My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Monday, 15 February 2021

DALIL KEKUASAAN ALLAH

 

Dengan apa kamu dapat mengenali Tuhan kamu? 


Saya dapat mengenali Tuhan saya dengan memerhatikan tanda tanda kebesaranNya dan memerhati alam ciptaanNya . 


Di antara tanda tanda kebesaranNya ialah malam , siang , matahari dan bulan manakala di antara alam ciptaanNya ialah tujuh petala langit serta segala isinya dan tujuh lapis bumi serta segala isinya . 


Dalilnya adalah firman Allah Taala : " Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah". (Fussilat:37).

No comments:

Post a Comment