Saturday 31 December 2022

MAKAN KENDURI TERAKHIR 2022

Hari ni 31 Disember 2022..Hari terakhir untuk tahun 2022.Esok,in shaa Allah tahun 2023 menjelma pula.


Hari ni dapat jemputan Majlis Perkahwinan @ Dewan Arena.Kenduri terakhir kot untuk dinikmati pada hari terakhir 2022.


Pi dengan Ruby & Yati..


Sedap-sedap makanannya..
- Nasi Beryani/ Nasi Putih
- Pesamah Daging
- Ayam Masak Merah
- Acar Masak
- Pajeri Kuning Nanas
- Sambal Goreng Kacang Tunggak
- Buah-buahan
- Air Kordial

Mihun Sup pun ada.
Kami makan juga kuih muih..Ada beberapa jenis pencuci mulut :
- Rojak Buah 
- Apam Beras
- Aneka Kek Marble
- Kuih Peniram
- Kuih Vadei
- Bubur Pulut Hitam
Paling special dalam kategori dessert ni ialah Kuih Pak Aji Serban.
Nikmat betul dapat makan Kuih Pak Aji Serban.Kalau tak silap saya kuih ni banyak terdapat di Trengganu.Kuih dia macam Seri Muka iaitu dibawahnya pulut.Tapi bahagian atasnya berwarna coklat muda.Rasanya lemak manis menggunakan campuran telur itik,gula nisang(gula kerek) dan santan pekat.
Sayangnya saya lupa nak snap pic  Kuih Pak Aji Serban tu.

Yati & Ruby amik 2 lauk jer kot..


Pinggan saya...🤭


Pinggan saya..
Di manakah nasi?
🤭🤭🤭🤭🤭

Paling special menu Sambal Goreng Kacang Tunggak.
Saya pernah masak 
Ni kalau Cikgu Amie mesti kenal menu sambal goreng kacang tunggak ni.Semoga Cikgu Ami dan suami serta ahli jemaah yang lain dimudahkan urusan menyempurnakan ibadah umrah dan dikurniakan umrah yang maqbul🤲

Kat tempat saya kacang tunggak tu lebih dikenali sebagai kacang ketupat kerana sering digunakan sebagai campuran dalan ketupat palas.

Alhamdulilah..

Semoga majlisnya diberkati Allah dan pasangan pengantin dikurniakan SAMAWA..🤲

10 comments:

  1. Pak Aji Serban tu pulut sekaya la kan MC?
    Selamat Tahun Baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH ..macam pulut sekaya a.k.a seri muka.Cuma Pak Aji Serban tak guna pati air pandan hijau sebaliknya guna gula nisan keping dan rasa dia lagi berlemak sebab depa tak guna tepung langsung(kalau salah tolong betulkan).Permukaannya memang tak licin sebaliknya berkedut macam kuih akok kedut sebab banyak telur..tapi sedap sangat pada tekak saya

      Delete
  2. Selamat tahun baru.. Ibu Aqil datang singgah sini dan follow sekali.. Salam kenal dari ibu Aqil.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Ibu Aqil.Terima kasih sudi singgah dan ziarah

      Delete
  3. Menarik kuih pak aji serban tu.. bawahnya mmg pulut jugak ke? Nmpknya kena google lepas ni.. heheee.. salam tahun baru 2023 kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang seri muka cuma lapisan atas tu warna lain sikit.Kaalu google lebih jelas kan.
      Selamat Tahun Baharu juga kakmim

      Delete
  4. Sy tak ada jemputan minggu ni, minggu depan ada.

    Kecur pulak tengok pinggan Mak Ngah tu, meriah! Lagi meriah kalau tenggekkan sekali kuih Pak Aji Serban 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...SK mendahului la jemputan kahwin 2023..Saya blm ada jemputan 2023..
      Hahahaha...
      Meriah la pinggan orang jaga perut berbanding jaga badan🤣
      Tu la dah makan habis baru ingat tak snap piring kuih yang ada pak aji serban tu

      Delete
  5. wah..mcm2 yg rare utk MA ni..kuih pak aji serban, kacang tunggak..emmm...byk yg tak tau jadi tau dah.. tq tq!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kadang benda sama namanya lain mengikut tempat

      Delete