Wednesday 12 May 2021

BUAT KETUPAT & MOHON DOA DARI SEMUA

 Assalamualaikum & salam hari terkahir Ramadhan 1442


Tengah menganyam sarung ketupat daun kelapa ni.Semalam kat pasar semua daun habis.Katanya sebab semua serbu pasar sini sebab Pasar Pudu kena serbu dengan pihak berkuasa kerana melanggar SOP.Mmmmm macamana la tak langgar kalau jutaan (kot) warga kota tak boleh rentas negeri.Berapa buah sangat pasar di KL yang menawarkan keperluan hari raya.Barang basah barang kering memang banyak kedai boleh beli.Tapi kalau daun palas,daun kelapa,buluh lemang bagai tu bukan ada jual kat KLCC..Huhuhu

Ni daun kelapa ni pun dapat petang semalam kat van yang buka tepi jalan tu.Harga memang kayangan la.Dengan kerek penjual tu lagi.Maklumlah hanya dia yang jual.Nampak sahaja daun kelapa ni pakat terpa la .Pakat berebut takut habis.Bila tanya harga semua telan air liur sambil buka wallet bayar.Selai singgit wei...!

Awal 2000an dulu 100 helai RM7.

10 tahun dulu 100 helai RM12.

Jaman now 100helai RM100 ..hihihi

Belum anyam.Kalau dah anyam berapa agaknya?Kalau dah jadi ketupat?Tapi penjual tu pun tak paksa pun suruh beli.Kami yang nak juga beli maka kena la terima.

Saya pun sama,beli juga.Kalau tak kerana nak raya memang tak beli.Makan ketupat plastik jer lah.Tapi sebab nak juga feel raya ada ketupat daun kelapa ni walaupun nak buat juga ketupat palas..Kalau bukan musim raya memang harga tak seperti iti kot...Hihihi


Sarung ketupat palas dah siapkan malam tadi.Sib baik hari tu masa dapat rentas negeri 3 hari,memang hangkit sesiap daun palas dari kampung.Lebih 20 pelepah bawa balik.Lepas kalau buat 5kg pulut tu.Hihihi.Tapi hari ni nak buat 2kg jer.Ketupat daun kelapa nak buat dalam 25 biji sahaja,asal ada.


Dah siap aron 2kg pulut.Tinggal nak bungkus daun palas sahaja ni.Sementara menanti pulut sejuk sikit ,update blog sekejap.

Dikesempatan ini saya mohon doa dari kalian semua untuk adik saya Achik anak beranak.Sempena hari terakhir Ramadhan ini sudilah kiranya titipkan doa untuk suami Achik, Pokcik supaya diberi syafakillah  oleh Allah.Juga untuk adik saya Achik yang akan menjalani swab test hari ini bersama seluruh warga kerjanya.Ujian diakhir Ramadhan untuk mereka supaya Allah lindungi mereka semua dari covid & penyakit bahaya yang lain.Mulai hari ini seluruh keluarga Achik kena kuarantin termasuk mak.Menyambut raya dalam kuarantin ,& pokcik pula dalam ujian sakit.Semoga Allah mudahkan urusan Achik sekeluarga & diberi kesembuhan & rahmat yang melimpah.Mungkin dalam ramai2 doa baik kalian untuk Achik & family ,ada yang dimakbulkan Allah swt.Aminn..


5 comments:

  1. Semoga diberikan kesembuhan buat pokcik dan dipermudahkan urusan achik sekeluarga. Moga semua bertabah menghadap ujian ni.
    Selamat hari raya aidilfitri kak..maaf zahir dan batin ye

    ReplyDelete
  2. Teringat sewaktu makan sate dan ketupat di Padang. Saya tanya pemandu pelancong, kenapa ketupat disini guna kelongsong daun kelapa tua (warna hijau). Jawabnya: Daun muda (janur) hanya diguna untuk ketupat raya. Hari-hari biasa gunakan daunnyayang tua. Kalau gunakan yang muda juga, pupuslah daunnya. Tak terfikir pula kita nak gunakan daun kelapa tua kan.
    Moga dipermudahkan segala urusan Achik anak-beranak. Allahu akbar, jika kita rasa susah, ada lagi yang diuji lebih hebat dari kita.

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar!! Semoga diringankan kesakitan Dan diberi kesembuhan kpd Pokcik. Kpd Achik, semoga semuanya baik2 sahaja Dan bertabah dgn ujian akhir ramadhan ini.

    Betul ke daun kelapa tu singgit selai? Giler la kalau begitu 😭😭😭

    ReplyDelete
  4. Mahalnya janur sekarang.
    Tempat wak berlambak sebab pokok kelapa banyak.
    Semoga keluarga achik dijauhi daripada jangkitan wabak pendemik ini.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas doa yang dititip Juga kepada silent reader yang mengirim doa dalam diam.Semoga doa yg baik itu dimakbul Allah.Semoga kebaikan juga balasan kepada anda semua

    ReplyDelete