Monday 22 February 2021

WAJIK PULUT VERSI LEMBUT

 

Wajik Versi Padat & Lembut. 

Jarang saya masak wajik versi lembut kerana saya lebih sukakan wajik versi keras yang bila kunyah melekat kat gigi. Tapi saya masak wajik versi lembut ni kerana ada yang sukakan wajik versi lembut. 


Wajik Versi Lembut ni saya gunakan gula nisan Kelantan sepenuhnya. Warnanya agak pucat berbanding menggunakan gula merah.(dark brown sugar). Tetapi rasa lebih sedap kerana gula nisan Kelantan lebih lemak & manisnya tidak tajam

WAJIK VERSI LEMBUT
1/2 kg pulut- rendam semalaman 
3 keping besar gula nisan Kelantan
2 helai pandan
1 sudu teh garam
3 cawan santan pekat

1. Kukus pulut yang sudah direndam hingga masak.Angkat & tuangkan dalam bekas besar & gaul dengan 1 cawan air. Kukus semula pulut hingga lembut. Angkat. 

2. Dalam kuali masukkan gula nisan, santan, garam & pandan

3. Biar mendidih sambil dikacau agar tidak meruap

4. Bila air gula bersantan sudah pekat, masukkan pulut kukus lembut tadi & kacau hingga rata. 

5. Masak sambil dikacau hingga pekat. Angkat & sendukkan dalam loyang yang sudah dialas daun pisang @ plastic  cling d sejukkan sebelum potong

Alas plastic cling menjadikan wajik lebih mudah dipadatkan & senang dikeluarkan bila tah sejuk. 

Keluarkan dari loyang & potong dalam bentuk diamond

Tekstur wajik versi lembut ni lebih padat seakan  pulut tetal. 


Wajik versi lembut juga lebih kenyal berbamding wajik  biasa seperti yang pernah saya masak 


Tetapi saya sangat menyukai 





4 comments:

  1. Lamanya tak jumpa wajik.
    Jaman dulu mak selalu buat terutama kalau raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan manis ni sesekali sedap juga bila makan sambil kenang noztalgia dulu-dulu.. Hihihi

      Delete
  2. Saya tak pernah suka wajik ni, tapi kalau wajik sirat tu sy suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka tak apa.Tapi jangan pernah membencu.. Ttiber.. Hihihi

      Saya pun suka wajik sirat, tapi nam membuatnya tu yang bercinta. Nak sangai pulut & nak kisar. Seumur hidup saya pernah sekali jer kot mazak wajik sirat. Tapi macam lepas2 ni nak uat lah. Takut hilang skill.. Hihihi

      Delete