Sunday 16 May 2021

MENU 3 SYAWAL - LONTONG TAK ADA TEMPE

 Raya tetap raya.Patutnya dah mula puasa 6 ni.Insha Allah sehari dua lagi jika diizinkanNya.


Dah 3kali raya rasanya saya tak masak lontong hari raya.Padahal mak saya paling suka lontong.Kalau sebelum- sebelum ni ,memang tiap kali raya masak lontong,siap dengan ayam masak merah & sambal goreng.

Semalam Adah ajak masak lontong.Merata mencari tempe,semua tak ada.Pukul 7 pagi dah gi pasar.Hanya gerai ayam & daging yang buka.Gerai sayur hanya sebuah sahaja yang buka pun memang tiada tempe.
Pukul 7.45 pagi dah tercegat depan Hero.Rupanya ramai dah beratue walaupun Hero akan buka pukul 8.30.Lebih 1/2 jam berdiri dalam barisan panjang.Bila Hero buka sahaja semua serbu masuk & sebahagian lagi terpaksa menanti di luar kerana terlalu ramai.Masuk sahaja Hero,rak sayur masih kosong.Lori ayam & lori telur tengah loading .Lori lain pun baru sampai,lori sayur belum nampak.Memang tiadalah tauhu tempenya.Masak jugak lah kuah lodeh tanpa tauhu & tempe

Nasi impit.Saya masih setia dengan brand Adabi.Walaupun hari tu ada sekali beli,nasinya lembik & riuh kat social media Adabi mohon maaf kerana ketupat lembik & ramai yang komplen masa raya.Nasib baik yang saya beli sejak beberapa bulan lepas ,keras elok kejadiannya.


Kuah kacang 

Sambal bilis pelengkap lontong.

Rebus 30 biji ketupat palas

Makan dengan rendang daging.Rendang pun tanpa daun kunyit.

Buah orange.Tak tahu apa spesisnya,sebab penuh dengan biji.Tapi isinya manis & berjus.Salam Hari Raya ke-4


5 comments:

  1. Ok jew tanpa tempe...masih tetap sedap kan. Ada juga sekali saya jumpa oren penuh biji...tapi isinya manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak puas sebab mencari2 tempe dalam kuah tu.hihihi

      Delete
  2. Yes Raya tetap Raya...asal ada fav food...tapi kadang Hati ni nak koyak jugakkk cemuihhhhh kena kurung🤦

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Israel jer koyak dengan netizen Malaysia kan...Kita pun kekadang koyak tengok hi way jem musim raya..huhuhu

      Delete
  3. Iman request nak lontong yg mak dia buat, hurmm.. kena cari bahan ni, tapi tempe kena asing sebab Iman tak makan tempe, hehe

    ReplyDelete