Tuesday 20 December 2022

MAKAN KENDURI @ HARVARD GOLF & COUNTRY CLUB

Hari Ahad,memenuhi jemputan rakan reunion SMPP untuk Majlis Walimatulurus di Harvard Golf & Country Resort,Bedong,Kedah.

Kalau saya sorang memang tak pi dah sebab takdak arah nak cari venue.Tapi sebab balik bersama Adah,depa orang muda semua info kat hujung jari..kan..hihihi.

Lagipun Adah kalau makan kenduri memang dia suka.Mak pun dok kata teringin nak jenjalan Alor Setar dan nak gi kenduri tu...So,lepas ronda Alor Setar,tepat 11.30 pagi Adah drive masuk PLUS.Exit Tol Gurun dan menyusur jalan yang agak sunyi..Rupanya itu jalan shotcut melalui belakang kilang MODENAS menuju ke Harvard..


Hampir 1 jam juga dari Alor Setar kerana tak boleh drive laju cuaca hujan..Akhirnya ,nampaklah papan(batu) tanda ni..
Saya ni tak pandai english..(so,kalau selalu wrong spelling dari saya,maafkan lah yer🤭)
Terus saya menggoogle cari maksud harvard..ini info yang saya jumpa..

Arti Nama "Harvard"

Nama Harvard berasal dari bahasa/jenis Sejarah dan mempunyai arti "Diambil dari nama keluarga, yang berasal dari nama inggris kuno hereweard, gabungan dari here 'tentara' + weard 'penjaga'. dipakai sebagai nama sudah pasti dipengaruhi oleh universitas harvard di cambridge, massachusetts.". Nama ini populer dan banyak digunakan sebagai nama untuk laki-laki.


Dah sampai...


Kami tiba dalam kehujanan kerana memang khabarnya hari Ahad tu hujan menyeluruh dari malam membawa ke malam isnin.
Nasib kami baik kerana dapat parking tak jauh dari lobby.Terus lari-lari anak sahaja meredah gerimis.



Nama pun golf country club..
Nampak buggy sibok mengangkut para jemputan dari parkir ke lobby.


Dalam kad jemputan tulis ketibaan pengantin 12.30.
Sedang elok waktu kami sampai.Tapi tak lama kemudian DJ kenduri memaklumkan waktu Zohor akan masuk pada pukul 1.09 tengahari dan pengantin akan tiba selepas itu bagi memberi laluan azan zohor.Ya la kan..takkan nak berkompang bagai waktu azan...

Kami duduk makan  tak jauh dari pelaminan.
Adah bab cari tempat duduk memang dia cekap 🤭

Mak dan Adah menikmati nasi kenduri.

Mai kita tengok pinggan saya...apa yang saya ambil.


Nasi minyak.(patutnya saya ambil nasi putih baru feel dengan lauknya)
- Kari Daging + Kentang
- Sayur Asam Rebus Pelepah Keladi + Isi Ikan
- Kerabu Nangka Muda
- Minuman kordial orange


Menu  yang saya nampak:
- Nasi Putih & Nasi Minyak
-Ayam Masak Merah
- Kari Daging + Kentang
- Asam Rebus Pelepah Keladi + Isi Ikan
-Kerabu Nangka Muda
-Ikan Masin
-Sambal Belacan & Ulaman
-Kueteow Goreng
-Mee Goreng
-Cendol
-Kuih Muih
- Buah oren
-Kordial Orang & Sirap 


-Ni paling win...
Kerabu Nangka Muda..
Sedap yang amat.Mak ambil 2 senduk sebab kata mak kerabu tu sedap sangat.Rasa macam kerabu  orang dulu-dulu buat.Ada kerisik,santan pekat,sambal belacannya,bawang-bawangan dan yang paling best ada digaul serbuk beras goreng.Harum dan noltalgic rasa dan rupa kerabu nangka muda.Boleh nampak kan...bersungguh mak makan!


Mak kata terliur kueteow.Saya ambilkan mak kue teow dan cendol.Awal-awal Adah dah warning..Ambil cendol tu 1 ja..Nanti share.Takut tak kena dengan tekak kang membazir.Tapi bila rasa,masyaa Allah sedapnya cendol dia..Betul-betul lemak santan segar dan manis manja gula melaka.Saya ambil 2 mangkuk.
1 untuk mak dan 1 lagi share dengan Adah.Ikut hati nak ambil 3..Tapi Adah dah jeling,suruh share semangkuk tu..hihihi..
Akhirnya,mak pun tak mampu nak habiskan kue teow kerana kenyang kerabu nangka + semangkuk cendol..

