Friday 30 December 2022

MAKAN NASI KAK WOUQ @ PENANGGAH TAMAN WARISAN PUTRAJAYA

Semalam Adah pun amik cuti..Kami ke Pusat Kitar Semula Putrajaya hantar lagi pakaian terpakai.
Balik dari Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 Putrajaya tu,kami mencari tempat makan.


             pic google

Kami singgah @ Foodcout Penanggah kat Presint 16.
Antara tempat makan yang saya kerap juga kunjungi kalau ke Putrajaya.
Untuk makluman yang belum pernah sampai,foodcourt ni kat pintu masuk Taman Warisan Putrajaya.Aneka tanaman pertanian  ada di sini dan dulu pernah sekali dua naik ronda atas bukit tu.Ada aneka pohon buah-buahan,pokok rempah ratus dan herba,pokok getah dan mesin getah bagai.Tapi sekarang saya tak pasti masih buka untuk pelawat atau sebaliknya.Dulu siap boleh naik trem dia ronda dalam kebun macam dusun tu.Mungkin boleh dapatkan info daripada pihak pengurusan.

Kami sampai dalam 11.00  pagi.Tengok kat Google buka 8.30 pagi..
Tapi masa kami sampai, kebanyakan gerai tengah buat persiapan akhir untuk berjualan.
Harum bau masakan menerpa ke  rongga hidung.Kami antara pelanggan awal bersama beberapa orang lagi yang sama-sama meronda mencari gerai dan menu mana yang ingin dinikmati.Nampak ada gerai Laksa Ikan Sekoq,Nasi Lemak Malaysia,Nasi Campur,Sate Warisan,Waffle,Western dan beberapa jenis makanan lain termasuk goreng-gorengan dan  masakan panas .

Rasanya lain kali pun elok datang time ni la kot sekitar pukul 11 ke atas.


Akhirnya saya pilih gerai Nasi Kak Wouq.Saya membanyangkan sedapnya nasi bersama kuah kari dan ayam goreng panas dan sambal belacan.
Nampak menu yang ditulis tu hanya 4:
Nasi KakWouq Ayam RM7
Nasi Kak Wouq Ayam Berempah RM8(kalau tak salah la)
Nasi Kak Wouq Daging RM9
Nasi Kak Wouq apa entah satu lagi tu tak ingat & dalam pic pun terlindung pulak..
Sekali dah jenguk..
Wow, bukan 4 saja tapi ada lagi..
Menarik la eneka lauknya...

Ada lauk:
Ayam Cincang
Ayam Berempah
Daging Goreng
Paru Crispy
Sotong Ring
Udang Goreng
Sayur Sambal Goreng

Tak puas ambil gambar pegun sebab tak bergerak.Saya minta kebenaran  untuk rakam video lauknya.Dengan sopan adik tu benarkan sambil menggoreng lauk pilihan saya.
Jom tengok lauknya:

Menarik bukan?
Lauk pauknya menarik dan nampak kemas dan bersih!
Lihatlah paru yang menggoda dan sotong ring yang besau-besau macam gelang Mami Jarum tu!
Saya pilih Nasi Kak Wouq Lauk Campur Ayam Cincang & Paru Crispy.

Eh,rupanya setiap lauk yang kita minta dia akan goreng semula dalam minyak panas.Nampak dia ambil semangkuk kecil lauk yang kita minta.Dia tambah juga hirisan bawang Holland dan sikit hirisan  ...Maknanya dapat lauk panas-panas..!

Tengah saya merakam peniaga lelaki muda yang sopan santun tu sedang cedok kuah gulai tanya..
"Akak nak kaki ayam tak?"
Eh,Allhamdulillah,rezeki adik tu nak bagi kaki ayam gulai..


" Sambal & kicap akak ambil sendiri ye dalam mangkuk hujung tu" tambahnya lagi

Terima kasih atas layanan yang baik..
Semoga adik ni dikurniakan rezeki melimpah lagi barokah仆仆仆

Penuh pinggan..!
RM 12

*Kaki ayam dia bagi 3 batang!



Adah dah kat meja bersama semangkuk cendol.Dia merungut nak makan Roti John..Tutup la pulak gerainya.Dia merajuk tak nak makan.Tak nak makan sudah...makan merajuk bukan kenyang..!
hihihi



Lepas letak nasi kat meja..saya pi basuh tangan kat washroom dekat surau tu.Ada ja sink dalam premis tu tapi saja nak pi yang jauh...Sambil tu rakam suasana yang masih lengang dan Adah yang konon tak mau makan.

Bila dia jamah paru crispy dalam pinggan saya...
Haaa baru dia tau kata sedap..

