la sebab semalamnya saya masa masak sardin tin besar.Ikannya ada 5 ketul.Yang berusik hanya 2 ketul Masih berbaki 3 ketul.Haruslah jadi Nasi Goreng Sardin.


Pukul 7 malam.
Saya menggoreng nasi.
Kat sebelah tu pulak,Cella menggoreng Kuih Tarajju untuk iftar merangkap makan malam.

Kena naik dua dapur sekali jalan sebab dah pukul 7 malam.KL maghribnya 7.29...


Tapi tekak ni nak juga makan Kuih Tarajju kerana masih teringat keenakan KUIH TARAJJU YANG SEDAP...... yang saya masak hari Isnin beberapa hari lepas.
Walaupun dah pukul 6++ saya tetap nak buat Kuih Tarajju.


Terus kukus keledek guna multi cooker.Multi cooker ni kiriman Achik tapi ada orang tu dah plan nak bawa multi cooker ni ke kolej bila buka sem baru nanti...
So,sebelum dia bawa pi kolej,jom kita guna dulu buat kukus keledek oren.Saya hiris agak nipis keledek tu supaya cepat empuk.
Kerja seterusnya anak dara tu sambung dari lenyek keledek,tambah gula,garam dan tepung.Bulatkan adunan sementara saya pi mandi.


Lepas mandi kita goreng nasi goreng sardin.Anak dara tu goreng Kuih Tarajju.


Bangga dia bila hasil gorengan dia saya cakap lebih sekata berbanding gorengan saya pada hari Isnin tu.
Puji la sikit kan bagi semangat...hihihi
Anak-anak jaman naw...




Eh ada orang makan banyak ni jam..nak diet ka apa ....hihihi

Bukan....

Sebenarnya sebab nak makan Kuih Tarajju ni banyak-banyak🤣


Tapi sebab makan berdua beranak saja, rasa macam Kuih Tarajju yang hari Isnin tu lagi sedap.
Mungkin sebab makan betamai,berebut-rebut  makanan jadi sedap.
Ni ,makan tak berebut,kurang sikit feel...Kami dua beranak ja kat rumah...


4 comments:

  1. Betul umi cella.. dulu sblm 2 ank kak lin kawin, meriah time mkn.. skrg kat rmh tgl abg yan, kak lin & sorg lg ank.. sepi tu lain mcm.. semua parents yg kawinkan ank tentu sama je perasaannya.. 😉

    ReplyDelete
  2. Oooh, rupanya kuih tarajju diperbuat daripada keledek oren. Sedap buat minum petang atau sarapan ni.

    ReplyDelete
  3. Biasa la kak...makan ramai- ramai kan..mesti naik selera...SA baru tau nama kuih ni..x pernah makan lagi...

    ReplyDelete
  4. kami adik-beradik kalau mkn kat rumah mak kompom mcm org berlumba mkn... berebut-rebut... benda simple pun jd sedap bertambah² mkn

    ReplyDelete