Sebaik azan zohor,kami meninggalkan meja makan  dan mencari tuan rumah..

Tahniah Che Nik & Fauziah menerima menantu.Che Nik ni rakan sekolah menengah dulu tapi berlainan kelas.Bertemu semula dengan berpuluh lagi rakan setingkatan ketika Majlis Reunion  SMPP 2015.Dengan adanya group whatsApp..saling dapat mengikuti perkembangan rakan-rakan.Group orang-orang tua...maka Sorang demi sorang terima menantu..Ada sorang rakan reunion form 6 
(form 6 saya tukar sekolah lain).Sebaik habis STPM dia berkahwin di usia  21tahun... awal setahun dari saya..🤭Rakan saya tu lelaki yer..!
Umur 40 tahun dia dah terima menantu.
Dan sekarang dia dah ada 5 cucu..masyaa Allah!


k
Di luar hujan masih belum menampakkan tanda-tanda akan berhenti.Kami mencelah hujan menuju ke kereta 

Sesuai namanya Harvard. Menyusuri jalan keluar nampak seperti kubu/bangunan tinggalan colonial..


Jamu mata...selepas jamu perut..hihihi
Lama tak tengok suasana ini..Lembu meragut rumput..
Adah terus memandu menuju ke Jitra pula


17 comments:

  1. biasa kerabu2 jmp kenduri di kampung je kan kak..yg ni kenduri guna caterers tapi masih ada lauk2 kampung tu yg best kadang catering service ni diaorg nk masak lauk2 moden cepat taknak yg rumit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan..
      Biasa lauk2 kenduri macam ayam,daging dan acar ..ni kerabu nangka muda memang rare

      Delete
  2. ye..kawan kelas ammi pun ada yg dah bermenantu..ammi ni anak bongsu baru 8 tahun. kawan abahnya lagi best...ada yg cucu pun dah baya anak bongsu ammi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita makan kenduri depa la dulu nampaknya....dah Nak depa kawin dulu...hihihi

      Delete
  3. dapnye kerabu nangka..fav ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bila balik kampung ada ja nangka muda tapi lupa ja nak buat kerabu ..yang terbayang lemak cili api dengan ikan masin

      Delete
  4. bestnya semua lauk dia kak, walaupun tempat dia macam moden tapi menu lauk disajikan tu lauk kampung yang rare betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...saya dan mak yang kampung ni pun teruja ada kerabu nangka

      Delete
  5. Kalau sy ambil nasi putih sebelah, nasi minyak sebelah, gara2 nak makan kerabu nangka. Mak mertua sy kalau ikutkan belah2 Penang jadi bila kenduri-kendara memang tak jumpa lauk2 rare macam ni. Kerabu tu, kalau sy dua senduk la cukup, kan makkk.

    ReplyDelete
  6. Tu dia.. g harvard!!
    Bestnya umi cella.. xrugi blk kedah kali ni.. dpt mkn mcm2.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nk cte.. hritu kak lin ajak abg yan g bfst roti kari kambing kat teras jernang tu.. mak ai, parking susah betul.. ramai betul org.. akhirnya pusing balik.. tkr port bfst.. betul agaknya ckp umi cella.. kena dtg awal pg.. 😬

      Delete
    2. Alhamdulillah...
      Kena dengan timing...
      Laaaa...awat k.Lin tak singgah This Is Nasi Kerabu dekat tu jugak...Takpa la lain kali plan pi awai sikit..inshaa Allah ada rezekinya

      Delete
  7. Suka dengar cekapnya Adah cari tempat duduk.
    Teringat cerita Mama Cella tersalah tempat duduk di majlis kahwin sampai tak selesa nak makan hihihiiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..
      Sehebat mana manusia...tetap ada kelemahantak dapat melawan perancangan Allah...hihihi

      Delete
  8. dh mcm gi harvard university, tahniah utk mak bapak pengantin., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..Bila Google ada juga Harvard University rupanya...ilmu ni makin kita explore makin kita sedar banyaknyangbkita tak tau

      Delete