Monday 17 May 2021

SET NASI TOMATO-JUADAH 4 SYAWAL PKP 3.0

 Syawal ke-4 kita masak nasi tomato pula.


Nasi Tomato

NASI TOMATO MUDAH-MUDAH JER
5 cawan beras basmathi(+ sikit garam & rendam ½ jam )
5 cawan air
1/2 tin susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 helai pandan
1/2 botol sos tomato
1 sudu  kordial oren sunquick

Bahan Tumis:
2 sudu minyak
2 sudu marjerin
1/2 bawang besar
1 helai pandan
5 hiris halia
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
10 buah pelaga

1. Panaskan minyak + marjerin
2. Tumis semua bahan tumis hingga harum
3. Masukkan sos tomato
4. Masak hingga naik minyak
5. Tambah air,garam,gula dan masak sampai mendidih
6. Tuang dalam inner rice cooker dan tekan cook hingga mendidh semula
7. Tambah susu cair serta oren sunquick dan tuangkan beras yang siap dicuci
8. Kacau rata dan tanak hingga masak
9. Gemburkan dengan hati2 supaya beras tak patah
10.Tabur daun sup
*** Tujuan tambah oren sunquick supaya  bila makan tidak rasa muak dan lebih sedap.



Kari daging + ubi keledek.Kalau kat kampung saya kari daging memang dicampur keledek.Jarang dicampur kentang.Selain keledek yang mudah dapat berbanding kentang,guna keledek juga akan lebih sedap kerana manis semulajadi dari keledek.


KARI DAGING KELEDEK
1 kg daging- hiris
2 ketul besar keledek madu
1/2 kotak santan
1 sudu garam
1paket kecil rempah kari daging
2 paket kecil rempah kari ikan
1/2 sudu minyak

Bahan Tumis
4 bawang merah hiris
2bawang putih ketuk
1/2 ketul halia- racik jejari halus
1 kulit kayu manis
5 bunga lawang
5 cengkih
5 buah pelaga
1tangkai daun kari
(rempah tumis boleh beli pek rempah sup tulang,tapi ambil bahan tumis sahaja TANPA bunjutnya)

1.Panaskan minyak tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari ikan +kari daging yang dibancuh dengan 2 cawan air
3. Bila naik minyak. Masukkan daging hiris & masak hingga keluar air daging.
4. Tambah air & biar mendidih hingga daging empuk
5. Masukkam keldek & biar hingga keledek empuk & tambah air ikut pekat yang disukai
6. Masukkan garam & santan kotak & biar mendidih perlahan beberapa minit
7.Sesuaikan rasa
*** Untuk lebih cepat, boleh rebus daging hingga empuk & baru dihiris & dimasak kari.


Satu lagi lauk wajib untuk lawankan dengan nasi tomato mestilah ayam masak merah.

AYAM MASAK MERAH.
1 ekor ayam
3 biji kentang-potong wedges
1 botol kecik sos tomato(1/2 botol besar)
1 sudu teh garam
2 sudu gula perang
minyak

Bahan Blend:
20 biji cili kering -rendam air panas
1 bawang besar
3 bawang putih
1 ketul kecik halia
3 hiris lengkuas
2 batang serai

Bahan tumis:
1/4 bawang besar
2 bawang putih
1 daun pandan
sikit bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis(opsyenal)

1. Garam kunyitkan ayam dan goreng hingga masak tapi jangan garing
2. Goreng kentang
3. Panaskan 1/4 cawan minyak dan tumis bahan tumis
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
5. Tambah sos tomato,garam dan gula
6. Masukkan ayam dan kentang goreng
7. sesuaikan rasa


Acar buah.Sepatutnya nasi tomato lebih sesuai buat acar timun + nanas tu untuk rasa fresh & kurangkan rasa muak.Tapi sejak lepas raya pasar kedai sekitar sini kekurangan stok sayuran.Baca surat khabar online kata sebab Pasar Borong Selayang tutup menjadi puncanya


Papadom goreng garing krup- krup.



5 comments:

  1. Plan kita hari ni, ni. Kalau kat Kola Ketil, ini juadah wajib raya kedua jadi tiap tahun memang kena masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK rindu Kola Ketil la tu...hihihi
      Sabar ye,nanti dah boleh rentas negeri kita pakat gerak ke utara makan nasi tomato

      Delete
  2. antaraaa menuuu fevret ni !! sedappp..

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  3. SK dah buat nasi tomato. Di sini jumpa lagi nasi tomato. Tak boleh jadi ni... kena buat juga. Raya ni belum puas makan nasi beraroma hihihiiii.

    ReplyDelete