Haaa...terus dia pun pi Gerai Nasi Kak Wouq tu..hihihi


Nah,sepinggan penuh !
Adah ambil Nasi Kak Wouq Lauk Campur Sotong & Paru.
Banyak tu sotong & paru.Kacang panjang pun Adah punya nampak banyak juga
RM12..
Murah kan?
Sangat berbaloi kan...
Gulai dia pun bukan kuah kosong.Setiap pinggan memang disertakan sekali seketul hati ayam dan sepotong terung.
Adah kata dia tanya nak kaki ayam tak..tapi Adah taknak...Mmm depa mana makan kaki


Bismillah....


Cendol tu Adah beli kat gerai sana tu.
Tapi cendol dia kureng sikit sebab bukan santan  segar..


Pesanan pada setiap meja.Selalu ada ja trolly nak letak  bekas makanan tu.Tapi masa kami makan ni mungkin depa lupa letak..So,kita kemas sisa makanan dan susun pinggan elok-elok serta lap meja siap-siap sebelum tinggalkan meja.


Dah banyak kali jugak makan kat sini..
Antaranya:


Saya suka makan kat sini sebab tempat dia bersih,tenang dan tak serabut.Senyap ja..


Cuma nak bagi pandangan terbuka sikit.Peniagannya terlalu senyap sesenyap suasana di sini五.
.. 
Depa tak sombong,tapi depa senyap tak akan pelawa singgah atau tanya nak makan apa.Kita yang kena tanya depa apa yang ada..atau kita baca menu dan terus order.
Tak tau sama ada memang peraturan peniaga kat sini agaknya.Boleh jadi depa nak elakkan berebut pelanggan,jadi depa senyap agar pelanggan sendiri yang pilih nak makan apa gerai mana tanpa dipengaruhi peniaga..
Agak nya laaaa...五

Ok..sesambil jalan nak ke parkir kereta..
Jom kita baca info tentang tanaman pertanian yang ada di sini..

Petai


Kopi


Getah

Kayu Manis


Kelapa Sawit


Eh,getah lagi..

Manggis


Jambu Bol

Rumah Memproses Getah


Jambu Madu


Buah Mentega


Nampak signboard jualan durian..Tapi kami tak cari la pulak.Bau durian ada..
hihihi
Jualan pokok bunga pun ada tapi tak ambil gambar pulak..


Ops..sebelum tu kami ke Presint 9...


Hantar baju-baju terpakai ni..
Ada 2 plastik besar.1 plastik baju-,baju anak bujang tu dan yang plastik pink tu baju2 anak dara bongsu tu.


Share jugaklah video masa kami pi hantar pakaian terpakai kat Pusat Kitar Semula Komuniti  @ Presint tu..
Agak ramai walaupun weekday.
Ni kali ke2 kami pi sini selepas kali pertama datang ...KAT SINI pada minggi lepas.Terim kasih Puan Hazel yang share info pasal pusat kitar semula ni..

10 comments:

  1. berseleranya tengok nampak sedak dooh,akak buat saya lapar haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meme sedak dooh ni Afzan..makan sapai se'eh..五
      Balik dok teringat lagi kesedapan paru dia yang lembut crispy dan kena dengan tekak kami

      Delete
  2. Wah...banyaknya pilihan lauk..best aktiviti JJCM ni ..kalau la dekat naknje hanyar pakaian terpakai kat Putrajaya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh sangat tu SA..kata PH kalau weekend lagi ramai..kalau banyak terus agak berbaloi la nak hantar sini.Saya sebab saya memang suka pi Putrajaya五

      Delete
  3. Mujoq la rajuknya tak lama, kalau tak rugilah Adah :D
    Sy belum pernah sampai Taman Warisan Putrajaya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan..
      TWP ni antara port saya suka kalau ke sana terutama kalau bulan puasa atau sesaja nak makan sambil sembang lama dengan kawan.Kemudahan tandas dan surau juga tepi tu saja.Bersih dan selesa.Nanti boleh try pi PH五 tak jauh dengan Pusat Kitar Semula..Kalau lalu bulatan putrajaya tu exit sebelum simpang ke masjid tu..tak jauh kan

      Delete
  4. Pernah jugak mkn kt sini dulu tp tu lah zaman budak2 ni kecik2 lg x brp nk enjoy mkn.. huhu.. rindu putrajaya.. sy pun suka putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak macam tu la kan .Zaman anak masih kecil banyak perkara kita kena korbankan.Alhamdulillah sekarang The IMAN's dah besar..lega dah kakmim.. Mai la Putrajaya lagi..
      Kat Sarawak ada Petrajaya kan..kat sini Putrajaya .Kat Kedah ada Bandar Putrijaya..五

      Delete