Sunday 16 July 2023

PULUT SANTAN DURIAN BEKU

Tahun ni katanya musim durian agak panjang.Sejak bulan Jun memang nampak jualan durian sepanjang jalan di kawasan perumahan saya ni.Harga juga jauh berpatutan jika nak banding beberapa tahun lepas,tapi belumlah dapat harga seperi 15 tahun dulu dan sebelumnya.Waktu tu sekilo rm3 pun ada Kalau jual longgok ..RM10 dah boleh dapat,2,3,5 hingga7 biji bergantung saiz.Sekarang kalau buah longgok pun paling murah 3-5 biji =RM50.Itupun buah kecik la.Mungkin kerana kos makin tinggi dan nilai wang makin susut.Agaknya la..saya bukan ahli ekonomi pun.

hihihi


Teringin nak makan pulut santan durian 



Tanak pulut dalam 2 cawan.Selongkar peti ais cari stok durian beku..Reheat sekajap ja dah elok lembut duriannya Santan pun santan beku.Campur sikit air panas dan garam.Terus buat kuah santan banjir.Teringat pula cara makan pulut durian cara Pantai Timur,depa tambah gula nissey.Saya takda stok gula nissey.Tapi saya gantikan dengan gula apong yang anak jantan saya bawa balik dari Sarawak hari tu...


Makan sambil pejam pejam mata....Nikmatnya pulut santan durian beku..(lagi sedap kalau diramas dilenyek durian tu bercampur kuah dan pulut)🤭





8 comments:

  1. Tak berapa pandai nak makan pulut durian, pulut mangga. Lidah jawa agaknya ye, pulut makan dengan sambal je 😂. Teringat dulu berkawan dengan orang Perlis, mak dia hidang pulut dakap. Oleh kerana baru pertama kali jumpa kuih tu, makanya tak makan la. Pelik sungguh mak dia sebab saya tak pandai makan kuih pulut dakap tu. 😂

    ReplyDelete
  2. agak kejam ye entry pagi ni...

    ReplyDelete
  3. waduh sedapnya kak oi..... dana tak makan pulut durian lagi musim kali ini

    ReplyDelete
  4. uiiii...kami yg baca ni emmmm... dapnye la hai

    ReplyDelete
  5. Nikmatnya kalau dapat jugak. Tak perasan pula musim durian ni panjang sikit sebab tak merasa sangat. Sekali dua je dapat merasa kalini.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap...tp SA x makan durian kalau mcm ni..hehe..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya hidup ini kalau rajin frozen-frozenkan buah bermusim. Teringin makan, keluarkan saja bila-bila masa.

    ReplyDelete